Aura dan fungsinya

Sebagaimana bumi mempunyai lapisan ozon yang melindunginya dari sinaran matahari yang berlebihan. Tubuh manusia juga mempunyai medan tenaga yang di kenali sebagai aura. Aura berbentuk seperti telur dan menyelubungi tubuh manusia terdiri daripada beberapa lapisan mengelilingi tubuh fizikal manusia dan mewakili keadaan emosi, mental, fikiran, tingkah laku dan juga tahap kesihatan seseorang.

Aura yang terbentuk di janakan dari chakra yang mengeluarkan warna-warna yang tertentu mengelilingi tubuh manusia di mana setiap warna mewakili tahap-tahap tenaga yang berbeza-beza getaran gelombangnya. Melalui analisis aura, kita dapat mentafsirkan keadaan kesihatan, karektor, personaliti, kekuatan dan kelemahan seseorang.

Aura juga bertindak sebagai perisai diri. Manusia terdedah kepada getaran tenaga negatif yang berada diselilingnya. Dari sinar UV hinggalah kesan sinar infra merah yang berlebihan boleh merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Begitu juga pada kesan radiasi dari microwave, televisyen, radio, telefon bimbit dan lain-lain. Aura yang sihat biasanya tebal, halus dan bersaiz besar dan berwarna “vibrant” selalunya menggambarkan tubuh yang sihat di dalamnya, manakala aura yang nipis, kasar dan berwarna gelap menunjukkan ketidakstabilan mungkin dari segi emosi, fizikal dan sebagainya. Faktor tekanan hidup, berfikiran negatif dan stres merupakan salah satu daripada punca ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.

Bukan manusia sahaja yang memancarkan aura tetapi benda-benda lain seperti pokok, batu, kristal dan sebagainya. Cuma bezanya aura manusia sentiasa berubah. Sains telah membuktikan yang aura boleh di lihat menggunakan kamera kirlian. Dengan menjalani latihan tertentu manusia juga merasakan getaran aura dan juga berupaya melihat aura…


Popularity: 35% [?]



11 Responses to “Aura dan fungsinya”

  1. 1 hasrul

    Seronok baca fasal aura ni..

  2. 2 ali sihatsokmo

    salam shafril.

    aura?? minyak aura? aura mawi? macam2 aura sekarang ni.

    baguslah ada cerita pasal aura ni…dpt juga menambah kefahaman ttg ilmu tenaga dalam nih.

    selamat berblog.

  3. 3 shafril

    saudara hasrul
    bagusla kalau seronok tapi kalau dapat tengok aura lagi seronok…

    wa’alaikum salam saudara ali
    yang penting auranya harus positif. Lain kali saya tulis lak macamana nak kasi laju/bersih (tune) kita punya chakra dan camna nak kembangkan aura supaya lebih tebal dan mampat

  4. 4 pak tua

    Wah ada perkembangan. Alhamdulillah. boleh jugak dapat sedikit pengetahuan dalam bidang ilmu tenaga dalaman. teruskan usaha kau ni lebai. insyaallah nanti aku sokong dari belakang.

    Utk pengetahuan kau, aku pun suka gak cakra dan aura tenaga dalaman… apa kata kau bawak aku kat orang yang fasih dalam hal sedemikian, boleh gak aku timba ilmu serba sedikit. amacam? ada berani lebai?

    oklah …. aku dah dengar tentang kebaikan cakra dan aura ni… tapi takkan ianya tak ade kelemahan langsung, pasti ada kelemahankan? cuba kau terangkan…

    dari mana asal-usul cakra ni, siapa Apperantisnya? ce kau terangkan dalam bentuk lisan…ok.

  5. 5 shafril

    Untuk pengetahuan pak tua

    chakra dan aura adalah sistem tenaga tubuh manusia yang bersifat eterik (tak boleh nampak dengan mata kasar). Kalau chakra dan aura pak tua berfungsi dengan baik maknanya mental dan tubuh fizikal pah tua juga berada dalam keadaan baik.

    Jika chakra dan aura pak tua tidak berfungsi dengan baik menunjukkan yang pak tua bermasalah/berpenyakit. Sebagai contoh mereka chakra mahkota yang tidak berfungsi dengan baik selalunya mereka ni slow sikit (lembab), kalau belajar tu lambat sikit nak tangkap dan kalau sampai tahap yang kronik sikit mungkin sampai ke tahap gila. Bagi mereka yg mempunyai chakra mahkota yang berfungsi dengan baik biasanya orangnya pandai, kalau belajar senang masuk otak dan mempunyai IQ yang tinggi.

    Asal usul perkataan chakra tu berasal dari perkataan sanskrit yang bermaksud roda (yg berpusing). Jadi kat mana-mana pun kebanyakan orang pun panggil chakra. Tak kiralah orang india ker, mat salleh ker org indonesia ker semuanya panggil chakra dan mempunyai maksud yang sama - pusat tenaga. ok

  6. 6 Paypal2u Bloggers

    Memang best baca tajuk nie. Banyak benda bermanfaat boleh diadaptasikan dengan pengaktifan aura.

  7. 7 rahmad

    ass wr.wb

    aku lagi nyari ttg aura manusia buat pelajaran di skuul :lol: tlg donx bantuin ttg aura berbagai agama :roll: klo dah ktemu kirim ke email w :twisted: makasih

    wass wr.wb

    rahmad’s last blog post..Teknik meditasi mudah dan manfaatnya pada manusia

  8. 8 dede

    ass wr.wb

    gimana caranya untuk bisa mengeluarkan cakra dalam diri kita :?: :mrgreen:

  9. 9 Shafril

    waalaikumsalam rahmad & dede

    soalan yang agak sukar nak jawab di sini, Kalau betul2 berminat saya cadangkan saudara membeli buku pranic healing di http://www.pranichealing.com. Di dalam bukunya grandmaster choa kok sui ada menerangkan secara terperinci mengenai chakra dan juga aura dan juga rawatan menggunakan energi. Ianya amat mudah dan efektif.

    gimana caranya untuk bisa mengeluarkan cakra dalam diri kita?

    chakra tidak boleh dikeluarkan hanya boleh di aktifkan atau dibersihkan. Biasanya teknik visualisasi di gunakan iaitu dengan membayangkan diameter chakra semakin membesar dan aktif. Bergantung juga pada sesetengah perguruan, ada yg menggunakan teknik visualisasi, mengunakan ayat quran atau bacaan mentera tertentu. Di Indonesia ada beratus-ratus jenis perguruan reiki dan juga tenaga dalam di mana saudara boleh belajar. Kebanyakan guru2 tenaga dalam di malaysia juga belajar disana. Kalau berminat saya cadangkan Reiki Tummo. :grin:

  10. 10 ain

    Salam…

    Hai shafril, bagaimana saudara dpt mengetahui tentang aura dan chakra ni?

  11. 11 Shafril

    melalui scanning di mana saya scan sendiri aura dan juga chakra saya dan juga melalui pembacaan dan selebihnya saya belajar kat bawak pokok jer :wink:

Leave a Reply





Random Quote

It is good to have money and the things that money can buy, but it’s good too, to check up once in a while and make sure you haven’t lost the things money can’t buy — George Lorimer

Poll

Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari

View Results

Loading ... Loading ...

Waktu Solat

pemberi komen

  • Patah
  • YED
  • syed
3K2 theme by Hakan Aydin