Pisang dan khasiatnya
Untuk entri kali ini adalah mengenai pisang di mana ianya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Antaranya ialah: 
Pisang mengandungi tiga jenis kandungan gula semulajadi - sucrose, fructose and glucose digabungkan dengan fiber. Memberikan tenaga segera dan meningkatkan kadar tenaga.
Kajian menunjukkan dua biji pisang membekalkan tenaga yang cukup untuk aktiviti berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang menjadi pilihan makanan nombor satu atlet-atlet dunia.
Pisang bukan sahaja boleh membantu memberikan tenaga akan tetapi ianya juga boleh membantu menyembuhkan beberapa penyakit. Oleh itu sebaik-baiknya tambahkanlah pisang di dalam menu sehari-hari.
Kemurungan – menurut survey yang di lakukan oleh MIND (National Association for mental health), pengambilan pisang boleh mengurang tahap kemurungan. Ini adalah kerana pisang mengandungi tryptophan sejenis protein yang membantu tubuh menghasilkan serotonin (serotonin ialah hormon yang dihasilkan tubuh apabila kita senyum atau ketawa) membolehkan anda lebih tenang dan membuatkan anda lebih gembira.
Premenstrual Syndrome (PMS) – untuk kaum wanita, makanlah pisang kerana kandungan vitamin B6, menstabilkan kandungan glucose dalam darah di mana ianya boleh memberi kesan kepada mood anda
Anaemia: Kandungan tinggi zat besi di dalam pisang membantu stimulasi menghasilkan haemoglobin dalam darah dan membantu mereka yang mengidap anemia.
Tekanan Darah Tinggi: Pisang juga mempunyai kandungan potassium yang tinggi dan kadar garam yang rendah membuatkannya sesuai untuk mengurangkan tekanan darah. USFDA (US Food and Drug Administration) juga membenarkan kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa pisang mempunyai keupayaan mengurangkan tekanan darah dan juga strok.
Peningkatan kuasa minda: seramai 200 orang pelajar di Twickenham (Middlesex) school (England) di bantu dalam peperiksaan yang mereka duduki dengan makan pisang pada sarapan dan makan tengahari untuk meningkatkan kuasa minda. Kajian menunjukkan kandungan potassium di dalam pisang membantu pelajar lebih peka.
Sembelit: kandungan fiber di dalam pisang membantu memperbetulkan peredaran usus besar dan membantu masalah tersebut tanpa bantuan laxatives
Pedih ulu hati: pisang juga boleh menetrualkan asid di dalam badan, jika anda mengalami pedih ulu hati cubalah makan pisang untuk melegakannnya…
Morning Sickness: ialah satu keaadaan yang biasa di alami oleh perempuan mengandung boleh di elakkan dengan memakan pisang di antara waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam kerana pisang membantu meningkatkan kadar gula di dalam darah.
Gigitan nyamuk: Salah satu petua apabila di gigit nyamuk, cuba gosokkan pisang di bahagian dalam kulit pisang bagi mengurangkan kegatalan
Berdebar-debar: Kandungan vitamin B yang tinggi di dalam pisang membantu menenangkan anda
Mengawal suhu badan: pisang juga boleh menurunkan suhu badan
membantu berhenti atau mengurangkan merokok dan juga stress
Strok: Menurut kajian The New England Journal of Medicine, dengan mengamalkan diet pisang boleh mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Jadi di sini bolehlah di buat kesimpulan bahawa pisang sangat berkhasiat untuk merawat atau mengurangkan pelbagai jenis penyakit. Jika di bandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protien, 2 kali ganda kandungan karbohidrat, 5 kali ganda vitamin A dan zat besi dan dua kali ganda kandungan vitamin dan mineral. Ianya juga di perkaya dengan potasium dan harganya pun agak murah.
Jika di lihat dari pandangan rawatan energi menggunakan warna, pisang mempunyai warna kuning dan menjanakan energi kuning kepada chakra solar plexus anda. Solar plexus pula ialah chakra yang mengawal emosi, minda (secara tidak langsung) dan organ-organ di perut dan juga berkait rapat dengan chakra jantung. jadi tidak hairanlah pisang boleh membantu anda lebih tenang dan fokus dan mengurangkan risiko penyakit strok!
- Tidur lebih, Berat kurang ?
- Teknik meditasi mudah dan manfaatnya pada manusia
- Hikmah sujud – melegakan sistem pernafasan
- Khasiat Minyak Ikan Untuk Kesihatan
- Chakra Dasar, pusat tenaga tubuh fizikal
- Kursus penyembuhan Bio-Energy
- Bersihkan batu kristal anda dari negatif energi
- Tips melambatkan proses penuaan minda
- Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar – 2
- Usui Reiki









Wah…mantap penjelasannya..
untuk pengkaji tenaga dalam, pisang juga berkhasiat melancarkan aliran darah. jika aliran darah lancar, maka aliran energipun akan lancar.
nak wat camna… tgh rajin
elehh….rajin ker????
Assalamu’alaikum wr wb
Salam kenal, saya dari Indonesia
Saya ingin bagi-bagi Ilmu beladiri wakaf dari para pendekar muslim china
Untuk jelasnya kunjungi http://muslimmartialarts.blogspot.com
Mari kita saling mengisi untuk tercapainya tegaknya Islam yang Rahmatan lil’alamin
Jazakallah
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.
Entri Terkini
paling banyak komen
Links
lawatan sambil belajar
Links
Links
Random Quote
— Orison Swett Marden
Categories
Spam
SPAM BLOCKED
TAGS
akhirat allah swt aura berjaya cantik chakra emosi energi fokus hebat Hipnosis imaginasi isteri kean kesihatan kuasa minda kuasa minda lupa makan marah matahari meditasi memori neraka otak pahala peka penyakit perempuan pernafasan reiki santapan rohani sembahyang semulajadi sihat solat spritual syurga teknik tenaga dalam tenang tidur visualisasi wanita warna
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Most Commented
Komen Terkini