Free Reiki Kundalini Attunement

Reiki adalah satu seni penyembuhan menggunakan tenaga alam semesta yang berasal dari Jepun yang di asaskan oleh Dr. Mikao Usui. Perkataan reiki itu sendiri terdiri dari dua perkataan iaitu REI KI. REI bermaksud alam semesta dan KI bermaksud tenaga. Di dalam bahasa cina juga di panggil chi (contoh-chiKung) dan dalam bahasa india di panggil prana (contoh-Prana Shakti).

Pengamal reiki akan menyerap tenaga dari alam semesta dan menyalurkannya melalui tapak tangan untuk melakukan proses penyembuhan. Selalunya sebelum belajar reiki, seseorang itu perlu melakukan proses attunement (penyelarasan) yang di lakukan oleh Master Reiki. Di mana di dalam proses attunement ini chakra-chakra anda akan di selaraskan bagi membolehkan anda menyalurkan energi dengan lebih baik lagi. Attunement boleh di lakukan dengan cara 2 cara iaitu secara langsung ataupun secara jarak jauh.

Ada pula yang mengatakan belajar reiki adalah haram kerana ia menggunakan simbol /makhluk halus atau jin. Tak tahu lak saya, selama saya belajar reiki tak pernah lak terserempak ngan jin reiki :) Kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai hukum belajar reiki ni, saya rasa baik tanya pada mereka yang pakar.

Pada masa sekarang ni terdapat pelbagai jenis aliran reiki contohnya Reiki Karuna, Reiki Tummo, Reiki Seichim, Reiki Imara, Reiki Kundalini dan macam-macam lagi. Reiki ni sebenarnya tak ada kaitan dengan mana-mana agama cuma kalau master reiki tu beragama kristian maka akan diserapkan sedikit unsur-unsur kristian dan kalau agama Islam pula akan di selitkan unsur-unsur Islam.

Reiki Kundalini adalah satu aliran reiki yang agak baru dan semakin popular kerana ianya agak mudah tanpa memerlukan sebarang penggunaan simbol atau visualisasi.

Bagi mereka yang berminat nak belajar Reiki Kundalini ni tapi tak da budget dan nak belajar secara percuma sampai tahap master bolehlah melawat Free Reiki Attunements website. Kalau percuma tu tak semestinya tak bagus, yang pentingnya adalah latihan. Gunakanlah ilmu yang di pelajari itu sebaik mungkin. Sekian

Popularity: 57% [?]



60 Responses to “Free Reiki Kundalini Attunement”

  1. 1 affuan

    Hm, macam best. TQ untuk info nih. Nanti aku boleh terbang aku cakap eh. Hehe.

  2. 2 shafril

    most welcome,
    kalau kau bole sampai tahap grandmaster, kau boleh invisible (halimunan), tapi jangan lak kau gi skodeng anak dara orang lak… dosa bang… he he

  3. 3 Luth

    Asalamualaikum.

    Terima kasih diatas maklumat yang diberi. Ramai diantara kita susah untuk mengawal sikap ‘teruja terhadap sesuatu’ dan akhirnya membawa kepada penyesalan.

    Ramai diantara kita masih kurang yakin akan kehebatan Reiki ini berpunca dari banyak perkara dan yang utama ialah corak pemikiran. Oleh itu, syabas kepada saudara yang berani menyampaikan sesuatu yang agak berat.

    Informasi saudara amat menarik..

    Terima kasih.

    Luth.

  4. 4 shafril

    Waalakumsalam,

    sama-sama… Pada saya kita cuma menggunakan sumber tenaga alam semulajadi anugerah tuhan, tak apa yang hebat pun, cuma orang zaman sekarang ni lebih percaya pada perubatan moden berbanding reiki dan ada pula yang mengatakan reiki tu haram. pelik bin ajaib.

    Walau apapun thanx for coming… Selamat menjalani ibadah puasa…

  5. 5 affuan

    Uiks, ye ke? Ko dah sampai tahap boleh skodeng anak dara orang blom? Kih3.

  6. 6 shafril

    Ushh… Mana bole bagitau… rahsia bang hehe

  7. 7 affuan

    Kui3. Ala… Haha..

