Perbezaan diantara Reiki, prana, chi, tenaga dalam dan sebagainya…
Lama betul tak update blog ni. Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin pada pembaca-pembaca yang mengikuti blog ini. Untuk entri kali ini saya ingin menjawab soalan-soalan yang selalu di kemukakan pada saya berkenaan dengan energi atau jenis-jenis energi. Ramai yang tidak tahu atau keliru kerana jenis-jenis energi ini telah di berikan pelbagai nama dari macam-macam perguruan, bangsa dan agama.
Sebelum itu saya ingin menjelaskan di di sini, jika saya sebut energi di dalam blog ini ia adalah energi halus atau subtle energy di mana ianya tidak boleh di lihat dengan mata kasar tetapi boleh di rasakan dengan menggunakan tapak tangan pada mereka yang peka dan boleh di lihat menggunakan mata ke3 atau dalam melayunya lebih popular dengan nama ‘mata batin’.
Secara amnya energi boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu energi yang berasal dari dalam tubuh manusia dan juga energi yang dari luar tubuh manusia. Contohnya boleh di lihat di bawah.
Energi dari dalam tubuh
1) Energi Kundalini
2) Tenaga Dalam
3) Chi
Energi dari Luar Tubuh
1) Reiki
2) Prana
3) Chi
Warna-warna energi adalah terdiri daripada warna pelangi. Energi reiki ialah energi yang bersifat pintar berwarna ungu eletrik juga di kenali sebagai energi illahi dan boleh di tarik melalui chakra mahkota. Energi Kundalini pula terletak berdekatan dengan chakra dasar dan pada kebanyakkan orang kundalininya masih tidur. Manakala prana dan chi pula adalah tenaga yang berasal dari alam semesta iaitu tenaga dari tanah, udara, matahari, pokok-pokok besar dan sebagainya boleh di serap dengan melakukan teknik pernafasan, bersenam dan lain-lain. Untuk pengetahuan anda, manusia menyerap energi di atas secara tidak langsung atau tanpa di sedari, cuma kuantiti yang tidak banyak. Dengan mempelajari dan mengamalkan reiki, tenaga dalam, bersenam dan teknik-teknik tertentu membolehkan tubuh energi anda menyerap energi di atas dengan lebih banyak lagi dan seterusnya membuatkan anda sihat dari segi fizikal, mental dan emosional.
Kepada mereka yang pernah bertanyakan soalan – adakah dengan mempelajari kursus penyembuhan bioenergi boleh mengganggu atau menghilangkan energi reiki atau tenaga dalam yang pernah anda pelajari. Jawapan adalah tidak, malah ianya akan memantapkan lagi tubuh energi (chakra & aura) anda.
- Bagaimana Reiki menyembuhkan?
- Chakra, kupasan lanjut
- Kursus penyembuhan Bio-Energy
- Chakra Mahkota
- chakra, pusat tenaga tubuh manusia
- Keputusan Pol “Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari”
- Chakra Dasar, pusat tenaga tubuh fizikal
- Usui Reiki
- Teknik pernafasan chakra
- Kaedah pembersihan kediaman anda dari negatif energi









Leave your response!
You must be logged in to post a comment.