Articles Archive for September 2007
santapan rohani »
Sebagaimana puasa di wajibkan, zakat juga adalah salah satu dari rukun Islam yang ke-3 yang di wajibkan ke atas umat Islam. Kepada mereka-mereka yang belum membayar zakat fitrah tu, dapat gaji cepat-cepatlah bayar. Maklumlah orang Malaysia ni suka last minit baru nak bayar. Melewat-lewatkan pembayaran zakat fitrah sehingga selesai sembahyang hari raya hukumnya adalah makruh, kerana tujuan utamanya ialah untuk di berikan kepada orang-orang miskin di hari raya.
Ibnu Abbas RA meriwayatkan, “Rasulullah SAW telah menfardukan zakat fitrah bertujuan menyucikan orang-orang yang berpuasa dari kelalaiannya. Sesungguhnya ia adalah salah satu daripada …
kuasa minda »
Entri ini adalah sambungan dari menyelami kekuatan minda bawah sedar 1. Asalnya nak update semalam, tapi orang umah ajak gi klcc shopping baju raya untuk anak-anak lak. Ingatkan dah balik dari klcc boleh la update, internet lak buat hal. macam-macam…
Tip yang ke-2 ini adalah teknik pengulangan (repetition). Sebagai contoh, berikan saranan pada minda separa sedar supaya menerima idea yang anda adalah orang kaya dan berjaya. Teknik repetition boleh menyematkan idea ini ke minda separa sedar dengan lebih cepat dan mudah. Minda separa sedar lebih mudah menerima saranan dari repetition.
Satu contoh …
kuasa minda »
Minda separa sedar. Kekuatannya mampu membuatkan yang sakit menjadi sihat, yang miskin menjadi kaya dan bermacam-macam lagi (dengan izin tuhan ler). Kepada mereka yang tahu bagaimana minda separa sedar berfungsi boleh memanfaatkannya untuk membolehkan kita mendapat apa yang kita hajati. Untuk kali ini saya akan memberikan 2 tips untuk membolehkan anda menggunakan minda separa sedar bagi membantu anda mencapai apa yang anda impikan.
Seperti mana yang kita semua tahu, minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja …
kuasa minda »
Sebenarnya saya agak keliru juga mengenai minda/otak kanan dan minda/otak kiri. Jadi kat sini saya nak buat kesimpulan bahawa minda/otak kanan tu adalah minda separa sedar (subconscious mind) dan minda/otak kiri adalah minda sedar (conscious mind), kalau saya salah tolong betulkan.
Untuk post kali ini saya nak memberi tips untuk mereka yang dah ada anak. Kalau tak ada anak tu cepat-cepat la buat anak ye, bila lagi? The Shichida Methods adalah satu sistem pembelajaran stimulasi minda untuk bayi, kanak-kanak dan tidak lupa juga ibubapa yang di asaskan oleh Professor Makoto …
kuasa minda »
Kepada mereka yang pernah menonton stage hipnosis mungkin menganggap yang hipnosis adalah mind control atau pukau kerana kebanyakan mereka yang di hipnosis ni selalunya melakukan perkara-perkara bodoh yang di suruh oleh si hipnotis. Sebenarnya anggapan itu adalah kurang tepat. Di sini saya akan senaraikan beberapa mitos dan juga realiti mengenai hipnosis.
hipnotis boleh membuatkan anda melakukan sesuatu yang tidak mungkin anda lakukan di waktu sedar.
Sememangnya salah. Hipnotis tiada kuasa ke atas anda dan dia juga tidak boleh memaksa anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak anda. Proses hipnosis memerlukan kerjasama …
Featured, Reiki & Tenaga Dalam »
Pada dasarnya setiap manusia mempunyai tenaga dalam, akan tetapi mereka tidak mengetahui bagaimanakah cara untuk membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga dalam itu itu sebenarnya sudah ada sejak manusia dilahirkan.
Tetapi tenaga dalam itu masih pasif dan akan di bangkitkan apabila kita berada dalam keadaan tertentu seperti apabila berada di dalam keadaan panik, di hipnosis ataupun apabila mengalami ketakutan yang amat sangat.
kuasa minda »
Saya pernah terbaca di dalam sebuah majalah yang mengatakan bahawa salah satu tanda kronik yang menunjukkan anda seorang yang pelupa ialah jika anda lupa nama sendiri. Ini menunjukkan anda menghadapi masalah yang agak serius. Saya ada berapa tips yang boleh meningkatkan kemampuan anda untuk mengingati/menghafal dengan lebih baik.
Tetapi sebelum itu anda perlu tahu bahawa minda manusia pada asasnya di bahagikan kepada dua iaitu minda sedar (conscious mind) dan minda separa sedar (sub-conscious mind). Cara minda berfikir juga boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu mereka yang berfikiran kiri dan kanan.
Minda …
bioenergi »
Walaupun chakra tapak tangan di kategorikan sebagai minor chakra, ia juga memainkan peranan yang penting kerana fungsinya menyerap, menyalurkan tenaga dan juga untuk mengesan (scanning) aura dalam proses penyembuhan diri sendiri atau orang lain. Tetapi pada kebanyakan orang chakra ini kurang aktif. Dengan menjalani latihan di bawah akan membolehkan anda mengesan (scanning) / merasakan getaran chakra dan aura. Chakra tapak tangan juga merupakan 1 daripada 5 chakra yang paling sensitif.
Banyak masa perlu di peruntukkan untuk latihan melihat aura, jadi saya rasa anda patut mengaktifkan chakra tapak tangan dulu untuk mengesan …
bioenergi »
Kepada mereka yang tak percaya/kurang percaya atau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai kewujudan aura, bolehlah menonton video klip di bawah.
Reiki & Tenaga Dalam »
Alam semesta yang dijadikan tuhan merupakan sumber tenaga yang tidak mempunyai batasan. Secara dasarnya tenaga alam semesta terdiri dari 3 jenis tenaga yang utama iaitu udara, matahari dan juga tanah/bumi. Reiki adalah salah satu contoh teknik penyembuhan yang menggunakan tenaga alam semesta.
Tenaga dari udara di serap paru-paru melalui pernafasan juga di serap oleh chakra. Melalui teknik pernafasan tenaga dalam kita berupaya menyerap lebih banyak tenaga dari udara.
Tenaga dari matahari pula di serap melalui pancaran matahari. Tenaga dari pancaran matahari boleh di serap dengan berjemur di bawah sinaran matahari (sunbathing) ataupun …
