kena tag Raya…
Published by shafril October 3rd, 2007 in coretan peribadiSedar tak sedar dah 5 hari tak update blog ni. Eh eh si affuan ni tag aku lak, siap gertak nak tarik balik kuasa reiki aku, dasat tu. Memandangkan raya nak dekat ni so layan jer lah…
Apa ertinya raya pada aku?
Raya tu pada aku maksudnya besar (pernah jumpa hantu raya tak? kalau nak tahu hantu raya tu besar gila), kira hari kebesaran umat Islam kerana dah berjaya puasa penuh (kalau yg tak berjaya tu cuba lagi tahun depan he he), juga hari untuk bermaaf-maafan dan juga mengeratkan siratulrahim sesama insan.
Wajib di buat di hari raya?
* sembahyang raya (dgn harapan dosa aku sepanjang tahun di ampunkan)
* melawat sanak saudara
* layan main mercun pada malam harinya.
Pernah lalui malam Lailatul Qadar?
tak pernah, tapi berharap gak… satu hari nanti…
Paling banyak duit raya aku pernah dapat?
Paling banyak dalam RM80 jerr di mana lepas seminggu jer aku habiskan dengan main game street fighter kat kedai game.
Kuih raya yang paling aku suka?
Sememangnya kuih tat nanas mak aku… (masa tak puasa, kuih ni ler yg di belasah hari2, sampai jadik kuih favorite lak)
Gambar raya?
lepas raya ni kot
aku nak tag ali sihat sokmo. Kenapa aku pun tak tahu
Aku harap kau jawab ali pasal kalau aku jadik PM nanti kaulah jadi pakar ekonomi aku he he he…
Popularity: 24% [?]
- Lagi sekali kena tag raya… dan Selamat Hari Raya untuk Semua
- Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar - 2
- Tips melambatkan proses penuaan minda
- Sudahkah Anda membayar Zakat Fitrah?
- Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar - 1
- Tahniah Barisan Rakyat…
- Mitos dan Realiti Hipnosis
- Usui Reiki
- Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
- Hipnosis
Kui3. Nasib baik ko jawab. Kang tak pepasal aku sumpah jadik pengkid. Hehe. Antu raya memang “besar”. Aku nak jumpa ah ko, nak belaja reiki gak. Kat Kelantan xde ke pusat dier? Huu..
aku ade menjawab skit ar..
pi tgk kt page aku ea??
soklan lain skit..
http://afham.blogmas.com/2007/09/30/persoalan-tentang-aidilfitri/
Buat masa ni aku tak ambil pelajar lelaki, pompuan jer.. hehe
tapi kalau nak belajar kat kelantan aku rekomen ustaz shahrin http://mindgym2u.com Kalau kau belajar dengan dengan dia lengkap semuanya, tapi jgn harap la nak skodeng anak dara org, nanti kena makan penampo dgn ustaz shahrin he heh hee
salam, aku telah membaca tag ini dalam keadaan separuh sedar :p
Hehe. Makan panampo takpe. Jangan makan penyepak dah la. Hehe.
vangardx,
waalaikumsalam, kau lahir kat hospital BP ker… Depan umah bapak mertua aku jer…
affuan,
kalau kau betul2 nak belajar reiki, kau try yg free dulu http://www.shafril.com/free-reiki-kundalini-attunement.html
pasal belajar reiki bukan macam belajar kat sekolah dan ianya banyak menggunakan minda kanan (banyak pakai imaginasi). Takut kau belajar tak praktikan, buang duit jerr
arrghhh tidakkkk….kenapa aku sorang yg kau tag…..iniii tidak adil (style s. kadarisman dlm 3 abdul)
oklah nanti aku pikirkan jawapannya, tapi aku pun nak tag kau balik dgn soalan lain pulak, ngeh3
Ayoyo. Imaginasi? Huhu. Nanti aku try..
nak wat camna ali… aku tak ada ramai sahabat kat alam cyber ni …
alamak, kau pun tag aku gak… tak leh jadi ni, jawab jangan tak jawab
Selamat Hari Raya ye abg Sahfril
Hi… Selamat Hari Raya buat Misya juga..
emm ni bukan misya omar yg penyanyi tu kan
aku pun tak ramai sahabat gak di alam maya ni, tapi buat tak malu je tag sapa2 yg aku suka…
btw, slmt hari raya, berhati2 di jlnraya/lebuhraya di mana jua kau beraya jgn sampai terlanggar balairaya, maaf zahir batin