Bolehkah anda di hipnosis?

Mungkin ada di kalangan pembaca yang tertanya-tanya boleh ke anda di hipnosis?. Jawapannya… jika anda mempunyai IQ lebih dari 80 (100 adalah tahap IQ yang normal), boleh konsentrasi, imaginasi dan bervisualisasi, anda sememangnya boleh di hipnosis.

Hipnosis adalah satu tahap minda di mana anda melaluinya beberapa kali dalam sehari. Pernahkah anda terlalu asyik menonton tv, membaca novel ataupun berangan-angan. Itu adalah salah satu contoh di mana tahap minda anda berubah tahapnya dari beta ke alpha.

Hipnosis yang anda lalui sehari-hari biasanya di tentukan oleh keadaan sekeliling berbeza pula dalam sesi hipnosis di mana anda di pandu oleh seorang hinoterapis. Sama juga seperti meditasi di mana meditasi terdiri dari dua iaitu meditasi aktif dan juga pasif. Dalam meditasi aktif anda akan memandu sendiri sesi meditasi tersebut manakala sesi meditasi pasif pula anda hanya membiarkan atau mengikut apa sahaja yang terlintas di dalam minda.

Rawatan menggunakan hipnosis bergantung pada anda, adakah anda bersedia untuk berubah? Adakah anda mudah menerima saranan… Kebanyakkan orang mudah menerima saranan, yang di hidangkan kepada kita melalui iklan television, radio, risalah, billboard dan juga suratkahabar.

Sebenarnya kebanyakkan barang-barang atau perkhidmatan yang kita beli adalah tindakbalas dari idea yang taraf hidup kita akan bertambah baik dengan membeli barangan/perkhidmatan tersebut. Mungkin juga ianya betul tapi mungkin juga ia menunjukkan yang kita ini mudah dipengaruhi atau di hipnosis. Saranan kepada minda bawah sedar secara halus yang di siarkan di tv menarik perhatian kita, menunjukkan kewujudan jenama-jenama tersebut dengan menggunakan keyword seperti free, extra, diskaun, buy 1 free1, baik untuk kesihatan, kajian membuktikan, 100% fat free - digunakan di dalam ayat, secara tidak langsung memberi saranan kepada minda bawah sedar yang anda akan rugi jika tidak membeli barangan yang di iklankan.

Kebanyakkan iklan yang baik pandai membuatkan anda fikir yang anda membuat pilihan sendiri, tanpa di pengaruhi sesiapa :smile: dan ianya juga adalah satu teknik hipnosis yang efektif. Di sini bolehlah di buat kesimpulan yang 100% manusia boleh di hipnosis. Sedar tak sedar jer :mrgreen:

Kepada mereka yang tidak percaya bahawa mereka mudah di pengaruhi dan percaya bahawa keputusan yang mereka buat adalah 100% tanpa dipengaruhi faktor lain adalah kurang tepat.

Saksikan video di bawah yang menunjukkan eksperimen yang di lakukan oleh Derren Brown. Dengan menggunakan teknik saranan subliminal, beliau berjaya mempengaruhi dua pereka grafik. Video ini juga menunjukkan betapa mudahnya kita dipengaruhi dari segala aspek dalam hidup. Jika anda adalah peminat hipnosis, subliminal, mindpower anda akan kagum dengan video ini.

Popularity: 29% [?]



12 Responses to “Bolehkah anda di hipnosis?”

  1. 1 iEn

    ooo penah gark alami situasi gini.. baca novel kusyuk tol sampai owang panggil pon haku wat derk jeek kekeekekek

    iEn’s last blog post..Gelagat Si Mikus

  2. 2 shafril

    mesti tengah baca novel cinta la tu..

    biasa la tu orang pompuan :mrgreen:
    shafril’s last blog post..Bolehkah anda di hipnosis?

  3. 3 sham

    memang menakjubkan…dan kita sebenarnya melalui situasi begini setiap hari, betul tak shafril?

  4. 4 shafril

    betul sangat la tu. Tapi kalau kita boleh mengambil kesempatan dalam keadaan atau situasi “hypnosis’ adalah lebih baik lagi :smile:

  5. 5 kin

    saya begitu minat dgn ilmu hipnosis.saya pernah mengikuti therapy diri oleh dr sazali ahmad dari simfoni minda. ianya merupakan kursus yang luar biasa..dan saya masih ingin belajar lagi ilmu hipnosis ini…

  6. 6 kin

    hipnosis if org melayu kata pukau..hehehee..nampak mcm perkataan yang menakutkan..tapi ia sebenarnya byk menolong…heheheh

  7. 7 kin

    COCA COLA AND MC DONALD MERUPAKAN IKLAN YANG BYK HIPNOSIS KITA…MMG TERROR..PAKAR2 DARI USA….MMG TAK LEH CHALLENGE NYER…TAK CAYA KENAPA BUDAK2 BILA TGK HURUF M JEK

  8. 8 kin

    SORRI I KENA HIPNOSIS JAP…HEHEHEHE TAK HABIS LAGI CITER:-

    COCA COLA AND MC DONALD MERUPAKAN IKLAN YANG BYK HIPNOSIS KITA…MMG TERROR..PAKAR2 DARI USA….MMG TAK LEH CHALLENGE NYER…TAK CAYA KENAPA BUDAK2 BILA TGK HURUF M JEK DIORANG KENAL TU MC DONALD…N TERGILA2KAN UNTUK GI KE FF RESTAURANT TU…JUST IMAGINE…

  9. 9 shafril

    kin,
    bagusla kalau minat ilmu hipnosis ni, memang menarik :)
    itu baru coca-cola dan mc donald, belum yang lain-lain lagi…

  10. 10 kin

    EKO SHAFRIL MEMANG ADA AMEK COURSE TANG HIPNOSIS /HYPNOTHERAPPY KER? DR ARTICLE YG EKO SELITKAN MMG KO MAJOR DLM BIDANG NIE
    :mrgreen:

  11. 11 Shafril

    ada la ambik course “hypnotist” jer, hipnoterapi tak sampai lagi. Tapi aku memang minat hipnosis ni dan ada banyak belajar dari buku-buku dan juga internet :wink:

  12. 12 Rako

    Dr Sazal;i memang dahsat.Aku ras skang ni dia sorang saja yg pakar dalam bidang ni di Malaysia. Tengok dalam youtube, search simfoni minda. Dia berubat orang sakit saka senang jer nampak.

Leave a Reply





Random Quote

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa

Poll

Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari

View Results

Loading ... Loading ...

Waktu Solat

pemberi komen

  • Patah
  • YED
  • syed
3K2 theme by Hakan Aydin