  8. 8 Syam

    Kengkawan, kalau ada sesape yang nk dapat attunement reiki free, silakan ke:

    http://Free-attunement.blogspot.com

    kat blog saya ni, saya ada list website yang offer attunement reiki percuma.

    OK!

  9. 9 bang lee

    assalamualaikum…en.shafril..
    saya trima attunement dari master hisham
    http://www.reiki-malaysia.com
    best blajar reiki..boleh rasa mengaliran reiki yang berbeza2..mcm reiki,diamond reiki,goldreiki.

  10. 10 Shafril

    wa’alaikumsalam,

    kawan aku tu, tapi tak berapa kenal. Kenal2 macam tu jer. Sama-sama belajar prana shakti…

  11. 11 bang lee

    ooooo…
    prana shakti tu pe lak dah.?adui cam2 la benda2 ni

  12. 12 bang lee

    en.shafril. sya nk blajar tenaga dalam ilahi kat en.shafril leh x?

  13. 13 Shafril

    Saya pun blum belajar lagi. Maap la yer :)

  14. 14 bang lee

    ooo…tu yg pernafasan2 sblum ni..yg tu tnga dalam ape?yg lain ke?

  15. 15 Shafril

    nasihat aku kau belajar reiki kundalini bagi khatam, praktis hari2. Kalau dah pandai, baru belajar tenaga dalam lak. Tak guna belajar macam2 jenis reiki atau tenaga dalam tapi semuanya tak pandai, jangan jadi macam aku lak hehe. Practise beb… bagi peka :)

  16. 16 bang lee

    ok..kundalini reiki ni bg berat badan naek ke?brat saya neak 3 kilo.haha..abeh la p tournement nnti..huhu

  17. 17 apiz

    salam

    en shafril sy ada amik attunemen reiki dari seoarang master yg amik dari master hisyam,saya amik smpai tahap 1 & 2 je,rasa2 kt mana bleh dpt manual? sbab sy slalu meditasi kepekaan masih kurang

  18. 18 shafril

    wa’alaikum salam,

    saya rasa baik saudara minta sendiri dari master hisyam. Takkan dia tak bagi manual?

  19. 19 bang lee

    apiz..ko kena slalu bt meditasi baru dpt rasa.

  20. 20 apiz

    salam ,bkan dari master hisyam tpi dari org yg amik dari dia gak,dia ada bgi kaedah ttapi sje la nk tgok manual dia gak,kt2 leh tmbah teknnik lg,

  21. 21 apiz

    ok banglee,makasih ye,lawa tendangan,kita sama2 seprguruan la,sy pn rasa berat sy makin nek ni pas attunement,kwn2 pn ckap bdn nek,tntu berat nk men tournament nnti.

  22. 22 Shafril

    apiz cuba search “kundalini reiki manual download”

  23. 23 bang lee

    tula..brat nek smpai kna tkar ktegeri utk tournement..kaco jgak la..:-)

    shafril..xkn blajar reiki bleh bt jd halimunan?

  24. 24 apiz

    btul ke leh jadi halimunan ni??
    xyah guna mantera pe2 ke? klau dh jdi halimunan ni ni nk normal blik klau x cukup molekul ,kudung jawabnyer.

  25. 25 apiz

    btul ke leh jadi halimunan ni??
    xyah guna mantera pe2 ke? klau dh jdi halimunan ni ni nk normal blik klau x cukup molekul ,kudung jawabnyer….

  26. 26 Shafril

    aku bergurau jer la bro :)

  27. 27 apiz

    lorr tipah tertipu la ni.shfril smlm ada wat pnyaluran energi kt sorg mmber.
    dia ckap ada rasa pnas kt tmpat sy salurkan tu,
    saya pn rasa gak,tpi yg erannya,rasa panas tu skejap je,dan hnya rasa haba panas dari bahu smpai ke lengan je,kt tapak tgn x terasa pe lak pn,npe ye?
    kdg2 duk ilek2 tiba2 bdan panas,then kna wat grounding energy,da masalah ke saya ni?

  28. 28 Shafril

    rasanya tu adalah pergerakan energi, lain orang lain rasanya, bergantung. Rasanya takda masalah, selalulah buat meditasi untuk membersihkan jalur energi tubuh…

  29. 29 Bang lee

    shafril..bla nk blajar tenaga dalam ilahi?

