Chikung adalah satu teknik senaman kuno yang di amalkan masyarakat cina sejak 5,000 tahun dahulu. Perkataan chikung itu secara amnya bermaksud senaman tenaga dalam. Jadi bolehlah di katakan chikung adalah senaman bertujuan untuk membetulkan sistem tenaga tubuh manusia. Sistem tenaga tubuh manusia adalah “life force” di mana tanpa tenaga itu manusia akan mati. Chikung membolehkan kita lebih sihat dan hidup lebih lama dengan membekalkan tenaga extra kepada tubuh. Chikung juga boleh membantu kita menyembuhkan diri sendiri secara semulajadi dan ianya adalah satu sistem yang amat efektif yang diamalkan oleh saya selain dari tenaga dalam dan juga reiki.

Apabila kita belajar mengenai chikung, secara tidak langsung kita akan memahami asas perubatan masyarakat cina di mana mereka menggunakan cara semulajadi untuk merawat dan mengimbangi organ-organ dalaman menggunakan herba-herba, urutan, akupuntur dan juga chikung.

Tiga jenis perubatan yang pertama selalunya bergantung kepada mereka yang memberikan rawatan manakala chikung pula adalah satu teknik penyembuhan diri sendiri. Kesemua jenis rawatan masyarakat cina adalah berasaskan yin dan yang iaitu keseimbangan.

Menurut perubatan cina, kebanyakan penyakit datangnya dari sifat-sifat negatif manusia seperti suka marah, dendam, sedih dll. Sifat-sifat negatif ini apabila ditambahkan lagi dengan pemakanan/cara hidup yang tidak sihat akan menyebabkan sistem tenaga manusia menjadi lemah secara keseluruhan atau di bahagian-bahagian tertentu dan menyebabkan kita mudah mendapat penyakit.

Antara manfaat-manfaat mengamalkan chikung ialah:

1) boleh menyembuhkan penyakit (macam-macam penyakit) dan meningkatkan tahap kesihatan/tenaga secara menyeluruh
2) awet muda
3) memantapkan/menenangkan minda
4) meningkatkan tahap kesedaran spritual

Mari belajar Chikung

Pada zaman sekarang ni terdapat macam-macam jenis senaman sama ada menggunakan peralatan ataupun secara “free form” iaitu tidak menggunakan sebarang alatan. Percaya tak kalau saya cakap perkara yang paling penting dalam hidup ialah perkara yang paling mudah. :shock:

Itulah senaman chikung, dimana kalau nak belajar chikung senang jer. Tutup mata, berdiri tegak di atas tanah, berkaki ayam (lagi baik) 30-60 minit sehari. Amacam boleh buat tak? Kan senang jer… Orang dulu-dulu kalau belajar chikung di suruh belajar berdiri dengan betul, kadang-kadang tu sampai bertahun-tahun kena berdiri jer kerana ianya adalah asas chikung. Tujuannya adalah untuk mendiamkan minda dan menyerap tenaga dari bumi/tanah.

Mula-mula memang la susah pasal minda kita ni sentiasa jer berfikir atau teringatkan macam-macam perkara sama ada yang telah berlaku, sedang berlaku atau yang akan berlaku. Lama-kelamaan minda akan belajar “duduk diam-diam” semasa tengah berdiri dan kita akan menjadi peka dengan keadaan tubuh dan persekitaran.

Secara tidak langsung chakra tapak kaki akan menyerap tenaga dari tanah (lagi baik kalau niatkan tenaga dari tanah naik ke chakra tapak kaki), naik ke chakra dasar dan di salurkan ke chakra yang lain. Semasa tenaga dari tanah ni naik, ianya akan membersihkan jalur tenaga kita yang tersumbat (energy blockage) secara semulajadi. Itulah sebabnya saya tak galakkan pakai selipar atau kasut semasa melakukan chikung kerana ianya boleh menghalang 50-70% kadar tenaga dari tanah naik ke chakra tapak kaki. Sebelum melakukan senaman chikung seelok-eloknya “warm up”. Pandai-pandailah nak warm up camana.

Kita kalau senaman jogging ker, angkat besi ker lepas tu badan mesti penat, berlainan dengan chikung di mana kita akan semakin bertenaga. Kalau amalkan selalu memang banyak manfaatnya. Gunakan anugerah tuhan yang percuma ni untuk kesihatan, daripada makan pil-pil vitamin, kena beli lak tu.

Pernah berlaku di Indonesia (dulu la) di mana bekas presiden Indonesia pernah mengatakan kalau terpegang anjing tak perlu di samak memadai dengan di basuh dengan sabun FAB jer boleh bersih. Selepas itu ada orang di sana buat kajian di mana menunjukkan tangan orang yang memegang anjing apabila di basuh dengan FAB masih masih terdapat kuman berbanding dengan orang yang tangannya di samak 100 peratus bebas kuman, tak ker hebat tenaga dari tanah tu :shock:

Popularity: 44% [?]



0 Responses to “Chikung (qiqong) - seni mengaktifkan tenaga dalam masyarakat cina”

  1. No Comments

Leave a Reply





Hypnosis Download

Random Quote

Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand. — Albert Einstein

Waktu Solat

pemberi komen

  • ain
  • afiqamir
  • ana
  • apiz
  • azam
  • Faridah Zainol
  • hafiz
  • kin
  • sweetmango
  • zharif

Wall

Latest on Mon, 03:49 pm

shafril: testing

» Leave a reply



Poll

Rawatan alternatif pilihan anda?

View Results

Loading ... Loading ...
3K2 theme by Hakan Aydin