Gelombang minda/otak (brainwave)
Published by shafril August 23rd, 2007 in mindaOtak manusia yang dijadikan tuhan terdiri daripada berbilion sel yang dipanggil neuron. Kombinasi sel-sel ini mencetuskankan aliran elektrik di dalam otak manusia dan boleh dikesan melalui alat yang dipanggil electroencephalograph (EEG). Aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda (brainwave).
Gelombang minda akan sentiasa berubah mengikut aktiviti yang di lakukan oleh seseorang. Sebagai contoh orang yang sedang tidur dan orang yang dalam keadaan jaga gelombang minda mereka sangatlah berbeza.
Secara amnya gelombang minda dibahagikan kepada 4 tahap:
Beta (12hz-38hz)
Dalam keadaan jaga dimana manusia melakukan aktiviti harian yang melibatkan penggunaan minda sedar (conscious mind). Orang yang berada di tahap ini selalunya mereka yang sedang bekerja, berbincang, membuat pilihan dan juga menganalisa (berfikir) dimana otak berfikir secara logik dan konsentrasi. Mereka yang gelombang mindanya yang berada pada tahap aktiviti beta yang tinggi (higher beta) biasanya akan mengalami masalah mengawal emosi serta mengalami tekanan perasaan, Attention Deficit Disorder (ADD) dan sukar tidur (insomnia). Stimulasi pada tahap beta membolehkan kita mengatasi masalah mental yang tidak stabil, tahap tenaga, konsentrasi dan boleh juga meningkatkan IQ seseorang.
Alpha (8hz-12hz)
Dalam keadaan jaga dan tenang. Biasanya kita akan berada di tahap ini sewaktu kita sebelum kita tidur dan juga selepas bangun dari tidur. Apabila kita menutup mata secara automatik minda akan mula menghasilkan gelombang alpha. Di tahap alpha biasanya kita akan lebih mudah menerima saranan dan tahap ini sangatlah efektif untuk menghipnosis diri sendiri (self-hypnosis), “mental re-programming” dan pembelajaran yang pantas. Pada tahap ini jugalah kita dapat menggunakan deria yang ke-6 (ESP-Extra Sensory Perception) di mana kita akan lebih peka pada pendengaran, penglihatan, sentuhan, gerak hati dan lain-lain.
Kajian yang dijalankan saintis juga menunjukkan kanak-kanak banyak menghabiskan masa dalam keadaan jaga (beta) tetapi gelombang minda mereka berada pada tahap alpha-Theta. Semakin mereka membesar (akil baliqh) minda kanak-kanak akan mula menghasilkan semakin banyak gelombang beta. Sebab itulah kita tengok kanak-kanak cepat belajar/tangkap apa yang kita cakap/buat. (moral of the story: kalau dah tua tu takyah la nak belajar lagi he he
kalau nak belajar gak kena selalu la masuk alpha).
Theta (3hz-8hz)
Pada saat ini kita akan berada di dalam keadaan yang amat tenang. Tapi ramai orang bila dah berada tahap ni terus tertidur. Jarang sekali orang dapat mencapai tahap theta dan berada di dalam keadaan sedar. Sebaiknya pada tahap ini, tubuh fizikal tidur tapi minda hendaklah dalam keadaan jaga. Bukan senang kerana kebanyakan orang tubuh dan minda mereka tidur bersama-sama. Tahap theta ni bolehlah di katakan tahap spritual di mana di tahap ini kita boleh melakukan aktiviti-aktiviti luarbiasa seperti keluar dari tubuh fizikal - out of body experience (OOBE), mimpi berarah (lucid dreaming), remote viewing dan macam-macam lagi.
Delta (0.2hz-3hz)
Tahap gelombang minda yang paling rendah. Mereka yang berada pada tahap ni biasanya orang yang tidur mati (deep sleep) dan tidak bermimpi. Pada tahap ini juga pituitary gland yang terletak di tengah-tengah otak akan menghasilkan Human Growth Hormone (HGH). Minda pada tahap akan akan melakukan proses penyembuhan diri sendiri (self-healing) pada tubuh fizikal.
Walaupun seseorang itu berada pada tahap beta, tetapi tahap-tahap minda yang lain seperti alpha, theta dan delta boleh dihasilkan oleh minda pada masa yang sama.
Melalui pengalaman peribadi saya, kita boleh mengambil kesempatan yang ada pada tahap gelombang minda yang tertentu untuk membolehkan kita lebih produktif, fokus dan kreatif. Pengetahuan mengenai gelombang minda ini amat berguna terutamanya pada mereka ingin mempelajari ilmu tenaga dalam, reiki, mind power, hipnosis dan sebagainya.
Popularity: 33% [?]
- Hipnosis
- Minda Kanan + Minda kiri = The Shichida Methods…
- Teknik meditasi mudah dan manfaatnya pada manusia
- Kekuatan saranan ke minda separa sedar
- Tips melambatkan proses penuaan minda
- Muzik untuk meditasi
- Rahsia pernafasan tenaga dalam
- Bolehkah anda di hipnosis?
- Tidur lebih, Berat kurang ?
- Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar - 1
10 Responses to “Gelombang minda/otak (brainwave)”
- 1 Pingback on Sep 20th, 2007 at 3:02 pm
- 2 Pingback on Mar 16th, 2008 at 4:27 pm
- 3 Pingback on Oct 21st, 2008 at 3:15 am
Alhamdulillah bertambah blog mengenai minda,
apa pun good info tentang brainwave
terima kasih. Untuk pengetahuan linn, saya mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk untuk menulis post ni. Maklumlah budak baru belajar menulis…
Anybody here interested in learning Theta Healing? For more information, please go to http://www.thetahealing.com
Please do email me at dita.webster@gmail.com if anyone is interested.
Thank you
Untuk memasuki gelombang otak Alpha itu bagaimana caranya bang?
Mudah saja dan ada banyak cara. Antaranya ialah dengan menggunakan pernafasan ataupun self-hypnosis.
Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Tutup mata dan fokus pada pernafasan. Lama kelamaan kamu akan semakin tenang dan rileks. Itulah dia tahap alpha.
Self-Hypnosis. Gunakan mantra atau self-talk seperti “semakin tenang” di ulang berkali-kali di dalam hati. Ataupun fokus ke satu objek dan lama kelamaan kamu akan memasuki tahap alpha.
Gunakan tahap alpha dengan sebaiknya seperti untuk mendapatkan idea-idea baru atau untuk menyelesaikan masalah.
baby umur 1 tahun 2 bulan cam ner nak ajar agar otak berfungsi dgn cepat nyer…
Pada pendapat peribadi saya, puan tak perluh nak ajar lebih2. Yang penting kasih sayang cukup, berikan saranan positif, kena selalu ceria dan jgn suka marah2 insyaalah berjaya…
bacaan tambahan bacalah kat sini… http://www.shafril.com/minda-kanan-minda-kiri-the-shichida-methods.html