Hayati dan buat Teladan

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”

“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya,

Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya. “Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.”

“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.”

Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

“Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

“Sudah la tu bang.”

“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong diaaaa….”

Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.

“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak?

Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?”

Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.

Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pergi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar… dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”

Moral cerita: Solatlah asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibu anda. :mrgreen:

Popularity: 20% [?]



7 Responses to “Hayati dan buat Teladan”

  1. 1 iEn

    balek dr kampung nanti ien bacakan balek.. slmt hari rayaa! :lol:

  2. 2 Trojan

    :lol:
    aku da assume xcident td!!
    rupe2 nye.. lain plak yg jadi..

  3. 3 azwan

    ah. celaka sungguh
    woooi! aku baca sampai habis.
    sampai hati kau :(

  4. 4 shafril

    saja nak kenakan kawan2 sempena raya ni :lol:

  5. 5 ali sihatsokmo

    chis…kau kenakanlah kawan2 selalu yerk…nanti tak pasal2 ada yg kena pelempang plak… :lol:

  6. 6 shafril

    Kalau jadi macam Julia tu memang patut kena pelempang :mrgreen:

    :shock: aku tidak ler… sekadar mengenakan dan mengingatkan mereka2 yg tidur sampai ke magrib…

  7. 7 shahril

    :mrgreen: suspens jer..

Leave a Reply





Random Quote

Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don’t wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it’s at work or with your family. Every minute should be enjoyed and savored. — Earl Nightingale

Poll

Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari

View Results

Loading ... Loading ...

Waktu Solat

pemberi komen

  • Patah
  • YED
  • syed
3K2 theme by Hakan Aydin