Untuk entri yang terakhir sebelum raya ni, saya akan membalas tag dari alisihatsokmo. Sorry la bro lambat sikit, maklumlah bulan puasa. Soalan-soalannya…

Sejak bila saya berpuasa penuh?
Semenjak saya berkahwin… hehe biasalah masa bujang (zaman jahiliah) mana ada ingat dosa dan pahala ni… main belasah jerrr… orang lain puasa 30 hari, saya 3 hari jer. dulu laaa :twisted:

Pernah ponteng puasa dan apakah alasannya?
Biasalah tu… kalau iman dah nipis macam kulit bawang, kalau tanya alasan tu memang ada 1001 alasan. Semenjak dah kahwin ni jarang sangat ponteng kecuali kalau sakit teruk. Anak saya 6 tahun boleh puasa penuh, takkan bapaknya tak boleh lak… buat malu jer :lol:

Pernah bermain bunga api dan mercun?
Nama pun anak jantan, compom tiap tahun main mercun. Tapi tak leh nak lawan masa duduk kat kampung, saya pun macam ali gak, layan meriam buluh… barulah gegar satu kampung :shock:

Juadah apakebenda yang paling suka masa berbuka?

Saya ni kalau pasal makan belasah jer… Tolak batu dan kayu jer :grin:

Lagu raya mana yang paling suka?
Kalau nak ikutkan semua lagu raya memang best. Lebih-lebih lagi lagu raya yang lama-lama. Tapi pada saya yang paling best ialah lagu nyanyian Arwah P.Ramlee - Suara Takbir… waduh2

Nak beraya kat mana tahun ini?

Tahun ni raya pertama raya kat rumah Bapak Mertua di Batu Pahat, Johor. Raya ke dua baru lagi beraya di rumah orangtua di Port Dickson.

Pernah anda bertugas pada hari raya?
Masa kerja di 7-11 dulu selalu gak kerja masa raya (masa bujang). Nak wat camna kat 7-11 tak ramai orang yang tak ada bin kerja. Oleh kerana itu terpaksalah kerja. Tapi yang best, ramai kekawan sanggup berhenti kerja kalau tak bagi cuti raya… :shock: mentang2 lah kerja partime. Tapi semenjak dah kahwin ni wajib cuti seminggu. Kalau bos tak bagi cuti memang saya cuti terus (berhenti koja)

Kenangan paling manis pada hari raya?
Kenangan manis tu sememang masa kanak-kanak dulu. Mana taknya baju baru, kasut baru, duit raya dan macam2 lagilah. Siap ronda keliling kampung cari duit raya… Tapi dulu masa raya orang bagi 20-30sen jer, kalau dapat 50sen tu wahh bestnya. Tapi tuan rumah tu siap la, lepas tu bagi tahu kawan2 umah yang tuu bagi 50 sen… jeng3… siap la kena serang :mrgreen:

Oleh kerana raya pun dah nak dekat ni, saya pun tak nak tag sesiapa.

Cuma saya nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir Batin kepada pembaca blog ni dan kalau balik kampung tu berhati-hati di jalanraya dan ingatlah mereka yang tersayang…

Popularity: 36% [?]



2 Responses to “Lagi sekali kena tag raya… dan Selamat Hari Raya untuk Semua”

  1. 1 ali sihatsokmo

    tq sudi menjawab tag aku.
    ada sikit persamaan juga kita ni ye…baguslah kau dah hinsap. :lol:

    bila kita berkahwin & berkeluarga,sikit sebanyak mengubah cara hidup kita menjadi lebih bertonggengjawab…ehh…bertanggungjawab…selamat tinggal zaman jahiliyyah & selamat hari raya, maaf zahir batin.

  2. 2 shafril

    mungkin pasal umur pun lebih kurang kot… :grin:

    betul cakap ko tu, buang yang keroh ambil yang jernih dan Selamat menyambut Raya Aidilfitri dan berhati-hati jalanraya..

    p/s: kau selalu tinggalkan pesan kat blog orang jangan langgar balairaya masa balik raya… jangan ko lak yang langgar balairaya di kampung ko sudah… :mrgreen:

Leave a Reply





Random Quote

“Advise me! “The Prophet said, “Do not become angry and furious.” The man asked (the same) again and again, and the Prophet said in each case, “Do not become angry and furious.” — Al-Bukhari; Vol. 8 No. 137

Poll

Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari

View Results

Loading ... Loading ...

Waktu Solat

pemberi komen

  • Patah
  • YED
  • syed
3K2 theme by Hakan Aydin