Kaedah pembersihan kediaman anda dari negatif energi
Sebenarnya ada banyak cara untuk membersihkan tenaga negatif atau negatif energi yang menghuni kediaman anda. Negatif energi wujud sama ada di cakra-cakra utama pada tubuh eterik manusia ataupun di rumah, pejabat, ruangan atau kawasan. Untuk entri kali ini saya akan tunjukan cara pembersihan negatif energi yang paling paling mudah untuk kediaman anda. Yang utamanya sebelum ianya di lakukan anda haruslah melakukan pembersihan secara fizikal yakni menyapu, vakum dan mop kediaman anda sekurang-kurangnya 1-2 minggu sekali.
Bersihkan tempat yang menghalang peredaran energi atau “stagnant energy” seperti di bawah katil, bawah perabut atau sofa. Tandas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan tertutup. Kalau balik dari kerja, balik keluar shopping, balik sekolah ker, basuhlah kaki tu untuk mengelakkan negatif energi dari luar masuk ke dalam kediaman (ingat pesanan orang2 tua, ada sebabnya tu). Tips tambahan, letakkan pokok bunga atau apa-apa tumbuhan di dalam rumah supaya menjanakan tenaga berwarna hijau di mana ianya mampu membantu membersihkan energi negatif yang keras.
Mula-mula pilihlah hari sama ada sabtu atau ahad bagi mereka yang berkerja. Selepas dah kemas, sapu, vakum dan mop kediaman anda, buka semua pintu-pintu (tandas tidak perlu) dan tingkap kediaman anda seluas-luasnya. Buka lampu (optional) dan juga kipas (optional) dan biarkan kediaman anda begitu selama lebih kurang 2-3 jam. Kalau dapat cahaya matahari masuk rumah lagi bagus. Dengan ini kediaman anda akan di bersihkan secara semula jadi dari negatif energi. Kalau ada wujudnya negatif energi yang agak “berat” hendaklah di lakukan berulangkali. Selamat mencuba!
- Bersihkan batu kristal anda dari negatif energi
- Cara mudah bersihkan aura
- Teknik pernafasan chakra
- Seni Visualisasi dan Imaginasi untuk penyembuhan diri sendiri
- Kursus penyembuhan Bio-Energy
- Sholat Subuh di Masjid
- Tips bagi mereka yang mudah lupa
- Kesan senaman ke atas tubuh fizikal dan tubuh energi
- Perbezaan diantara Reiki, prana, chi, tenaga dalam dan sebagainya…
- Keputusan Pol “Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari”









Leave your response!
You must be logged in to post a comment.