  30. 30 Zul

    Salam saudara Shafril ..

    Saudara aper khabar ? Klu saudara masih ingat , sy pernah minta pendapat saudara berkenaan aper yg berlaku pd diri sy.
    Alhamdulillah skrg keadaan diri sy lebih stabil dan tenang.. Sy skrg mula biase dan bersedia dgn perkara2 yg x terduga yg sy sdg dan bakal lalui ..
    Sy x prnh belajar reiki atau maner2 pusat peningkatan tenaga dalam. Aper yg berlaku pd diri sy adlh Anugerah Illahi dan sy mengambil masa yg agak lm untuk memastikan aper yg berlaku pd diri adlh ssuatu yg haqq, bkn yg batil. Alhamdulillah skrg sy sdh mendapatkan jwpn yg sy cari2 slame ni dan keyakinan sy kpd kekuasaan-Nya smakin kuat. Yg penting niat kte untuk mempelajari aper2 pun ilmu mestilah btul dan percaya setiap aper yang berlaku itu adlh atas izin-Nya ..

    Wassalam …

  31. 31 Shafril

    Bang Lee, ponat dah aku belajar tenaga dalam ni, nak berlati jer ni sekarang, cuma masa yg tidak mengizinkan :)

    Buat saudara Zul, anugerah semulajadi tu, gunakanlah dengan sebaik-baiknya :)

  32. 32 apiz

    tnaga dalam illahi tu sme cam tenaga dalam al kausar kn,yg bes nya peringkat guru dapat bonus kitab

  33. 33 apiz

    bang lee,shafril,klau nk amik tendai,agak2 kt spe ek,?master hisyam ye??

  34. 34 Bang lee

    emm..saya amek kat master hisham..utk ahli reiki RM500 skali dengan peringkat master..tp blum bt pengisian g..dsbabkan faktor masa..

    shafril..punca owg dok terpelanting sbab nk tumbuk bdk tnaga dalam ini knpa? tnga dlm bleh jd bnteng yg kuat ke?

  35. 35 Shafril

    terpulang nak ambil kat siapa, aku tak nak komen, nanti ada yang marah lak…

    org duk terpelanting ni sebab aura mereka yg belajar tenaga dalam ni tebal dan mampat, benda boleh berlaku jika orang yg menyerang tu dalam keadaan marah, gitu la lebih kurang….

  36. 36 Zul

    Salam bang Shafril .. kalau x silap saya orang yang berniat tidak baik dan ingin menyerang ni tenaga dia negatif dan apabila dia cuba menyerang mereka yang belajar tenaga dalam , tindak balas tenaga tu yang membuatkan dia terpelanting atau tertolak .. betul x .

  37. 37 shafril

    pandai pun, lepas ni boleh la aku berguru ngan kau :shock:

  38. 38 apiz

    kpda org lbih pglaman ,bang lee,zul n shafril,tenaga dalam ni bleh x dituntut melalui lbih dari satu perguruan je?
    n ada perbezaan kaedah antara perguruan2 ni yg bleh mnsdatang kan bhaya kpd si pnuntut?
    sy ada amik dkt suatu perguruan ,tpi rasa cam nk tmbah lgi yg lain?

  39. 39 Shafril

    Pada pendapat saya, perguruan tenaga dalam ni semuanya sama jer… mungkin kaedah atau teknik yg berbeza.

    Perbezaan perguruan tidak membahayakan, cuma saya rasa yg perlu belajar banyak2 perguruan, pilih satu dan selalulah berlatih. itu jer… tapi kalau berkemampuan bolehlah tambah yg lain…

  40. 40 Bang lee

    apiz..amek kat sapa tenga dlm?

  41. 41 apiz

    salam ok makasih shafril,nasihat ini bguna untuk sy yg masih sethun jagung ni :smile:

    banglee,sy amik dkat sorg guru di kedah,tgh prktis gi skang :smile:

  42. 42 Bang lee

    ooo..apa nama tmpat kt kedah tuu

  43. 43 apiz

    sori banglee,lwat skit,sibuk bru2 ni,tmpat tu kt tanah merah jitra,
    bang lee,ada tmpat2 kt mana gi x kt kedah yg bleh sy ushar2 skali?

