Definasi Hipnosis
Perkataan hypnosis berasal daripada bahasa Greek “hypno” yang bermaksud tidur. Kalau kita tengok orang yang di hypnosis ni nampak jer macam tidur tetapi tidak. Hipnosis ni adalah satu keadaan/tahap di mana minda berada di dalam keadaan tenang, peka dan lebih fokus di mana minda lebih mudah menerima saranan. Gelombang minda/otak biasanya berada pada tahap alpha/theta/delta.
Ramai orang melayu yang menganggap hipnosis ni ilmu pukau/hitam. Tetapi sebenarnya tanggapan tu silap. Kalau kita baca dalam internet macam-macam definasi mengenai hipnosis. Tapi melalui pengalaman/pembacaan sayalah, saya rasa definasi saya mungkin yang paling tepat kot.
Di dalam kehidupan seharian kita selalunya mengalami keadaan hipnosis tanpa disedari, sebagai contoh semasa kita sedang menonton tv, membaca novel di mana pada masa itu kita fokus kepada program tv atau kandungan novel tersebut. Biasanya mereka-mereka kalau kita tegur ker panggil ker diorang buat-buat tak tahu/dengar. Dua-tiga kali panggil baru mereka jawab. Itu adalah kerana mereka berada di dalam keadaan hipnosis.
Dengan menggunakan hipnosis kita boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit mental dan fizikal. Antaranya ialah susah tidur (imsomnia), fobia (ular, labah-labah, naik kapal terbang dsb), menguruskan badan, trauma, membuang tabiat buruk seperti merokok, gigit kuku dll. Saya percaya hipnosis adalah satu teknik penyembuhan yang amat berkesan. Kenapa? Kerana hipnosis adalah satu-satunya teknik seni komunikasi minda separa sedar (sub-conscious mind) dimana di sinilah segala-galanya di simpan.
Contohnya mereka yang suka gigit kuku. Tabiat tu dah tersimpan lama di minda separa sedar. Melalui hipnosis kita boleh akses ke minda separa sedar dan mengubah tabiat tersebut. Kita kena dengar cd hypnosis tu sekurang-kurang 1 bulan, hari-hari 20-30 minit - 1 sesi untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.
Pada mereka yang nak rasa bagaimana rasanya di hipnosis ni. Di bawah ni saya sertakan video yang saya pilih di youtube. Dengar dan ikut jer apa yang orang tu suruh buat. Tapi kena paham english ler… Kalau ader head/ear phone lagi baik. Enjoy!
Popularity: 19% [?]
- Mitos dan Realiti Hipnosis
- Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar - 1
- Gelombang minda/otak (brainwave)
- Kekuatan saranan ke minda separa sedar
- Bolehkah anda di hipnosis?
- Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar - 2
- Rahsia pernafasan tenaga dalam
- Minda Kanan + Minda kiri = The Shichida Methods…
- Teknik meditasi mudah dan manfaatnya pada manusia
- Tips melambatkan proses penuaan minda
0 Responses to “Hipnosis”
Please Wait
Leave a Reply