Sumber tenaga alam semesta
Published by shafril September 3rd, 2007 in Reiki & Tenaga DalamAlam semesta yang dijadikan tuhan merupakan sumber tenaga yang tidak mempunyai batasan. Secara dasarnya tenaga alam semesta terdiri dari 3 jenis tenaga yang utama iaitu udara, matahari dan juga tanah/bumi. Reiki adalah salah satu contoh teknik penyembuhan yang menggunakan tenaga alam semesta.
Tenaga dari udara di serap paru-paru melalui pernafasan juga di serap oleh chakra. Melalui teknik pernafasan tenaga dalam kita berupaya menyerap lebih banyak tenaga dari udara.
Tenaga dari matahari pula di serap melalui pancaran matahari. Tenaga dari pancaran matahari boleh di serap dengan berjemur di bawah sinaran matahari (sunbathing) ataupun meminum air yang telah di dedahkan di bawah sinaran matahari. Tenaga daripada matahari juga agak kuat dan jika di dedahkan secara berlebihan boleh memberi kesan buruk pada manusia. Seelok-eloknya elakkan dari berjemur di bawah pancaran matahari di antara jam 10.00 pagi - 2.00 petang. Colour Healing adalah satu contoh teknik penyembuhan yang menggunakan tenaga dari matahari.
Tenaga dari tanah pula diserap melalui tapak kaki. Proses ini berlaku secara automatik pada tahap bawah sedar. Berjalan berkaki ayam boleh meningkatkan kadar penyerapan tenaga dari tanah. Chi kung (qiqong) adalah satu teknik penyembuhan yang memanfaatkan tenaga dari tanah.
Selain dari 3 sumber tenaga di atas terdapat juga beberapa sumber tenaga yang lain seperti pokok. Biasanya pokok-pokok yang besar mempunyai tenaga yang berlebihan. Kita boleh menyerap tenaga dari pokok dengan duduk di bawah pokok ataupun dengan menggunakan chakra tapak tangan.
Ada sesetengah tempat yang mempunyai tahap tenaga yang tinggi sebagai contoh di dalam hutan. Pada musim hujan pula biasanya ramai orang mula mendapat sakit dan mudah di jangkiti penyakit, bukan hanya kerana perubahan cuaca tetapi juga di sebabkan penurunan tahap tenaga dari matahari dan udara. Tenaga alam semesta berada pada tahap yang tinggi di waktu siang dan mula berkurangan pada waktu malam.
Popularity: 29% [?]
- Usui Reiki
- Teknik pernafasan chakra
- Rahsia pernafasan tenaga dalam
- Chikung (qiqong) - seni mengaktifkan tenaga dalam masyarakat cina
- Seni Visualisasi dan Imaginasi untuk penyembuhan diri sendiri
- Bolehkah anda di hipnosis?
- Aura dan fungsinya
- chakra, pusat tenaga tubuh manusia
- Muzik untuk meditasi
- Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar - 2
0 Responses to “Sumber tenaga alam semesta”
Please Wait
Leave a Reply