Home » santapan rohani

Sudahkah Anda membayar Zakat Fitrah?

27 September 2007 664 views 13 Comments

Sebagaimana puasa di wajibkan, zakat juga adalah salah satu dari rukun Islam yang ke-3 yang di wajibkan ke atas umat Islam. Kepada mereka-mereka yang belum membayar zakat fitrah tu, dapat gaji cepat-cepatlah bayar. Maklumlah orang Malaysia ni suka last minit baru nak bayar. Melewat-lewatkan pembayaran zakat fitrah sehingga selesai sembahyang hari raya hukumnya adalah makruh, kerana tujuan utamanya ialah untuk di berikan kepada orang-orang miskin di hari raya.

Ibnu Abbas RA meriwayatkan, “Rasulullah SAW telah menfardukan zakat fitrah bertujuan menyucikan orang-orang yang berpuasa dari kelalaiannya. Sesungguhnya ia adalah salah satu daripada sedekah. Oleh itu siapa yang melewat-lewatkan pembayarannya sehingga terlaksananya sembahyang hari raya hukumnya adalah makruh (tidak berdosa), tetapi sekiranya dilewat-lewatkan sehingga terbenamnya matahari, hukumnya adalah berdosa dan di anggap sebagai hutang kepada Allah SWT yang perlu disegerakan pembayarannya (qadha).”

Pada dasarnya, seorang Muslim harus membayar zakat fitrah untuk dirinya dan seluruh orang yang di bawah tanggungannya, (anak-anak, isteri (1-4), orang gaji mahupun orang tua). Walau pun jumlah zakat tu kecil (lebih kurang RM5 satu kepala – tengok negeri) tapi ganjarannya amat besar di sisi Allah.

Fungsi Zakat

Salah satu fungsi zakat fitrah ialah untuk menaikkan taraf ekonomi orang miskin, dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang pemisah antara orang kaya dengan orang yang miskin.

Kenapa zakat fitrah diwajibkan pembayarannya di bulan Ramadan dan tidak pada bulan-bulan yang lain? Padahal umat Islam pada waktu yang sama juga diwajibkan untuk membayar zakat harta? Ini adalah kerana Allah SWT. telah memberi keistimewaan Ramadhan sebagai `bulan toleransi ekonomi’ antara orang kaya dan miskin.

Hakikatnya, zakat berfungsi sebagai amalan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah, sehingga menjauhkan kita dari sifat mencintai dunia secara berlebihan dan melupakan hari akhirat.

Jumlah zakat fitrah yang kecil haruslah ditunaikan dan kewajiban menunaikannya yang setahun sekali, diharapkan sedikit sebanyak dapat melatih dan memotivasikan umat Islam untuk membiasakan diri membayar zakat harta. Setelah melatih diri membayar zakat fitrah, kesedaran untuk menunaikan kewajiban berzakat akan timbul. Insyaallah…

13 Comments »

  • iEn said:

    kalo beri pertolongan ngan bantuan sms kira berzakat ke?

  • shafril (author) said:

    itu kira sedekah… tapi rasanya iEn tak perlu bayar zakat fitrah kerana masih di bawah tanggungan bapa… kalau dah kawin suami ler kena bayar

  • azwan said:

    bukan susah sangat pun. di masjid selepas solat jumaat ada kaunter zakat. di pasar ramadhan pun ada kauter zakat. di pusat membeli belah pun ada. nak tak nak je kan :)

  • naem said:

    hehe..betul tu azwan..mudah je nak bayar zakat fitrah ni..yang masih belajar tu pun dah boleh belajar2 cara nak bayar zakat fitrah..

  • ali sihatsokmo said:

    alhamdulillah, dah bayar sejak awal ramadhan lagi, terjumpa kat pasar ramadhan… :)

  • shafril (author) said:

    betul tu azwan,
    yang pentingnya kesedaran tu mesti ada. Ingatlah pada mereka yang memerlukan. Diorang pun nak menyambut raya. Semoga dengan sumbangan zakat fitrah yang tak seberapa tu dapat “memeriahkan’ lagi raya mereka… insyaaallah

    naem,
    baguslah kalau kau dah mula belajar2 bayar zakat fitrah. Semoga income adsense kau semakin masyuk.. :)

    ali,
    kau lagi dasat… siang2 lagi dah bayar zakat fitrah… lagi awal dari aku.. mengalahkan aku yg menulis pasal zakat. he he

  • affuan said:

    Uiks! Aku belom lagi. Baru selesaikan zakat perniagaan. Zakat anak bini malam raya selalunya aku bayar. Tok imam yang selalu “kena” tunggu aku. Hehe. Afdhal gitu. Huu..

  • Jie said:

    Salam, suami saya dah bayar.

  • shafril (author) said:

    affuan,
    kalau aku jadi tok imam tu, dah lama aku bagi ceramah kat kau sampai besok pagi raya, lagi afdhal gitu.. hehe

    Jie,
    waalaikumsalam, Baguslah kalau suami Jie dah bayar. Semoga dengan membayar zakat fitrah dapat melengkapkan ibadah puasa kita di bulan Ramadhan…insyaallah

  • Afzai Afandi said:

    Umat islam yang tak membayar zakat…akan sia2 sahaja segala amalan yang telah dilakukan pada tahun itu. Ingat menginagati amalan yang baik :)

    Affuan…aku pun selalu bayar malam raya :)

  • affuan said:

    Aku tak terasa sebab aku bayar. Haha. Aku tag ko nih Shafril. Harap ko jawab. Kalo tak aku tarik balik kuasa reiki ko, terus tukar jadik kuasa dengki. Ekeke.

    http://affuanramzai.com/2007/10/03/tag-raya-sakan/

  • Trojan said:

    hehe..dah setel..
    4.70 area KL…

  • agus said:

    alhamdulillah udah dijadikan kewajibanku untuk bayar zakat.moga2 yang belom cepetan sadar,amien.

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.