Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar – 1
Minda separa sedar. Kekuatannya mampu membuatkan yang sakit menjadi sihat, yang miskin menjadi kaya dan bermacam-macam lagi (dengan izin tuhan ler). Kepada mereka yang tahu bagaimana minda separa sedar berfungsi boleh memanfaatkannya untuk membolehkan kita mendapat apa yang kita hajati. Untuk kali ini saya akan memberikan 2 tips untuk membolehkan anda menggunakan minda separa sedar bagi membantu anda mencapai apa yang anda impikan.
Seperti mana yang kita semua tahu, minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja yang di kawal oleh minda sedar, dan yang selebihnya di lakukan oleh minda separa sedar. 90% daripada keputusan, tindakbalas, fikiran, dan juga perasaan anda di kawal pada tahap bawah sedar oleh minda separa sedar.
Minda separa sedar juga mengawal denyupan jantung, sistem percernaan, sistem pernafasan tanpa anda sedari. Cuba bayangkan kalau anda kena berfikir berapa kali denyupan jantung seminit dan pada masa yang sama berfikir macamana nak bawak kereta, tak ke letih tu. Akan tetapi minda separa sedar juga tidak selalunya melakukan apa yang kita mahukan. Ramai yang tahu mereka mempunyai beberapa tabiat buruk dari segi perbuatan dan juga pemikiran. Mereka juga tahu untuk mencapai kejayaan, tabiat buruk tersebut haruslah di ubah… tapi persoalannya bagaimana?
Jawapannya mudah! Gunakan kekuatan minda separa sedar. Teknik yang pertama ialah saranan. Saranan positif yang di berikan pada minda bawah sedar mungkin diterima ataupun di tolak. Hipnosis adalah satu cara di mana saranan di beri untuk membolehkan perubahan. Apabila kita berada dalam keadaan rilek, minda sedar pun dah tak berapa sedar dan pintu gerbang ke minda separa sedar terbuka (luas atau tak luas bergantung pada keadaan rileks seseorang itu)

Di waktu inilah saranan positif di berikan pada minda separa sedar dan jangan lupa tubuh dan minda haruslah berada dalam keadaan rileks dan tenang. Contoh – saya semakin kaya dan berjaya (bercakap dalam hati pada diri sendiri – angan-angan berarah). Tambahkan emosi dan kemahuan yang kuat dengan membayangkan anda sedang memandu kereta mewah atau tinggal di rumah mewah (gunakan imaginasi anda) supaya saranan lebih efektif.
Di pendekkan cerita: Pastikan tubuh dan minda dalam keadan rileks – gerbang minda separa sedar terbuka – Berikan saranan positif dan di tambahkan dengan emosi supaya lebih efektif.
Akan tetapi anda harus ingat, apa yang anda inginkan tidak akan berlaku sekelip mata. Cepat atau lambat bergantung pada anda. Mungkin ia akan datang secara tiba-tiba. Makin besar apa yang anda inginkan, makin lama ler tunggu… yang penting positif thinking dan percaya anda berhak mendapat apa yang anda inginkan. Nantikan teknik yang ke-2…









entri yg bagus, sy suka. mungkin kita blh selami bagaimana nk aktifkan minda separuh sedar supaya ianya dpt ubah keseluruhan hidup menjadi jati diri & kekuatan kita
Bak kata Napoleon Hill “Whatever your mind can conceive and believe it can achieve”
ada owang ckp, berckp dalam hati ni lebih mempengaruhi minda kita daripada berckp kuat2..
hehehehe
betul tu…
oleh itu selalulah bercakap di dalam hati dengan memberikan saranan positif pada diri sendiri
saya ni selalu bercakap dari luar hati..Cakap terus je pada diri..boleh kira saranan positif jugak la kan?
Tak kira dari dalam hati ker luar hati ker yang penting positif semuanya boleh.
