Ginseng dan kesannya pada chakra dan Aura manusia
Published by shafril January 14th, 2008 in Chakra & Aura
Entri pada kali ini ialah mengenai ginseng. Kalau orang melayu kita ada herba-herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, minyak kelapa dara dan macam-macam lagi. Manakala bagi masyarakat cina ginseng adalah herba yang agak popular. Ramai orang cina dan juga korea mengambil ginseng setiap hari bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan. Jika ginseng di campurkan dengan herba yang tertentu ianya boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Grandmaster Choa Kok Sui telah melakukan ekperimen terhadap ginseng dan kesannya pada tubuh eterik (chakra dan aura). Berikut adalah terjemahan secara tidak langsung mengenai hasil ekperimen tersebut:
1) beliau mendapati kesan ginseng dapat di lihat sebaik sahaja ginseng di makan
2) Kilauan cahaya muncul pada lapisan aura
3) Setiap lapisan aura meningkat ketebalan sehingga 100% !!!
4) Aura yang bewarna kelabu keluar secara perlahan-lahan dari tubuh eterik
5) Chakra semakin terang, membesar dan semakin aktif
6) Diameter chakra utama meningkat dari 3 setengah inchi ke 5 inchi
Menurut beliau walaupun kadar tenaga tubuh eterik meningkat, subjek kelihatan relaks dan tenang, kesan yang sama juga boleh di lihat sewaktu seseorang itu bermeditasi. Biasanya kita tidak dapat merasakan apa-apa perubahan ataupun kesan melainkan jika kita adalah golongan yang sensitif ataupun kita berada dalam keadaan lemah.
Kesan yang dihasilkan oleh ginseng bergantung pada kuantiti, kualiti dan juga pembekal ginseng dan juga keadaan tubuh kita. Biasanya kesan yang dihasilkan oleh ginseng boleh bertahan dari 10-16 jam. Selepas itu kesannya akan hilang secara perlahan-lahan. Beliau juga mencadangkan kita mengambil setengah gram ginseng 2 kali sehari untuk mengekalkan tahap kesihatan. Kepada mereka yang sakit bolehlah mengambil lebih sedikit.
Ginseng jika dilihat menggunakan third-eye kelihatan sangat terang berbanding dengan makanan atau ubat. Ianya kelihatan seperti emas yang berbentuk cecair. Aura luar ginseng mencecah 9-12 kaki! Ginseng juga membersihkan aura dengan mengeluarkan aura negatif dari tubuh eterik. Sebaik-baiknya bersenamlah selepas mengambil ginseng bagi memudahkan pengeluaran aura negatif dan memudahkan tubuh menyerap tenaga baru.
Melalui hasil ekperimen yang dilakukan oleh Grandsmaster Choa Kok Sui bolehlah di buat kesimpulan yang ginseng ini memang banyak khasiatnya. Melalui pengalaman saya mengamalkan ginseng, memang saya dapat rasakan kesannya. Ianya agak panas dan harganya pun boleh tahan. Jangan lupa lepas ni kalau jumpa kedai ubat cina, belilah ginseng, memang banyak khasiatnya…
Popularity: 33% [?]
- Aura dan fungsinya
- Chakra Dasar, pusat tenaga tubuh fizikal
- Chakra Mahkota
- Cara mudah bersihkan aura
- Solar plexus, chakra kepentingan diri sendiri
- Free guided meditation - twin heart meditation
- chakra, pusat tenaga tubuh manusia
- Teknik mengaktifkan chakra tapak tangan
- Teknik pernafasan chakra
- Bayar menggunakan kertas kosong
0 Responses to “Ginseng dan kesannya pada chakra dan Aura manusia”
Please Wait
Leave a Reply