Articles tagged with: emosi
bioenergi »
Entri kali ni kita cerita lebih lanjut pasal Reiki. Ada yang tanya dan di dalam artikel ini saya akan mengulas lebih lanjut sikit jer pasal reiki. Reiki adalah satu teknik penyembuhan menggunakan tapak tangan pada tubuh atau tempat yang sakit atau yang akan di rawat. Pengamal reiki bukan penyembuh akan tetapi bolehla di katakan sebagai pengantara atau penyalur energi Reiki.
Kalau sebut pasal reiki ni dalam internet ada yang kata tenaga alam ada yang kata tenaga illahi. Akan tetapi menurut pandangan peribadi saya, reiki adalah energi illahi yaitu energi yang bersumberkan …
kuasa minda »
Semua orang pernah bermimpi, sama ada mainan tidur atau pesanan yang di sampaikan dari minda bawah sedar ke minda sedar. Di bawah adalah beberapa fakta ringkas mengenai mimpi. Di antaranya:
Orang buta pun bermimpi
Mereka yang di lahirkan buta bermimpi, bezanya cuma mereka tidak melihat gambaran, cuma melalui deria sentuhan, bau, bunyi dan emosi.
90% manusia lupa mengenai mimpi mereka
Dalam masa 5 minit selepas bangun tidur, 50% akan lupa akan mimpi dan dalam masa 10 minit 90% dari kita akan lupa sepenuhnya. Mimpi adalah salah satu cara minda bawah sedar menyampaikan maklumat ke …
kesihatan »
Untuk entri kali ini adalah mengenai pisang di mana ianya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Antaranya ialah:
Pisang mengandungi tiga jenis kandungan gula semulajadi – sucrose, fructose and glucose digabungkan dengan fiber. Memberikan tenaga segera dan meningkatkan kadar tenaga.
Kajian menunjukkan dua biji pisang membekalkan tenaga yang cukup untuk aktiviti berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang menjadi pilihan makanan nombor satu atlet-atlet dunia.
Pisang bukan sahaja boleh membantu memberikan tenaga akan tetapi ianya juga boleh membantu menyembuhkan beberapa penyakit. Oleh itu sebaik-baiknya tambahkanlah pisang di dalam menu sehari-hari.
Kemurungan – menurut …
bioenergi »
Berwarna kuning dan terletak di antara dua tulang rusuk di bawah chakra jantung ialah chakra solar plexus. Chakra inilah yang pusat tenaga yang mengawal emosi manusia. Emosi yang saya maksudkan ialah seperti marah, sedih, ego, cita-cita, cemburu, tamak, kejam, benci dan juga kemahuan yang mengarahkan kepada kepentingan diri sendiri berbeza dengan chakra jantung yang lebih mengarah kepada perasaan seperti kasih sayang, belas kasihan, lebih kepada orang lain.
Boleh di katakan kebanyakan dari manusia di abad ini banyak yang mempunyai masalah di chakra ini. Chakra solar plexus juga mempunyai berkait rapat dengan …
kuasa minda »
Tajuk entri kali ini agak pendek.. NLP? Apa itu NLP (neuro linguistic programming)?. Mungkin ramai yang pernah dengar mengenai NLP ni tapi tak tahu apakah maksud di sebaliknya. NLP ni sebenarnya ialah satu “mata pelajaran” yang mengkaji bagaimana cara manusia berfikir, berkomunikasi, corak tingkahlaku dan juga emosi. Saya rasa kalau bahasa mudahnya NLP ini ialah “buku manual” minda manusia. Jika anda ingin tahu bagaimana minda anda berfungsi, NLP lah jawapannya.
Perkataan Neuro Linguistic Programming itu sendiri terdiri dari 3 perkataan iaitu:
Neurology – bagaimana minda berfikir
Linguistic – bagaimana kita …
Reiki & Tenaga Dalam »
Seperti yang pernah saya tulis di entri yang sebelumnya reiki dari segi bahasanya bermaksud tenaga alam semesta. Untuk entri kali ini saya akan mengupas lebih lanjut lagi mengenai Usui reiki yang pernah saya belajar beberapa tahun yang lepas. Reiki sebenarnya terdiri dari pelbagai tradisi seperti Reiki Karuna, Reiki Kundalini, Reiki Seichim dan bermacam-macam lagi di mana ianya juga mempunyai frekuensi yang berbeza-beza di antara satu sama lain.
Antara banyak-banyak tradisi reiki ni, Usui Reiki adalah yang paling popular dan di kenali ramai. Ia adalah satu teknik yang berasal dari Jepun dan …
kuasa minda »
Entri ini adalah sambungan dari menyelami kekuatan minda bawah sedar 1. Asalnya nak update semalam, tapi orang umah ajak gi klcc shopping baju raya untuk anak-anak lak. Ingatkan dah balik dari klcc boleh la update, internet lak buat hal. macam-macam…
Tip yang ke-2 ini adalah teknik pengulangan (repetition). Sebagai contoh, berikan saranan pada minda separa sedar supaya menerima idea yang anda adalah orang kaya dan berjaya. Teknik repetition boleh menyematkan idea ini ke minda separa sedar dengan lebih cepat dan mudah. Minda separa sedar lebih mudah menerima saranan dari repetition.
Satu contoh …
kuasa minda »
Minda separa sedar. Kekuatannya mampu membuatkan yang sakit menjadi sihat, yang miskin menjadi kaya dan bermacam-macam lagi (dengan izin tuhan ler). Kepada mereka yang tahu bagaimana minda separa sedar berfungsi boleh memanfaatkannya untuk membolehkan kita mendapat apa yang kita hajati. Untuk kali ini saya akan memberikan 2 tips untuk membolehkan anda menggunakan minda separa sedar bagi membantu anda mencapai apa yang anda impikan.
Seperti mana yang kita semua tahu, minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja …
Featured, Reiki & Tenaga Dalam »
Pada dasarnya setiap manusia mempunyai tenaga dalam, akan tetapi mereka tidak mengetahui bagaimanakah cara untuk membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga dalam itu itu sebenarnya sudah ada sejak manusia dilahirkan.
Tetapi tenaga dalam itu masih pasif dan akan di bangkitkan apabila kita berada dalam keadaan tertentu seperti apabila berada di dalam keadaan panik, di hipnosis ataupun apabila mengalami ketakutan yang amat sangat.
kuasa minda »
Saya pernah terbaca di dalam sebuah majalah yang mengatakan bahawa salah satu tanda kronik yang menunjukkan anda seorang yang pelupa ialah jika anda lupa nama sendiri. Ini menunjukkan anda menghadapi masalah yang agak serius. Saya ada berapa tips yang boleh meningkatkan kemampuan anda untuk mengingati/menghafal dengan lebih baik.
Tetapi sebelum itu anda perlu tahu bahawa minda manusia pada asasnya di bahagikan kepada dua iaitu minda sedar (conscious mind) dan minda separa sedar (sub-conscious mind). Cara minda berfikir juga boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu mereka yang berfikiran kiri dan kanan.
Minda …
