Home » bioenergi

Bersihkan batu kristal anda dari negatif energi

18 May 2009 991 views 4 Comments

Kepada peminat-peminat batu kristal atau batu akik, untuk entri kali ini seperti biasa akan saya tunjukkan SATU cara paling mudah untuk membersihkan batu kristal anda dari segala jenis negatif energi yang di serap oleh batu kristal anda. Salah satu tujuan membersihkan batu kristal ialah untuk membuang segala jenis negatif energi, atau program-program pada batu kristal dari pemilik sebelum anda (untuk pengetahuan anda batu kristal boleh di programkan untuk tujuan tertentu seperti kesihatan, pengasihan, pelarisan perniagaan, perlindungan dan sebagainya) dan juga untuk menguatkan lagi energi yang ada pada batu kristal atau akik tersebut.

Sebelum itu saya nak bercerita serba sedikit mengenai batu kristal. Batu kristal ialah sejenis objek yang secara semulajadinya boleh mengaktifkan chakra. Secara amnya batu kristal jika di gunakan kena pada tempatnya, ianya boleh membantu anda biasanya dari sudut kesihatan kerana ianya mampu menjanakan bio energi pada chakra-chakra tertentu. Akan tetapi kalau salah memilih batu kristal juga boleh mengakibatkan penyakit tertentu. Batu kristal juga boleh di gunakan untuk membantu merawat penyakit dan di kenali dengan rawatan “crystal healing” boleh search di internet.

Biasanya selepas anda membeli batu kristal di kedai-kedai cina mereka akan membersihkan negatif energi pada kristal tersebut dengan menggunakan sejenis mangkuk di mana kristal tersebut akan diletakkan di dalam mangkuk tersebut. Kemudian mereka akan menggosok di sekeliling mangkuk tersebut menggunakan sejenis batu panjang dan ianya akan mengeluarkan bunyi yang nyaring di mana ianya boleh membersihkan kristal tersebut dari negatif energi.

Akan tetapi jika anda membeli batu akik di masjid-masjid selepas solat jumaat seperti saya, anda hendaklah melakukan proses pembersihan batu akik tersebut sendiri. Caranya amat mudah sekali, apa yang anda perlukan ialah segenggam garam. Mula-mula masukan garam ke dalam sebekas air, kemudian masukkan batu kristal anda sama ada cincin, gelang atau loket ke dalam larutan air garam tersebut. Untuk mempercepatkan proses pembersihan gosokkan batu kristal tersebut dengan menggunakan jari anda dan niatkan air garam tersebut membersihkan segala jenis negatif energi yang ada pada batu kristal anda. Atau boleh juga anda rendamkan batu kristal anda di dalam air garam tersebut selama sehari.

Kepada mereka yang mempunyai batu kristal mahal yang agak mudah rosak, tidak perlulah di rendam lama-lama, takut-takut boleh merosakkan batu kristal tersebut. Pada mereka yang peka anda akan mendapati aura pada batu kristal tersebut berkembang dari sebelum anda membersihkan batu kristal tersebut. Kepada pengamal reiki bolehlah menguatkan lagi energi pada batu kristal tersebut.

Demikianlah sedikit sebanyak cara yang paling mudah dan paling murah (60 sen jer) untuk anda membersihkan batu kristal atau batu akik atau batu permata anda. terima kasih

4 Comments »

  • kin said:

    jangan lupa jemur di bawah cahaya matahari selepas direndam dgn ari garami …betulkan cfu……..

  • shafril (author) said:

    betul tu, jemurlah di bawah matahari seharian dan bersihkan kristal anda 1-2 bulan sekali

  • hiris said:

    saya pernah rendam rose quart seharian dengan garam kristal.tetapi menjelang esoknya warna rose quart saya bertambah pudar dan bertambah jernih,apakah disebabkan oleh batu yang bergred rendah?

  • shafril (author) said:

    Kemungkinan besar rose quart tersebut agak sensitif dan tak boleh di rendam lama. Nasihat saya tak perlu di rendam seharian, cukup sejam dua bagi. Dari segi gred pula saya rasa kristal yang jernih adalah lebih baik dari yang pudar.

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.