Articles tagged with: aura
bioenergi »
Lama betul tak update blog ni. Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin pada pembaca-pembaca yang mengikuti blog ini. Untuk entri kali ini saya ingin menjawab soalan-soalan yang selalu di kemukakan pada saya berkenaan dengan energi atau jenis-jenis energi. Ramai yang tidak tahu atau keliru kerana jenis-jenis energi ini telah di berikan pelbagai nama dari macam-macam perguruan, bangsa dan agama.
Sebelum itu saya ingin menjelaskan di di sini, jika saya sebut energi di dalam blog ini ia adalah energi halus atau subtle energy di mana …
Reiki & Tenaga Dalam »
Setelah hampir 10 bulan… Pol Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari? 53% memilih Tenaga Dalam, 26% memilih Reiki Kundalini, 9% memilih rawatan kristal manakala yang selebihnya 3% memilih usui reiki.
Memang benar jangkaan saya, ramai yang meminati untuk belajar tenaga dalam. Tenaga dalam adalah antara ilmu yang mula-mula saya pelajari 9 tahun lepas. Ramai yang tertarik untuk mempelajari tenaga dalam di mana biasanya di dalam demo perguruan tenaga dalam menunjukkan di mana jika musuh memukul anda maka musuh anda akan terpelanting, berjalan atas bara api, kebal senjata tajam, ilmu pengasihan, …
bioenergi »
Kepada peminat-peminat batu kristal atau batu akik, untuk entri kali ini seperti biasa akan saya tunjukkan SATU cara paling mudah untuk membersihkan batu kristal anda dari segala jenis negatif energi yang di serap oleh batu kristal anda. Salah satu tujuan membersihkan batu kristal ialah untuk membuang segala jenis negatif energi, atau program-program pada batu kristal dari pemilik sebelum anda (untuk pengetahuan anda batu kristal boleh di programkan untuk tujuan tertentu seperti kesihatan, pengasihan, pelarisan perniagaan, perlindungan dan sebagainya) dan juga untuk menguatkan lagi energi yang ada pada batu kristal atau …
Reiki & Tenaga Dalam »
Sebenarnya ada banyak cara untuk membersihkan tenaga negatif atau negatif energi yang menghuni kediaman anda. Negatif energi wujud sama ada di cakra-cakra utama pada tubuh eterik manusia ataupun di rumah, pejabat, ruangan atau kawasan. Untuk entri kali ini saya akan tunjukan cara pembersihan negatif energi yang paling paling mudah untuk kediaman anda. Yang utamanya sebelum ianya di lakukan anda haruslah melakukan pembersihan secara fizikal yakni menyapu, vakum dan mop kediaman anda sekurang-kurangnya 1-2 minggu sekali.
Bersihkan tempat yang menghalang peredaran energi atau “stagnant energy” seperti di bawah katil, bawah perabut …
kuasa minda »
Seperti mana anggota tubuh yang lain, keupayaan minda akan mula menurun apabila manusia semakin tua. Akan tetapi kita boleh mempertahankan dan melambatkan proses penemuaan minda… diantaranya ialah dengan:
1) Bersenam
Tubuh yang sihat biasanya menunjukkan minda yang sihat. Kajian saintis menunjukkan bersenam membantu otak menghasilkan sel-sel yang baru dan senaman juga menstimulasikan otak pada bahagian yang di kaitkan dengan memori dan juga pembelajaran. Rajin-rajinlah bersenam sekurang-kurang 3 kali seminggu.
2) Sentiasa mempelajari benda yang baru
Kebanyakkan dari kita biasanya akan berhenti belajar apabila telah mencapai peringkat degree atau master ataupun PhD. Akan tetapi …
Headline »
Adakah anda seorang yang mementingkan kesihatan? Adakah anda mempunyai penyakit yang ingin diubati atau mencegah penyakit dengan cara mudah?
Ianya tidak mustahil apabil anda mempelajari Kursus Penyembuhan Bio-Energi. Di dalam kursus ini anda akan di ajar cara-cara mudah untuk di amalkan di dalam kehidupan seharian bagi mencegah dan juga merawat penyakit tubuh fizikal, psikologi dan juga masalah emosi. Anda juga akan di ajar bagaimana untuk menjanakan energi pada tubuh tenaga yakni chakra dan aura melalui 5 cara iaitu melalui senaman awet muda tibet (gerakan yoga), olah nafas, meditasi, pemakanan dan juga …
bioenergi »
Entri pada kali ini ialah mengenai ginseng. Kalau orang melayu kita ada herba-herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, minyak kelapa dara dan macam-macam lagi. Manakala bagi masyarakat cina ginseng adalah herba yang agak popular. Ramai orang cina dan juga korea mengambil ginseng setiap hari bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan. Jika ginseng di campurkan dengan herba yang tertentu ianya boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Grandmaster Choa Kok Sui telah melakukan ekperimen terhadap ginseng dan kesannya pada tubuh eterik (chakra dan aura). Berikut adalah terjemahan secara tidak langsung mengenai hasil ekperimen …
Featured, Reiki & Tenaga Dalam »
Pada dasarnya setiap manusia mempunyai tenaga dalam, akan tetapi mereka tidak mengetahui bagaimanakah cara untuk membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga dalam itu itu sebenarnya sudah ada sejak manusia dilahirkan.
Tetapi tenaga dalam itu masih pasif dan akan di bangkitkan apabila kita berada dalam keadaan tertentu seperti apabila berada di dalam keadaan panik, di hipnosis ataupun apabila mengalami ketakutan yang amat sangat.
bioenergi »
Walaupun chakra tapak tangan di kategorikan sebagai minor chakra, ia juga memainkan peranan yang penting kerana fungsinya menyerap, menyalurkan tenaga dan juga untuk mengesan (scanning) aura dalam proses penyembuhan diri sendiri atau orang lain. Tetapi pada kebanyakan orang chakra ini kurang aktif. Dengan menjalani latihan di bawah akan membolehkan anda mengesan (scanning) / merasakan getaran chakra dan aura. Chakra tapak tangan juga merupakan 1 daripada 5 chakra yang paling sensitif.
Banyak masa perlu di peruntukkan untuk latihan melihat aura, jadi saya rasa anda patut mengaktifkan chakra tapak tangan dulu untuk mengesan …
bioenergi »
Kepada mereka yang tak percaya/kurang percaya atau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai kewujudan aura, bolehlah menonton video klip di bawah.
