Sumber tenaga alam semesta

Alam semesta yang dijadikan tuhan merupakan sumber tenaga yang tidak mempunyai batasan. Secara dasarnya tenaga alam semesta terdiri dari 3 jenis tenaga yang utama iaitu udara, matahari dan juga tanah/bumi. Reiki adalah salah satu contoh teknik penyembuhan yang menggunakan tenaga alam semesta.

Tenaga dari udara di serap paru-paru melalui pernafasan juga di serap oleh chakra. Melalui teknik pernafasan tenaga dalam kita berupaya menyerap lebih banyak tenaga dari udara.

Tenaga dari matahari pula di serap melalui pancaran matahari. Tenaga dari pancaran matahari boleh di serap dengan berjemur di bawah sinaran matahari (sunbathing) ataupun meminum air yang telah di dedahkan di bawah sinaran matahari. Tenaga daripada matahari juga agak kuat dan jika di dedahkan secara berlebihan boleh memberi kesan buruk pada manusia. Seelok-eloknya elakkan dari berjemur di bawah pancaran matahari di antara jam 10.00 pagi - 2.00 petang. Colour Healing adalah satu contoh teknik penyembuhan yang menggunakan tenaga dari matahari.

Tenaga dari tanah pula diserap melalui tapak kaki. Proses ini berlaku secara automatik pada tahap bawah sedar. Berjalan berkaki ayam boleh meningkatkan kadar penyerapan tenaga dari tanah. Chi kung (qiqong) adalah satu teknik penyembuhan yang memanfaatkan tenaga dari tanah.

Selain dari 3 sumber tenaga di atas terdapat juga beberapa sumber tenaga yang lain seperti pokok. Biasanya pokok-pokok yang besar mempunyai tenaga yang berlebihan. Kita boleh menyerap tenaga dari pokok dengan duduk di bawah pokok ataupun dengan menggunakan chakra tapak tangan.

Ada sesetengah tempat yang mempunyai tahap tenaga yang tinggi sebagai contoh di dalam hutan. Pada musim hujan pula biasanya ramai orang mula mendapat sakit dan mudah di jangkiti penyakit, bukan hanya kerana perubahan cuaca tetapi juga di sebabkan penurunan tahap tenaga dari matahari dan udara. Tenaga alam semesta berada pada tahap yang tinggi di waktu siang dan mula berkurangan pada waktu malam.

Popularity: 30% [?]



0 Responses to “Sumber tenaga alam semesta”

  1. No Comments

Leave a Reply





Hypnosis Download

Random Quote

Prana (life force energy) colored by the thought of the sender may be projected to a persons at a distance, who are willing to receive it, and the healing can be done this way — Yogi Ramacharaka

Waktu Solat

pemberi komen

  • ain
  • afiqamir
  • ana
  • apiz
  • Faridah Zainol
  • hafiz
  • kin
  • sweetmango
  • zharif

Wall

Latest on Mon, 03:49 pm

shafril: testing

» Leave a reply



Poll

Rawatan alternatif pilihan anda?

View Results

Loading ... Loading ...
3K2 theme by Hakan Aydin