Seni Visualisasi dan Imaginasi untuk penyembuhan diri sendiri
Published by shafril March 3rd, 2008 in minda
Visualisasi adalah satu proses mengingati atau mengimbas kembali sesuatu yang pernah anda alami sebelum ini sama ada melalui gambaran, pendengaran ataupun sentuhan. Imaginasi pula adalah satu proses menciptakan sesuatu menggunakan minda sebelum proses kreatif bermula. Sebelum mencipta/mereka sesuatu, apa yang anda lakukan ialah menggunakan imaginasi. Albert Einstein sendiri pernah mengatakan bahawa “Imagination is more important than knowledge”. Seorang arkitek akan berimaginasi mengenai rumah yang akan dibinanya sebelum melakarkan di kertas atau komputer. Sebab itulah tagline blog shafril.com ialah “pengembaraan merentasi minda” kerana saya percaya semuanya bermula dari dalam minda
Dengan menggunakan proses visualisasi anda boleh merawat diri dengan belajar untuk merehatkan tubuh fizikal dan juga minda supaya fikiran negatif atau keadaan tubuh tidak mengganggu proses mental. Kalau kita pisahkan minda dan tubuh fizikal secara automatik segala penyakit fizikal akan hilang dengan sendirinya kerana menurut kajian quantum fizik menunjukkan 90% penyakit fizikal adalah berpunca dari minda.
Cara Mudah Sembuhkan Diri Sendiri…
Sebelum melakukan teknik visualisi di bawah pastikan anda berada di dalam keadaan tenang, tutup mata dan tarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan perlahan-lahan selama 3 kali. Bayangkan anda berada di tempat yang boleh membuatkan anda berasa tenang (mungkin di tepi pantai).
Tarik nafas, rasakan dan bayangkan udara yang di hirup adalah energi yang membersihkan segala organ-organ dan juga sel-sel di tubuh anda. Lepaskan nafas dan bayangkan segala kerisauan / penyakit keluar dari nafas yang di hembus dalam bentuk asap hitam. Buatlah beberapa kali dan bayangkan tubuh semakin bersinar-sinar dan bertenaga. Bayangkan anda berada di dalam keadaan gembira melakukan apa yang anda suka lakukan.
Cara yang keduanya ialah membayangkan bola energi masuk melalui kepala dan secara perlahan-lahan turun ke tapak kaki. Juga bayangkan asap hitam keluar dari tubuh semasa proses ini berlaku.
Teknik di atas biasanya di ajar dalam perguruan tenaga dalam dan juga reiki untuk tujuan penyembuhan diri sendiri. Amalkanlah selalu untuk tahap kesihatan yang meyeluruh dan juga seimbang.
Sila ambil perhatian: Jangan bergantung sepenuhnya pada teknik di atas untuh berubat. Kalau sakit tu pergilah la jumpa doktor. Teknik di atas boleh mempercepatkan lagi proses penyembuhan dan lebih menyeluruh dan bukan bermakna tak perlu jumpa doktor. Sekian di maklumkan…
Popularity: 43% [?]
- Cara mudah bersihkan aura
- Teknik pernafasan chakra
- Rahsia pernafasan tenaga dalam
- Teknik meditasi mudah dan manfaatnya pada manusia
- Mitos dan Realiti Hipnosis
- Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar - 1
- Teknik mengaktifkan chakra tapak tangan
- Kesan senaman ke atas tubuh fizikal dan tubuh energi
- Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar - 2
- Tips bagi mereka yang mudah lupa
salam.,
en shafril..bt cmni bleh tingkatkn tenaga dalam ke?
seni visualisasi dan imaginasi boleh di gunakan untuk proses penyembuhan, ataupun jika berhajatkan sesuatu. Tak ramai yg mampu kerana perlu fokus.
Tenaga dalam selalunya menggunakan teknik pernafasan…