Cara mudah bersihkan aura

Dalam kehidupan sehari-hari, manusia biasanya akan menyerap secara tidak langsung aura-aura negatif dari pelbagai sumber. Seperti tubuh fizikal aura juga hendaklah di bersihkan selalu. Tubuh fizikal dan aura mempunyai hubungan yang rapat di mana sebagai contoh jika tangan kita di hiris pisau maka secara automatik aura di bahagian tersebut juga akan “koyak”. Begitu juga tubuh fizikal, sebelum kita di serang penyakit fizikal seperti sakit jantung, ianya boleh di kesan pada aura apabila di lakukan “scanning” pada bahagian tersebut. Sebaik-baiknya kalau sakit eloklah di rawat tubuh fizikal dan juga aura. Proses penyembuhan biasanya akan lebih cepat dan juga menyeluruh.
Ada banyak cara untuk MEMBANTU membersihkan aura anda, antaranya ialah:
1) Mandi di bawah “shower” atau air terjun- Tu pasal ler lepas mandi badan terasa segar.
2) Menggunakan bau-bauan tertentu. Sebagai contoh minyak sandalwood mempunyai keupayaan mengeluarkan aura kotor.
3) Berendam dalam air garam – jangan pakai garam biasa, pakai garam yang warna oren yang banyak di jual di luar masjid lepas sembahyang jumaat.
4) Meditasi
5) Bersenam
6) mendengar muzik yang menenangkan minda
Di atas tu adalah cara mudah. Cara yang tak berapa mudah ialah dengan menggunakan teknik visualisasi atau imaginasi. Biasanya di perguruan tenaga dalam ataupun reiki menggunakan teknik ini di mana anda membayangkan bola energi berwarna putih di kepala anda. Perlahan-lahan turunkan bola energi tersebut dari kepala hingga ke tapak kaki dan juga bayangkan aura bewarna hitam atau kelabu keluar dari badan.
Satu lagi teknik ialah dengan menggunakan pernafasan tenaga dalam. Semasa menarik nafas bayangkan energi bewarna putih masuk dan semasa keluar bayangkan energy yang berwarna hitam keluar.
Sebelum membersihkan aura anda pastikan berniat dalam hati nak bersihkan aura dari energi negatif. Sebenarnya ada lagi cara lain yang boleh di gunakan. Yang penting pilih satu yang sesuai atau mudah bagi anda dan amalkanlah selalu.
- Bersihkan batu kristal anda dari negatif energi
- Teknik pernafasan chakra
- Seni Visualisasi dan Imaginasi untuk penyembuhan diri sendiri
- Kesan senaman ke atas tubuh fizikal dan tubuh energi
- Kursus penyembuhan Bio-Energy
- Perbezaan diantara Reiki, prana, chi, tenaga dalam dan sebagainya…
- Kaedah pembersihan kediaman anda dari negatif energi
- Tips bagi mereka yang mudah lupa
- Aura dan fungsinya
- Teknik mengaktifkan chakra tapak tangan









skg nie air paip banyak klorin,dah tak sedaplah.pasal garam oren nie aku tak jumpa pun lepas sembahyang jumaat.
kalau macam tu kau kena beli penapis air. Tak mahal pun dalam seratus lebih jer…
pasal garam lak kau cari ler kat kedai ada jual… garam kristal namanya…
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.
Entri Terkini
paling banyak komen
Links
lawatan sambil belajar
Links
Links
Random Quote
— Michael E. Gerber
Categories
Spam
SPAM BLOCKED
TAGS
akhirat allah swt aura berjaya cantik chakra emosi energi fokus hebat Hipnosis imaginasi isteri kean kesihatan kuasa minda kuasa minda lupa makan marah matahari meditasi memori neraka otak pahala peka penyakit perempuan pernafasan reiki santapan rohani sembahyang semulajadi sihat solat spritual syurga teknik tenaga dalam tenang tidur visualisasi wanita warna
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Most Commented
Komen Terkini