Home » bioenergi

Chakra, kupasan lanjut

16 October 2009 809 views No Comment

crown_chakraUntuk entri kali ini saya ingin mengupas dengan lebih lanjut mengenai chakra. Ini adalah kerana ada sebilangan kecil yang menganggap yang chakra ini adalah haram. Ini adalah kerana terdapat unsur-unsur buddha sama ada simbol-simbol dan mantra-mantra pada chakra. Sama seperti ilmu hypnosis di mana ianya di anggap sebagai ilmu pukau oleh sebilangan orang, lebih-lebih lagi kepada mereka yang membuat penilaian sendiri tanpa mempelajari atau mendalami atau membuat kajian. Walaupun hypnosis adalah keadaan semulajadi yang di lalui oleh manusia sehari-hari tanpa di sedari. Berbeza keadaannya di barat di mana mereka membuat kajian dan mendalami ilmu-ilmu seperti seperti hypnosis, neuro linguistic programming (nlp) out-of-body experience (oobe), melihat dari jarak jauh (remote viewing), chakra, aura dan sebagainya.

Balik ke topik asal… apakah chakra ni, Chakra ni adalah perkataan yang berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud roda. Lebih tepat lagi kalau dalam bahasa melayunya pusat/titik tenaga dalam bahasa ingeris pula di panggil energy center atau energy vortex. Untuk pengetahuan semua, bahasa melayu pun banyak yang berasal dari bahasa Sanskrit seperti maharaja, mahkota, indera, bala, bakti, guna dan banyak lagi di sini. Chakra tidak boleh di lihat dengan mata kasar atau alat-alat moden, ianya boleh di lihat menggunakan mata ke-tiga. Ianya bersaiz 3-5 inci dalam diameter (saiz bergantung pada individu) sentiasa berpusing ke kiri dan kanan untuk menarik dan mengeluarkan energi.

chakras systemApabila chakra mengembang sepenuhnya, ia akan berbentuk seperti bunga teratai. Chakra mengawal kelenjar dan menyalurkan energi kepada organ yang tertentu. Contoh di sini jika chakra jantung tidak berfungsi dengan baik sama ada ianya kurang aktif, kotor atau ada “blockage” pada chakra tersebut akan mengakibatkan penyakit yang berkaitan dengan jantung atau paru-paru. Apabila chakra jantung di bersihkan dan diaktifkan semula, maka masalah pada jantung dapat disembuhkan. Setiap chakra mempunyai warnanya yang tersendiri iaitu terdiri dari warna-warna pelangi.

Fungsi-fungsi chakra

* mengawal sistem kelenjar dan organ-organ
* mengawal keadaan mental, emosi, fizikal manusia
* membentuk aura manusia

Chakra-chakra utama dan fungsinya

* chakra mahkota – mengawal otak dan kelenjar pineal
* chakra dahi – mengawal sistem saraf dan kelenjar pineal
* chakra mata ke-3 – mengawal chakra-chakra utama, kelenjar pituitary, mata dan kelenjar endokrin
* chakra tekak – mengawal tekak dan kelenjar thyroid
* chakra jantung – mengawal jantung, paru-paru dan kelenjar thymus
* chakra solar plexus – mengawal pancreas, hati, appendix dan perut
* chakra pusat – mengawal usus kecil dan besar
* chakra seks – mengawal organ seksual
* chakra dasar – mengawal tubuh fizikal seperti tulang, otot, darah, organ dalaman, sistem tumbesaran, organ seksual dan kelenjar adrenal

Saya harap penjelasan di atas dapat memberi jawapan kepada mereka yang mengatakan yang chakra ini adalah haram, harap dapat di fikirkan balik. Saya dah buangkan unsur-unsur india dan buddha di dalam entri ini dan jelas ianya tidak bertentangan dengan agama Islam. Walaupun tidak dapat di lihat dengan mata kasar, ianya adalah sebahagian dari tubuh energi dan menjalankan tugasnya tanpa di sedari manusia.

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.