chakra, pusat tenaga tubuh manusia

Percaya atau tidak? Setelah 4 bulan saya beli domain shafril.com Inilah adalah post yang pertama. Susah jugak nak menulis ni yek… asyik takder masa la… tak der idea la… tapi orang cakap mula-mula jer lama-lama nanti pandai ler.

Wokey… untuk post yang pertama ni nak nak bercerita sikit pasal chakra. Chakra ni bukanlah sejenis kuih ataupun sport rim kereta :) Chakra ni asalnya dari perkataan Sanskrit yang bermaksud roda. Lebih tepat lagi kalau dalam bahasa melayunya pusat/titik tenaga (energy centre) atau pintu masuk dan keluar tenaga (lifeforce/bio energy). Jika darah mengalir melalui pembuluh darah, tenaga pula mengalir melalui “lorong” yang dinamakan meridian. Meridian ini berpangkal pada titik-titik tertentu pada tubuh, membentuk pusat-pusat tenaga. Pusat tenaga inilah yang dipanggil chakra. Chakra merupakan bahagian yang amat penting pada tubuh tenaga manusia (bioplasmic/etheric body). Tubuh kita mempunyai kira-kira 72.000 meridian. Setiap chakra mempunyai warnanya yang tersendiri (warna pelangi).

Fungsi-fungsi chakra

* menyerap, memproses dan menyalurkan tenaga ke organ yang terdekat
* mengawal keadaan mental, spritual dan fizikal manusia
* membentuk aura manusia
* sistem radar semulajadi

Chakra boleh di bahagikan kepada 3 kategori. chakra utama (Major), minor chakra dan juga mini chakra. Fungsinya pun berbeza-beza sebagai contoh chakra utama menyalurkan tenaga ke organ-organ utama. Minor chakra dan Mini chakra pulak akan menyalurkan tenaga ke organ-organ/bahagian yang kurang pentingnya di dalam tubuh fizikal manusia. Di bawah ni senarai chakra-chakra utama:

Major Chakra (chakra utama)

* crown chakra (terletak di bahagian atas kepala)
* ajna chakra/third eye (di antara dua alis mata)
* throat chakra (di tengah leher)
* heart chakra (di tengah dada)
* solar plexus chakra (di antara tulang rusuk, ditengah)
* navel chakra (pusat)
* sex chakra (lebih kurang 4 jari dibawah pusat)
* root chakra (kat ekor tulang belakang)

Kesimpulan

Mungkin sukar nak percaya benda-benda macam ni. Tapi tak semestinya benda kita tak nampak tu tak wujud. Contohnya angin… mana ada orang pernah nampak angin tapi kita boleh rasa jer. Sama juga macam chakra dan juga aura nak tengok tu bole tapi ambil masa. Sanggup tak sanggup jer… Mungkin saya akan menulis mengenai chakra dengan lebih lanjut lagi di masa akan datang. sekian…

Popularity: 40% [?]



17 Responses to “chakra, pusat tenaga tubuh manusia”

  1. 1 Ramlee MS

    Saudara penulis, Minta maaf sekiranya mengganggu pemikiran saudara, saya sebagai pembaca ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Chakra ini…apa kegunaan chakra dalam misi perubatan? dimana ingin mempelajari Chakra? dan sekiranya sang penulis beragama ISLAM? adakah chakra ini lari drp akidah sebenar?

    Maaf sekadar ingin tahu… hamba budak baru belajar.

  2. 2 shafril

    Untuk pengetahuan saudara Ramlee MS ramai orang melayu/islam agak keliru mengenai chakra ni. Ader yang mengatakan chakra tu ilmu sesat la, ajaran buddha la dan macam2 lagilah… Tapi sebenarnya tidak lari dari akidah Islam… jangan risau ler

    Chakra tu ada cuma kita tak boleh nampak jer. Saya bagi contoh kalau kita tengok kipas angin… kipas angin digerakkan oleh tenaga elektrik, serupa juga dengan tubuh manusia. Akan tetapi sistem tenaga tubuh manusia ni agak kompleks sikit. Chakra menyerap tenaga dari pelbagai sumber seperti udara, tanah dan lain-lain lagi. Chakra akan sentiasa berpusing ke kiri dan ke kanan.

    Biasanya kalau seseorang itu batuk maknanya throat chakra/heart chakra tidak berfungsi dengan baik. Jadi kalau kita betulkan balik flow chakra-chakra/bersihkan aura ditempat yang berkenaan maka sakit batuk tu biasanya akan sembuh dengan lebih cepat lagi. Saya selalu bersihkan aura di bahagian leher dan jantung saya kalau terasa nak kena batuk. Biasanya satu hari jer lepas tu besok dah okey.

