Keputusan Pol “Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari”
Setelah hampir 10 bulan… Pol Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari? 53% memilih Tenaga Dalam, 26% memilih Reiki Kundalini, 9% memilih rawatan kristal manakala yang selebihnya 3% memilih usui reiki.
Memang benar jangkaan saya, ramai yang meminati untuk belajar tenaga dalam. Tenaga dalam adalah antara ilmu yang mula-mula saya pelajari 9 tahun lepas. Ramai yang tertarik untuk mempelajari tenaga dalam di mana biasanya di dalam demo perguruan tenaga dalam menunjukkan di mana jika musuh memukul anda maka musuh anda akan terpelanting, berjalan atas bara api, kebal senjata tajam, ilmu pengasihan, ilmu rezeki dan sebagainya. Siapa yang tidak mahu jadi hebat? Apa yang penting adalah melakukan amalan seperti zikir-zikir tertentu yang di berikan (mungkin juga puasa untuk mendapatkan hasil yang lebih baik). Di dalam perguruan tenaga dalam juga ada di ajarkan jurus tenaga dalam di mana secara peribadi pada saya amat sukar di pelajari, kena tekun. Saya lebih suka gerakan yoga di mana ianya lebih mudah dan berkesan.
Manakala pilihan kedua pula ialah Reiki Kundalini di mana ianya di asaskan oleh ole gabrielsen. Reiki Kundalini juga adalah reiki yang paling mudah (terlalu mudah) untuk di pelajari dan juga ianya tidak menggunakan simbol, hanya perlu niat dan yakin sahaja. Anda boleh mempelajarinya secara percuma (di luar negara) dan juga berbayar (di malaysia).
Yang ketiganya pula ialah rawatan menggunakan kristal. Apa yang saya nampak di malaysia tidak ramai yang tahu mengenai rawatan menggunakan kristal. Akan tetapi ramai di kalangan kita suka memakai perhiasan batu kristal atau batu akik di mana pada mereka batu-batu tersebut di PERCAYAI boleh membantu dari segi kewangan, percintaan, kesihatan dan sebagainya.
Kenapa masyarakat cina secara turun temurun suka pada batu jade yang berwarna hijau? Jika di tanya macam-macam jawapan akan di beri, akan tetapi pada saya mudah sahaja, ianya adalah kerana batu jade hijau menjanakan energi hijau di mana ianya mampu mencuci aura, baik untuk kesihatan anda! membantu mengekalkan tubuh yang sihat jika kena pada caranya… Saya secara peribadi amat meminati kristal, jika kena pada warna kristal boleh di jadikan alat penyembuhan. Caranya amatlah mudah hanya dengan memprogramkan batu kristal tersebut dan letakkan pada chakra-chakra yang bermasalah, dan selepas itu selalunya anda akan tertidur dan batu kistal itu akan membersihkan segala jenis negatif energi pada chakra dan mengaktifkan chakra secara automatik, mudah bukan?
Yang terakhir pula yang menjadi pilihan ialah Usui Reiki. Inilah dia bapa kepada semua jenis reiki di mana ia di asaskan oleh Dr. Mikao Usui di Jepun. Usui Reiki boleh di katakan antara reiki yang paling popular. Di Malaysia pula ramai yang agak ragu-ragu pada Usui Reiki, ini adalah kerana simbol-simbol yang di gunakan di dalam level 2 Usui reiki. Mungkin sebab itu Usui Reiki menjadi kurang popular di Malaysia?
Ada banyak lagi rawatan alternatif selain dari di atas… antaranya hipnosis, NLP (neuro linguistic Programming), yoga, akupuntur, herba, aroma terapi, aura terapi, doa, menggunakan ayat quran dan sebagainya. Bagi anda yang menderita penyakit yang agak berat. Boleh cuba kaedah-kaedah rawatan alternatif yang saya sebutkan, atau lebih tepat lagi di panggil RAWATAN KOMPLIMENTARI… yaitu rawatan yang melengkapkan lagi rawatan moden…
- Bersihkan batu kristal anda dari negatif energi
- Usui Reiki
- Bagaimana Reiki menyembuhkan?
- Penyembuhan Jarak Jauh (Energy Distance Healing)
- Kursus penyembuhan Bio-Energy
- Perbezaan diantara Reiki, prana, chi, tenaga dalam dan sebagainya…
- Chikung (qiqong) – seni mengaktifkan tenaga dalam masyarakat cina
- Bolehkah anda di hipnosis?
- Cara mudah bersihkan aura
- Chakra Dasar, pusat tenaga tubuh fizikal









salam,mengikut sistematik mana yg patut belajar dlu kemudian apa dan seterusnya dan mengapa?
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.