  44. 44 Bang lee

    aik..kat tanah merah ka? kt na?sy tgh blajar kat kwasan jitra la kt poli

  45. 45 apiz

    la band lee blajaq situ ka,bang lee nk cuba kt dia ka?sy bgi cntact

  46. 46 Bang lee

    ok jgak..cmna dengan bayaran dia?mhal x?

  47. 47 apiz

    sori2 cbuk ngan hal kolej skit skang
    byran dia bleh than la bglee

    shafril,skang sy dh bleh rasa sensasi kt tapak tgn,
    tpi cm xpower lgi jer,plu training lgi ker??
    ada pe2 lgi kaedah untk bgi rasa sensasi lbih gi??

  48. 48 bang lee

    oooooo…kat mana jitra tu?
    apiz meh la join tendai

  49. 49 bang lee

    elo2

  50. 50 apiz

    nak tu mmng nk sgt bang lee,
    dk rasa diri ni kosong ja,nk gak tmbah2,
    insyaallah bila berkelapangan,mklumla student,xsmpat nk pcpatkan niat,
    insyaallah nnti bleh kt pelan2..

  51. 51 hafiz

    hui cam bez jek reiki ni aku dah dapat lv 1 punyer attunemen tapi tak rase papepun
    ada pape komen

  52. 52 bang lee

    slalu bt training meditasi tu en.hafiz :smile:

  53. 53 hafiz

    camne nak meditasi uh encik bang lee
    ada tak kaedah yang unik dan kreATif untuk saya bermeditasi
    adoi :roll:

  54. 54 bang lee

    duduk bersila,pejam mata..tarik nafas hembus nafas la

  55. 55 Master Anuar

    Assalamualaikum.
    Seronok melihat ada lagi orang yang berminat dengan ‘tenaga dalam dan alam’. Untuk memulakan meditasi, just duduk rileks, tarik nafas dan lepaskan nafas perlahan lahan sambil mengira 1 hg 100 dan 100 turun semula ke 1. Then buka la mata.U can feel the ’sensation’. Y not u all try.

  56. 56 bang lee

    ws..
    master anuar belajar tenaga dalam pe??

  57. 57 shafril

    Teima kasih di atas tips meditasi tuan :grin:

  58. 58 apiz

    master anuar, sensation yg dimaksudkan tu cmna?pada tapak tgan atau sluruh bdan kita??

    shafril,bru2 ni sy xsmpat wat meditasi reiki,yg telah diattunekan oleh seorang knalan,
    xpeke,adakah reiki akan trus mgalir dlm tubuh??

  59. 59 Shafril

    Reiki akan terus mengalir, biasanya boleh di rasakan kalau kita sensitif dan peka…

  60. 60 azam

    SALAM semua,untuk pengumuman ,sesiapa yg berminat belajar Tenaga Dalam Ilahi peringkat Dasar,Dewan Guru,Grandmaster/Penghusada,Ilmu Asmak Malaikat )bagi mereka yg berminat dalam ilmu beladiri),Hikmah Penyembuhan Ilahi /SUFI REIKI MASTER -REIKI BERNAFASKAN METHOD hURUF hIJAIYAH,Program 99 Guru Tenaga Dalam Hikmah NURCAHYA,sila email saya..InshaAllah saya sedia membantu..Salam nurcahya dan moga ada manfaat buat semua InshaAllah..
    nurcahya7@yahoo.com.my

Leave a Reply





Hypnosis Download

Random Quote

Miracles are fantastic events which utilize hidden laws of nature that most people are not aware of. Miracles do not break the laws of nature, they are actually based on them! — Master Choa Kok Sui

Waktu Solat

pemberi komen

  • ain
  • afiqamir
  • ana
  • apiz
  • azam
  • Faridah Zainol
  • hafiz
  • kin
  • sweetmango
  • zharif

Wall

Latest on Mon, 03:49 pm

shafril: testing

» Leave a reply



Poll

Rawatan alternatif pilihan anda?

View Results

Loading ... Loading ...
3K2 theme by Hakan Aydin