Articles tagged with: chakra
bioenergi »
Untuk entri kali ini saya ingin mengupas dengan lebih lanjut mengenai chakra. Ini adalah kerana ada sebilangan kecil yang menganggap yang chakra ini adalah haram. Ini adalah kerana terdapat unsur-unsur buddha sama ada simbol-simbol dan mantra-mantra pada chakra. Sama seperti ilmu hypnosis di mana ianya di anggap sebagai ilmu pukau oleh sebilangan orang, lebih-lebih lagi kepada mereka yang membuat penilaian sendiri tanpa mempelajari atau mendalami atau membuat kajian. Walaupun hypnosis adalah keadaan semulajadi yang di lalui oleh manusia sehari-hari tanpa di sedari. Berbeza keadaannya di barat di mana …
bioenergi »
Lama betul tak update blog ni. Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin pada pembaca-pembaca yang mengikuti blog ini. Untuk entri kali ini saya ingin menjawab soalan-soalan yang selalu di kemukakan pada saya berkenaan dengan energi atau jenis-jenis energi. Ramai yang tidak tahu atau keliru kerana jenis-jenis energi ini telah di berikan pelbagai nama dari macam-macam perguruan, bangsa dan agama.
Sebelum itu saya ingin menjelaskan di di sini, jika saya sebut energi di dalam blog ini ia adalah energi halus atau subtle energy di mana …
Reiki & Tenaga Dalam »
Setelah hampir 10 bulan… Pol Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari? 53% memilih Tenaga Dalam, 26% memilih Reiki Kundalini, 9% memilih rawatan kristal manakala yang selebihnya 3% memilih usui reiki.
Memang benar jangkaan saya, ramai yang meminati untuk belajar tenaga dalam. Tenaga dalam adalah antara ilmu yang mula-mula saya pelajari 9 tahun lepas. Ramai yang tertarik untuk mempelajari tenaga dalam di mana biasanya di dalam demo perguruan tenaga dalam menunjukkan di mana jika musuh memukul anda maka musuh anda akan terpelanting, berjalan atas bara api, kebal senjata tajam, ilmu pengasihan, …
bioenergi »
Kepada peminat-peminat batu kristal atau batu akik, untuk entri kali ini seperti biasa akan saya tunjukkan SATU cara paling mudah untuk membersihkan batu kristal anda dari segala jenis negatif energi yang di serap oleh batu kristal anda. Salah satu tujuan membersihkan batu kristal ialah untuk membuang segala jenis negatif energi, atau program-program pada batu kristal dari pemilik sebelum anda (untuk pengetahuan anda batu kristal boleh di programkan untuk tujuan tertentu seperti kesihatan, pengasihan, pelarisan perniagaan, perlindungan dan sebagainya) dan juga untuk menguatkan lagi energi yang ada pada batu kristal atau …
kesihatan »
Untuk entri kali ini adalah mengenai pisang di mana ianya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Antaranya ialah:
Pisang mengandungi tiga jenis kandungan gula semulajadi – sucrose, fructose and glucose digabungkan dengan fiber. Memberikan tenaga segera dan meningkatkan kadar tenaga.
Kajian menunjukkan dua biji pisang membekalkan tenaga yang cukup untuk aktiviti berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang menjadi pilihan makanan nombor satu atlet-atlet dunia.
Pisang bukan sahaja boleh membantu memberikan tenaga akan tetapi ianya juga boleh membantu menyembuhkan beberapa penyakit. Oleh itu sebaik-baiknya tambahkanlah pisang di dalam menu sehari-hari.
Kemurungan – menurut …
Headline »
Adakah anda seorang yang mementingkan kesihatan? Adakah anda mempunyai penyakit yang ingin diubati atau mencegah penyakit dengan cara mudah?
Ianya tidak mustahil apabil anda mempelajari Kursus Penyembuhan Bio-Energi. Di dalam kursus ini anda akan di ajar cara-cara mudah untuk di amalkan di dalam kehidupan seharian bagi mencegah dan juga merawat penyakit tubuh fizikal, psikologi dan juga masalah emosi. Anda juga akan di ajar bagaimana untuk menjanakan energi pada tubuh tenaga yakni chakra dan aura melalui 5 cara iaitu melalui senaman awet muda tibet (gerakan yoga), olah nafas, meditasi, pemakanan dan juga …
bioenergi »
Berwarna kuning dan terletak di antara dua tulang rusuk di bawah chakra jantung ialah chakra solar plexus. Chakra inilah yang pusat tenaga yang mengawal emosi manusia. Emosi yang saya maksudkan ialah seperti marah, sedih, ego, cita-cita, cemburu, tamak, kejam, benci dan juga kemahuan yang mengarahkan kepada kepentingan diri sendiri berbeza dengan chakra jantung yang lebih mengarah kepada perasaan seperti kasih sayang, belas kasihan, lebih kepada orang lain.
Boleh di katakan kebanyakan dari manusia di abad ini banyak yang mempunyai masalah di chakra ini. Chakra solar plexus juga mempunyai berkait rapat dengan …
bioenergi »
Berwarna merah dan terletak di hujung tulang belakang, chakra dasar boleh lah di umpamakan pada manusia seperti akar pada pokok. Jika chakra dasar ini lemah akan mengakibatkan tubuh fizikal yang lemah. Orang tua biasanya mempunyai chakra dasar yang kurang aktif dimana ianya menyebabkan badan yang lemah, bongkok dan tubuh fizikal mengecil dan kadar penyembuhan tubuh fizikal akan mengambil masa yang agak lama.
Chakra ini juga menyerap tenaga dari bumi melalui chakra tapak kaki dan disalurkan kebahagian atas tubuh energi dan ianya amat penting dalam pertumbuhan tubuh fizikal manusia. Mereka yang mempunyai …
bioenergi »
Dalam entri pertama blog ini saya ada menulis mengenai “chakra, pusat tenaga tubuh manusia“. Untuk entri kali ini saya akan mengulas lebih lanjut lagi mengenai chakra mahkota. Chakra mahkota di kategorikan antara chakra-chakra utama dan terletak di bahagian atas kepala. Dalam bahasa inggerisnya di panggil “crown chakra” dan dalam bahasa sanskritnya di panggil “Sahasrara chakra”. Mahkota yang biasa di pakai oleh raja-raja sebenarnya adalah replika daripada bentuk chakra mahkota. Ianya juga adalah tempat atau titik kemasukkan energi illahi (divine energy) dan juga tenaga dari udara.
Chakra mahkota adalah chakra kerohanian …
Reiki & Tenaga Dalam, kesihatan »
Ramai yang tahu betapa pentingnya senaman untuk kesihatan, akan tetapi ramai juga yang malas nak melakukan senaman atas pelbagai alasan seperti tiada masa. Seelok-seeloknya bersenamlah dalam 3 kali seminggu di dalam lingkungan 30 minit untuk mengekalkan tahap kesihatan anda.
Tahukah anda bahawa senaman membersihkan tubuh fizikal dan dan tubuh energi. Secara fizikal segala kotoran dan toksin di keluarkan melalui peluh. Semasa bersenam, aura tubuh bergetar, aura kotor akan keluar dan chakra serta jaluran energi akan bertambah bersih. Biasanya tubuh fizikal akan rasa lebih sihat dan ringan selepas bersenam. Bersenam haruslah diamalkan …
