Rahsia Wudhuk
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ” Hatim berkata,”Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air”.
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
• Bertaubat
• Menyesali dosa yang telah dilakukan
• Tidak tergila-gilakan dunia
• Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
• Tinggalkan sifat berbangga
• Tinggalkan sifat khianat dan menipu
• Meninggalkan sifat dengki.”
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”:
• aku sedang berhadapan dengan Allah,
• Syurga di sebelah kananku,
• Neraka di sebelah kiriku,
• Malaikat Maut berada di belakangku, dan
• aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
- Gambar molekul air zam-zam
- Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
- Perbezaan diantara Reiki, prana, chi, tenaga dalam dan sebagainya…
- Pesan Roh Kepada Manusia
- Indahnya Zakat Apabila Dihayati
- Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka
- Sholat Subuh di Masjid
- Efek Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif
- Kisah Rasulullah S.A.W. dengan Limau
- Kebahagian seorang suami…









Salam,
Ilmu yang sangat berguna tentang rahsia disebalik wudhuk yang selalalu kita lakukan. Terima kasih atas perkongsian ilmu.
Triple A
http://www.binausahawan.com
thanx
sy suka artikel ni..
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.
Entri Terkini
paling banyak komen
Links
lawatan sambil belajar
Links
Links
Random Quote
— Barbara DeAngelis
Categories
Spam
SPAM BLOCKED
TAGS
akhirat allah swt aura berjaya cantik chakra emosi energi fokus hebat Hipnosis imaginasi isteri kean kesihatan kuasa minda kuasa minda lupa makan marah matahari meditasi memori neraka otak pahala peka penyakit perempuan pernafasan reiki santapan rohani sembahyang semulajadi sihat solat spritual syurga teknik tenaga dalam tenang tidur visualisasi wanita warna
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Most Commented
Komen Terkini