Hampir Dirogol (Kisah benar dari US)
Sebuah kisah benar menarik yang ingin saya kongsikan bersama pembaca. Semoga sedikit sebanyak dapat di ambil ikhtibar dan pengajaran…
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
source: Mamak@webchat
- Sholat Subuh di Masjid
- Lelaki dan Wanita
- Cium anak pun boleh dapat pahala…
- Gambar molekul air zam-zam
- Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w
- Cara-cara menahan marah menurut Islam
- Kebahagian seorang suami…
- Kasihnya Allah pada wanita
- Indahnya Zakat Apabila Dihayati
- Allah Melihat Apa Yang Kamu Buat – Azmil Mustafa a.k.a ALI SETAN









[...] aku bukak atas sbb satu post yang menarik drp saudara Shafril. Post menarik yang aku maksudkan…Kebesaran Allah Renung2 kan..semoga mendapat [...]
EHm..aku penah dengar cerita nih dulu. Itulah kebesaran Allah.
So, jangan lupa kita nih siapa di dunia nih. Hanya insan lemah..
menginsafkan…
Betul tu titan… sehebat-hebat manusia kalau jatuh langgar batu pun boleh meninggal.seelok-eloknya amalkan membaca ayat kursi di dalam rumah dan juga semasa hendak keluar rumah.
buat cik aida, baguslah kalau entri menginsafkan, cuma saya jer yg blum insaf 100%…
1st time saya baca kisah ni…
Kat dunia lagi Allah dah tunjuk… Cukup terharu aku, bagaimana dengan iman aku sekarang? Terima kasih kerana mengingatkan Shafril…
Sama-sama la kita mengingatkan sesama sendiri. Aku cuma berkongsi ilmu untuk sama-sama kita amalkan…
perempuan yang jaga auratnya,maka ALLAH lindungi dia.skrang banyak masalah kat perempuan perempuan hanya kerana tak jaga auratnya.
Pada saya ayat kursi banyak menyelamatkan saya. Saya pernah kemalangan Jalanraya bersama suami menaiki kancil .Saya baru sebulan bersalin. Setiap kali kemana-mana saya suka baca ayat kursi. Alhamdulilah kami x apa-apa malah selepas terbalik kereta kami berhenti betul2 di tepi jalanraya. Saya juga sempat mengucap Subhanalllah berulangkali. Hanya kalimah itu yang saya ingat ketika itu. Dengan izin dan kasihsayangnya saya masih ada pada ketika ini .. dan anak saya ketika ini telah berusia 5 tahun. Subhanallah!!!
itulah tanda kekuasaan Allah…
seorang yang pandai menjaga uaratnya,maka Allah akan sentiasa menjaganya..
Subhanallah…Allah Maha Besar. Amalan ayat Kursi memang baik untuk kehidupan seharian kita. Melaluinya kita mendapat ketenangan dari Yang Maha Esa ALLAH SWT
ALHAMDULILLAH…Syukur KehadratNya, selepas 6 bulan berpisah dengan suami hari2 saya mengamalkan ayat Kursi ini. Bukan ketenangan jiwa sahaja yang dirasai malah diri ini semakin Redha dengan semua ketentuan berbanding sebelum keadaan 6 bulan lalu. Diri menjadi semakin kuat hari2 semakin tabah. Sekarang saya berasa teramat bahagia bersama anak n family kesayangan saya….SYUKUR ALHAMDULILLAH…….semoga kalian semua bukan shj menghargai malah MENGAMALKANNYA….Wassalam.
sedih gak kisah hidup puan tu. Bersabarlah, dugaan hidup
MASIH RAMAI YANG MENIDAKKAN KEKUASAAN ALLAH SWT. WALAUPUN DAH BANYAK KISAH DAN TAULADAN DIPERDENGARKAN. SAMA2 KITA BERJEMAAH DI MASJID. SEDIH, MASJID DAN SURAU TAK CUKUP 1 SAF BILA BERSOLAT. KALAU RAYA, BARU KITA LIHAT RUPANYA RAMAI ORG2 ISLAM. RENDAHKAN DIRI ANDA, ALLAH PENCIPTA KITA. TAK SALAH KITA TUNDUK DGN NYA………
betul tu, sama-samalah kita tunduk kepadaNya…
cerita yg amat memberikan pengajaran kepada kaum hawa agar mereka senantiasa menutup aurat dan mengamalkan bacaan ayat kursi untuk keselamatan mereka…. insyallah
pesan-pesankanlah pada ibu2, anak2, adik2, kakak2 menutup aurat supaya hidup lebih berkat
Shafril kamu kena insaf,kalu tak 100% pun tak pe ler,35% kira ok le tu…Bukan stakat tunduk je..banyak benda kita kena buat,sebab kita hambanya.tul x…?? betul laaaa
betul tu Ryk, cuma kita sebagai manusia biasa tak boleh nak perfect 100%
mak ai….ayat nie t akan selamatkan fatin 10 ton g…aminnnnn!!!
Bila kita meletakkan ALlah segala-galanya dalam hidup kita….semua perkara yang diperintahkanNya akan menjadi mudah untuk dilaksanakan…InsyaAllah.
erm…..Ya ALLAH…besarNYA kebesaranmu,Engkau adalah tuhan segala mahkluk..Engkau menjadikan dari kecil hingga besar,dari atas hingga bawah…Walaupon aku dari sehina2 mahkluk..tapi Engkau MAHA PENGAMPUN!Engkau memberi aku peluang untuk mendekati Engkau…
pesan yang menyerap ke dalam hati…..
insaf….insaf
ermm…saya pun suka sngat amalkan ayat kursi ney..setiap hari akan lbih berkat dan brmakna…agpun jarang berlaku malang dan kesusahan ke atas diri saya…mungkin ayat kursi ney perlu di amalkan oleh kita setiap umat islam……..insaf…insaf…..
Salam..
Thank cos sudi brkgsi kisah ni dgn semua..mmg bnyak pngajaran dan blh wat kita insaf..sbg mnusia,kita kna sntiasa ingat Allah..bru la kita akn selamat dunia dan akhirat..ayat kursi mmg amat bgus untuk diamalkn,bnyak mnfaatnya..
aslmkm…ape yg korang ckap semuanya btul kita kena sentiasa amalkan ayat2 al-quran…subhanaallah… ALHAMDULILLAH…..allahuakhbar….kadang2 dlm keadaan kelam kabut kita dah xingat nk baca ayat kursi sooo ayat2 pendek nii akan sentiasa di mulut kita..insyaallah kita akan sentiasa bersamanya…amin
itulah yg sebaiknya
assalamualaikum wbt….
sebenarnye byk lg kebaikan membca ayat kursi…ada satu hadis mengatakan,stiap ssdah solat fardu dan kite membcenye,insyaAllah,syurgalah tempat kite…amiiin
insyaallahhh
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.
Entri Terkini
paling banyak komen
lawatan sambil belajar
Random Quote
Categories
Spam
SPAM BLOCKED
TAGS
akhirat allah swt aura berjaya cantik chakra emosi energi fokus hebat Hipnosis imaginasi isteri kean kesihatan kuasa minda kuasa minda lupa makan marah matahari meditasi memori neraka otak pahala peka penyakit perempuan pernafasan reiki santapan rohani sembahyang semulajadi sihat solat spritual syurga teknik tenaga dalam tenang tidur visualisasi wanita warna
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Most Commented
Komen Terkini