    Kalau nak belajar mengenai chakra ni selalu-selalulah melawat blog ini. Nak belajar kat tempat lain pun boleh juga tapi kena bayar ler. Tapi kalau saudara berminat saudara boleh belajar dengan ustaz shahrin di website ni http://www.mindgym2u.com.

    Buat masa ni saya agak sibuk sedikit. Mulai bulan depan saya menulis mengenai reiki, chakra, aura, hipnosis dan macam-macam lagilah. Cuma benda2 macam ni bukan senang nak tulis dan kena ambil masa sikit. sekian

  3. 3 Ramlee MS

    Terima kasih saudara shahrul. Info saudara amat berguna.

  4. 4 affuan

    UIks. Kat PC je pusat tu. Aku nak gi!

  5. 5 Arnol

    Salute untuk Shafril.com
    Menurut abang shafril cakra tidak terlihat oleh mata fisik. bagaimana dengan mata batin? apakah abang shafril atau guru abang shafril pernah melihat cakra dengan mata batin?

    Apakah abang shafril bisa menjelaskan bagaimana proses metabolisme energi dalam tubuh, dan apa hubungannya dengan aura dan cakra?

    abang pernah lihat action; 1 orang hendak dipukul oleh ramai orang, tetapi mereka tak dapat mendekati orang yang hendak dipukul, bahkan mereka akan terlempar. menurut abang, apakah ini tenaga dalam?

    OK…terus berkarya..

  6. 6 shafril

    memang benar chakra tidak boleh terlihat dengan mata fizik tetapi hanya boleh di lihat menggunakan mata batin atau dalam bahasa Inggerisnya “third Eye”. Secara peribadi saya sendiri tidak pernah melihat chakra, tetapi saya pernah melihat aura dan juga energi.

    Tidak ramai yang boleh melihat chakra, hanya mereka yang tertentu sahaja atau mereka yang selalu berlatih untuk meningkatkan tahap kepekaan.

    Chakra dan aura adalah saling berkait di mana chakra adalah pintu keluar masuk energi dan aura pula adalah terbentuk dari chakra.

    Action yang kamu lihat itu ialah demonstrasi tenaga dalam. Mereka tidak dapat mendekati atau memukul orang tersebut kerana orang itu telah melakukan pernafasan tenaga dalam sekurang-kurangnya 30 minit sebelum demonstrasi. Dan harus di ingat mereka yang menyerang hendaklah berada di dalam keadaan marah, jika tidak demontrasi tersebut tidak menjadi…

    sekian…

  7. 7 ALAN

    a’kum.
    ape khabar shafril.ramai juga ckp pasal chakra nmpak mcm best jer tetang chakra tu.
    laman web ni http://www.mindgym2u.com….. prof dr hj shahrin b adb rahman.
    ini lah bapak saudare aku… dia adelah bekas sorg polis berpankat DSP ketua jenayan terengganu. tp tu dia mude lagi…

  8. 8 shafril

    w’alaikumsalam

    ustaz shahrin tu bapak saudara kau ker. Kenapa tak pergi belajar ngan dia. Tak kira la muda ker tua ker. Kalau aku nak belajar ngan dia bole dapat diskaun ker :)

  9. 9 alan HAVANA CUBA

    ye’ memang USTAZ SHAHRIN tu bapak saudare aku. kenape xpercaye ker?? dia ade 4org adik beradik’
    semua nya lelaki. name bapak saudare yg lain pun hampir same.semua nya bermule dgn shah kt depan termasuk lah aku shahiran b shahriman’ ayah aku yg sulong dan USTAZ SHAHRIN tu anak ke 3 drpd 4org adik beradik. tp aku dah lame tk berjumpe dgn dia dah berape tahun.
    lagi pun aku tinggal kt KL.
    hari tu aku tgk dalam pih kau’ade org yang ckp ape sal chakra.
    SO aku buka web http://www.mindgym2u.com….. ni.
    aku tgk lelaki digelar ustaz shahrin rupe2 nya dia adelah bapak suadare aku.
    dulu aku ade ckp dgn kau yg sedare aku ade belajar tenage dalam ni…
    aku penah tgk dia belajar beramai2. nk ckp ramai tu xdelah sgn dalam 10org yg nk belajar chakra lagi pun mase tu aku umur 11 12 tahun.
    aku pun dah xingat sgn yg aku ingat mcm ARNOL ckp.
    ade beberape pelajar lain yg hendak memukul tetapi tidak sorg pun bejaye.
    mule2 memang aku tk percaye. kadang2 aku cerite kt kawan aku pun diorg tk akan percaye.mcm sepupu aku ckp kt aku hari tu.
    buat kali terakih aku jumpe dgn USTAZ SHAHRIN’ mase mama aku bawat aku pergi ke tempat dia berkreje dia chakra alam perubatan tradisional di pulau melake kelantan. tahun 200?
    aku dah xingat..
    mane lah aku tahu dapat diskaun ke tak…entah2 aku nk masuk pun kene bayar juga!!!!
    huhuhu…..