Sebagai contoh kalau mak bapak ko selalu bagi saranan negatif “naem jgn main hujan nanti ko demam, sekali 2 kali tak per… kalau dah selalu sangat sampai ko tua kalau kena hujan jer, automatik demam, kerana minda separa sedar dah diajar “kena hujan demam”. tu saranan yg melemahkan minda
Saya selalu beri saranan positif kat diri “ala hujan tu air jer, mana boleh kena hujan demam lak, tak logik…
[...] ini adalah sambungan dari menyelami kekuatan minda bawah sedar 1. Asalnya nak update semalam, tapi orang umah ajak gi klcc shopping baju raya untuk anak-anak lak. [...]
[...] tulisan dari sebuah laman http://shafril.com/menyelami-kekuatan-minda-separa-sedar-1.html iaitu Minda separa sedar. Kekuatannya mampu membuatkan yang sakit menjadi sihat, yang miskin menjadi [...]
nice n informative blog. mine is also dealing with mind and mind therapy. blh la drop by n kita bertukar2 fikiran.tq
terima kasih pakcik,
dah drop by, nampak gaya macam expert jer… saya ni budak baru belajar jer
Salam..
Akak bersyukur sangat dapat jumpa blog Shafril ni…mudah2an Allah memberi kesejahteran minda pada Shafril untuk lebih banyak berkongsi dengan mereka2 yg berminat dalam mencari ilmu minda separa sedar ni..akak banyak juga beli buku tapi tak habis2 membacanya….
insyaalah kak faridah…. cepat-cepatlah habiskan membaca buku2 tersebut, lepastu jgn lupa amalkan apa yang di baca
.
sy nak jdi expert dlam bdang ni.
[...] adalah kunci untuk membuka minda anda untuk mencapai segala apa yang anda inginkan. Kredit: Shafril.com – Pengembaraan merentasi minda __________________ SOA-1924.mp3 | How to make BILLIONS in seconds [...]
Salam bro Shafril, artikel yang sangat menarik!
Post ini saya submit kat WC forum berserta kredit & pingback. Semoga bermanfaat utk semua.
terima kasih… silakan mangga manis
good entry..i like this post..motivate myself
thanx 4 the compliment
Salam..baru2 ni ada gak beli buku berkenaan dgn kuasa minda separa sedar ni…ditambah pula bila dapt jumpa blog Shafril ni..bersyukur sesangat…bole le nambah2kan ilmu…
Bila dikaji tentangnya…rupanya banyak hikmah yg tersembunyi. Beberapa perkara asas yg telah saya praktikkan…alhamdullillah…macam x percaya je…
waalaikumsalam…. bagusla kalau begitu
artikel yang menarik ,,saya berminat untuk bertukar link dengan anda http://mindataqwa.blogspot.com
bicara tentang minda bawah sedar percuma
link ke website saudara telah saya masukkan di http://www.shafril.com/link-exchange
walaikumsalam… insyaallahhh
Selalu amalkan saranan ini:
Every day in every ways, I am getting better and better
Salam
where the mind goes,energy follows
sya ade blaja jgak psal subconcious mind ni..dan boleh mengawal emosi sya, sya brsyukur..tp, smpai skrang x berjaya hantar telepati,cammana nak buat?
emmm….. boleh tak guna utk hilangkan bekas jerawat….tension tahap maksima dah… beribu habis… tak jadik juga..
harap teknik ini dpt membantu
ermm boleh tu mmg boleh, tapi kena rajin buat amalan…
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.
Entri Terkini
paling banyak komen
Links
lawatan sambil belajar
Links
Links
Random Quote
— Barbara DeAngelis
Categories
Spam
SPAM BLOCKED
TAGS
akhirat allah swt aura berjaya cantik chakra emosi energi fokus hebat Hipnosis imaginasi isteri kean kesihatan kuasa minda kuasa minda lupa makan marah matahari meditasi memori neraka otak pahala peka penyakit perempuan pernafasan reiki santapan rohani sembahyang semulajadi sihat solat spritual syurga teknik tenaga dalam tenang tidur visualisasi wanita warna
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Most Commented
Komen Terkini