Home » Archive

Articles in the Featured Category

Featured, santapan rohani »

[16 Apr 2008 | 3 Comments | 1,605 views]
Cium anak pun boleh dapat pahala…

Lama gak tak update blog ni, agak sibuk sedikit. Entri kali ni adalah dari e-mail yang saya terima dari kawan. Isi kandungannya yang agak menarik dan ingin saya kongsikan bersama pembaca blog ini.
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan …

Featured, kesihatan »

[30 Mar 2008 | 13 Comments | 2,002 views]
Gambar molekul air zam-zam

Entri kali ini adalah dari emel terbaru yang saya terima dari kawan saya. Sebenarnya benda ni dah lama berlaku dan artikelnya agak menarik dan ingin saya kongsikan bersama dan di sertakan dengan pendapat saya…
Pada 10/10/2002 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa …

Featured, kuasa minda »

[11 Nov 2007 | 10 Comments | 2,370 views]
Teknik meditasi mudah dan manfaatnya pada manusia

Meditasi adalah satu teknik konsentrasi yang memfokuskan pada bunyi, visualisasi, pernafasan dan juga gerakan tertentu bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran minda, mengurangkan stres, membuatkan kita lebih tenang dan meningkatkan tahap kesedaran spritual. Ia juga adalah satu seni mengosongkankan minda (the art of silencing the mind). Apabila kita dapat mengosongkankan minda tahap konsentrasi akan meningkat dan kita akan mengalami ketenangan dalaman.
Kebanyakan manusia ni selalunya dah lupa macamana nak merehatkan minda dan tubuh kerana terlalu sibuk dengan gaya hidup zaman moden. Kita boleh lihat di dalam kehidupan kita sehari-hari dari pagi hingga …

Featured, Reiki & Tenaga Dalam »

[7 Sep 2007 | 28 Comments | 6,067 views]
Rahsia pernafasan tenaga dalam

Pada dasarnya setiap manusia mempunyai tenaga dalam, akan tetapi mereka tidak mengetahui bagaimanakah cara untuk membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga dalam itu itu sebenarnya sudah ada sejak manusia dilahirkan.

Tetapi tenaga dalam itu masih pasif dan akan di bangkitkan apabila kita berada dalam keadaan tertentu seperti apabila berada di dalam keadaan panik, di hipnosis ataupun apabila mengalami ketakutan yang amat sangat.