  10. 10 Shafril

    Apa punya anak saudara la ni… bapak saudara sendiri pun tak jumpa! aku yg saudara se islam pun pernah jumpa dia 2 tahun lepas.

    Biasanya setiap bulan dia akan datang ke KL atau Shah Alam. Pergi la melawat dia bro. Bole ler kau tanya banyak2 kat dia pasal tenaga dalam. aku pun bukannya expert sangat…

  11. 11 alan kamelah tobacco house sdn.bhd.

    bukan xjumpe…!!
    aku dah lame xberjumpe dgn dia. mase aku kecil2 dulu selalu lah jumpe dia’
    sbb skolah aku dulu dekat dgn rumah dia skr’ lagi pun anak dia 1 skolah dgn aku
    dan yg selalu berjumpe dgn dia mama aku lah’ br bulan lepas mama aku ckp kt aku yg anak dia nk khwin.
    biase nya dia akan suruh mama aku jadi tukang masak.
    tanya pasal tenage dalam??
    hihihiiiii….
    kau xexpert xpe lagi.skurang nya kau tahu juga. aku lansung xtahu ape dia tenage dalam 2.
    anak dia semuanya belajar tenage dalam.
    kalau aku jumpe dia aku akan tanya.ok!
    so now kau tinggal kat mane??

  12. 12 shafril

    Bukit Antarabangsa, Ampang… kalau jumpa dia, kirim salam ok…

  13. 13 alan kamelah tobacco house sdn.bhd.

    ooo kt c2…ok kalau jumpe..!!
    hihihi..
    ok bro..

  14. 14 sayuti

    chakra dan tenaga dua2 berfungsi tapi hanya 000000000.01 sahaja yg dapat keluar dari tubuh manusia …. tenaga yang sebenar sembahyang kuat kan sembahyang jiwa tenang chakra berkembang tenaga bertambah matang wassalam

  15. 15 sayuti

    saya nak berkongsi dengan kawan2 saya sekelian… tentang satu cerita kehidupan saya n keluarga saya… bermula dari berpindahnya saya ke kampung dalam di beruas perak … disitulah kisah hidup saya n keluarga saya di timpa masaalah yg dasyat… kami didengki oleh ora2 kampung sebab kerana kesengan yg allah kurnia untuk saya n keluarga … keluarga saya di santau … kak saya tak mkn nasi hampir4 tahun lamanya… ayh saya hampir bercerai ngn mak saya … saya muntah darah sampai sekarang….. tapi dengan kekuatan sembahyang n berserah kpd allah kehidupan saya boleh bertahan…. saya ingin bertanya kepada kawan2 saya sekalian apa itu chakra adakah sesuatu kekuatan yang dapat d guna untuk menyembuh penyakit .. bolhkah saya pelajarinya … mcm
    mana bila saya nk tahu berjaya apa tanda2nya n tindak balas pada saya…? sekian terima kasih assalamualaikum

  16. 16 Shafril

    Walaikumsalam… susah gak tu sayuti.Saya rasa baik saudara jumpa mereka yang ahli dalam hal-hal sebegini…

    Kalau saudara rajin sembahyang biasanya benda halus ni tak boleh masuk ke tubuh. Biasanya benda-benda halus ni boleh masuk di dalam diri saudara kecuali semasa saudara berada di dalam emosi yang tidak tenang seperti semasa tgh marah, risau dan sebagainya. Wallahualam

  1. 1 Chakra Mahkota at

Leave a Reply





Random Quote

Miracles are fantastic events which utilize hidden laws of nature that most people are not aware of. Miracles do not break the laws of nature, they are actually based on them! — Master Choa Kok Sui

Poll

Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari

View Results

Loading ... Loading ...

Waktu Solat

pemberi komen

  • Patah
  • YED
  • syed
3K2 theme by Hakan Aydin