NLP?

Tajuk entri kali ini agak pendek.. NLP? Apa itu NLP (neuro linguistic programming)?. Mungkin ramai yang pernah dengar mengenai NLP ni tapi tak tahu apakah maksud di sebaliknya. NLP ni sebenarnya ialah satu “mata pelajaran” yang mengkaji bagaimana cara manusia berfikir, berkomunikasi, corak tingkahlaku dan juga emosi. Saya rasa kalau bahasa mudahnya NLP ini ialah “buku manual” minda manusia. Jika anda ingin tahu bagaimana minda anda berfungsi, NLP lah jawapannya.

Perkataan Neuro Linguistic Programming itu sendiri terdiri dari 3 perkataan iaitu:
Neurology - bagaimana minda berfikir
Linguistic - bagaimana kita menggunakan bahasa dan macam mana ia memberi kesan kepada kita
Programming - bagaimana kita menyusun tindakan kita untuk mencapai matlamat atau cita-cita

NLP di asaskan oleh Dr. Richard Bandler dan John Grinder pada awal tahun 1970. Saya secara peribadi amat meminati Dr. Richard Bandler kerana orangnya yang simple dan straight to the point. Beliau pandai bermain kata dan memberi saranan kepada minda bawah sedar dengan hanya bercerita atau berborak-borak dengan anda. Percaya atau tidak, beliau mampu menyembuhkan FOBIA dalam masa 5 minit, memang hebat.

Kepada yang berminat belajar NLP bolehlah membeli buku-bukunya yang bertajuk “Structure of Magic”, “Frog into Princess”, “Using your Brain for a Change” dan macam-macam lagi, boleh search di internet.

Secara amnya NLP boleh membantu anda:

* lebih berjaya dengan mempelajari bagaimana mempengaruhi keadaan emosi dan psikologi anda.
* menggantikan perangai atau habit negatif kepada yang positif
* memahami motivasi diri sendiri, keperluan dan tingkahlaku dan menggunakannya secara positif
* memperbaiki seni komunikasi

Dengan mempelajari NLP membolehkan kita mengubah cara pemikiran dan tindakan yang lama dengan cara baru yang lebih efektif. Sebab itulah NLP adalah satu skil efektif yang boleh di gunakan di dalam pengurusan perniagaan, jualan, psikologi, peningkatan “personal growth” dan juga di dalam sesi hipnoterapi.

Kepada mereka berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Dr. Richard Bandler bolehlah menonton video di bawah…

Popularity: 52% [?]



2 Responses to “NLP?”

  1. 1 md taib mat

    NLP juga boleh dikatakan manual pembawa erti kepada kehidupan kita. Ianya satu pemikiran strategik tentang mengolah “APA YANG SAYA MAHU?” dan “BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPATKANNYA?”

    Tidakkah pencapaian dan impian kehidupan kita berpaksikan kepada dua soalan utama ini. Untuk kuatkannya lagi kita boleh masukkan “Kenapa saya mahu apa yang saya mahukan?” diantara kedua soalan tadi.

    Sekian, salam kejayaan dari saya

    Md. Taib Mat
    Certified NLP Trainer

  2. 2 shafril

    terima kasih atas penjelasan ringkas dan mudah dari saudara ;)

Leave a Reply





Hypnosis Download

Random Quote

Miracles are fantastic events which utilize hidden laws of nature that most people are not aware of. Miracles do not break the laws of nature, they are actually based on them! — Master Choa Kok Sui

Waktu Solat

pemberi komen

  • ain
  • afiqamir
  • ana
  • apiz
  • Faridah Zainol
  • hafiz
  • kin
  • sweetmango
  • zharif

Wall

Latest on Mon, 03:49 pm

shafril: testing

» Leave a reply



Poll

Rawatan alternatif pilihan anda?

View Results

Loading ... Loading ...
3K2 theme by Hakan Aydin