Home » Archive

Articles tagged with: Hipnosis

Reiki & Tenaga Dalam »

[12 Aug 2009 | One Comment | 315 views]

Setelah hampir 10 bulan… Pol Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari? 53% memilih Tenaga Dalam, 26% memilih Reiki Kundalini, 9% memilih rawatan kristal manakala yang selebihnya 3% memilih usui reiki.
Memang benar jangkaan saya, ramai yang meminati untuk belajar tenaga dalam. Tenaga dalam adalah antara ilmu yang mula-mula saya pelajari 9 tahun lepas. Ramai yang tertarik untuk mempelajari tenaga dalam di mana biasanya di dalam demo perguruan tenaga dalam menunjukkan di mana jika musuh memukul anda maka musuh anda akan terpelanting, berjalan atas bara api, kebal senjata tajam, ilmu pengasihan, …

kuasa minda »

[4 Nov 2007 | 12 Comments | 1,089 views]

Mungkin ada di kalangan pembaca yang tertanya-tanya boleh ke anda di hipnosis?. Jawapannya… jika anda mempunyai IQ lebih dari 80 (100 adalah tahap IQ yang normal), boleh konsentrasi, imaginasi dan bervisualisasi, anda sememangnya boleh di hipnosis.
Hipnosis adalah satu tahap minda di mana anda melaluinya beberapa kali dalam sehari. Pernahkah anda terlalu asyik menonton tv, membaca novel ataupun berangan-angan. Itu adalah salah satu contoh di mana tahap minda anda berubah tahapnya dari beta ke alpha.
Hipnosis yang anda lalui sehari-hari biasanya di tentukan oleh keadaan sekeliling berbeza pula dalam sesi hipnosis …

kuasa minda »

[23 Sep 2007 | 31 Comments | 3,169 views]

Minda separa sedar. Kekuatannya mampu membuatkan yang sakit menjadi sihat, yang miskin menjadi kaya dan bermacam-macam lagi (dengan izin tuhan ler). Kepada mereka yang tahu bagaimana minda separa sedar berfungsi boleh memanfaatkannya untuk membolehkan kita mendapat apa yang kita hajati. Untuk kali ini saya akan memberikan 2 tips untuk membolehkan anda menggunakan minda separa sedar bagi membantu anda mencapai apa yang anda impikan.
Seperti mana yang kita semua tahu, minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja …

kuasa minda »

[20 Sep 2007 | 11 Comments | 1,520 views]

Sebenarnya saya agak keliru juga mengenai minda/otak kanan dan minda/otak kiri. Jadi kat sini saya nak buat kesimpulan bahawa minda/otak kanan tu adalah minda separa sedar (subconscious mind) dan minda/otak kiri adalah minda sedar (conscious mind), kalau saya salah tolong betulkan.
Untuk post kali ini saya nak memberi tips untuk mereka yang dah ada anak. Kalau tak ada anak tu cepat-cepat la buat anak ye, bila lagi? The Shichida Methods adalah satu sistem pembelajaran stimulasi minda untuk bayi, kanak-kanak dan tidak lupa juga ibubapa yang di asaskan oleh Professor Makoto …

kuasa minda »

[12 Sep 2007 | 4 Comments | 2,679 views]

Kepada mereka yang pernah menonton stage hipnosis mungkin menganggap yang hipnosis adalah mind control atau pukau kerana kebanyakan mereka yang di hipnosis ni selalunya melakukan perkara-perkara bodoh yang di suruh oleh si hipnotis. Sebenarnya anggapan itu adalah kurang tepat. Di sini saya akan senaraikan beberapa mitos dan juga realiti mengenai hipnosis.
hipnotis boleh membuatkan anda melakukan sesuatu yang tidak mungkin anda lakukan di waktu sedar.
Sememangnya salah. Hipnotis tiada kuasa ke atas anda dan dia juga tidak boleh memaksa anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak anda. Proses hipnosis memerlukan kerjasama …

Featured, Reiki & Tenaga Dalam »

[7 Sep 2007 | 28 Comments | 6,004 views]
Rahsia pernafasan tenaga dalam

Pada dasarnya setiap manusia mempunyai tenaga dalam, akan tetapi mereka tidak mengetahui bagaimanakah cara untuk membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga dalam itu itu sebenarnya sudah ada sejak manusia dilahirkan.

Tetapi tenaga dalam itu masih pasif dan akan di bangkitkan apabila kita berada dalam keadaan tertentu seperti apabila berada di dalam keadaan panik, di hipnosis ataupun apabila mengalami ketakutan yang amat sangat.

kuasa minda »

[28 Aug 2007 | No Comment | 1,340 views]

Definasi Hipnosis
Perkataan hypnosis berasal daripada bahasa Greek “hypno” yang bermaksud tidur. Kalau kita tengok orang yang di hypnosis ni nampak jer macam tidur tetapi tidak. Hipnosis ni adalah satu keadaan/tahap di mana minda berada di dalam keadaan tenang, peka dan lebih fokus di mana minda lebih mudah menerima saranan. Gelombang minda/otak biasanya berada pada tahap alpha/theta/delta.
Ramai orang melayu yang menganggap hipnosis ni ilmu pukau/hitam. Tetapi sebenarnya tanggapan tu silap. Kalau kita baca dalam internet macam-macam definasi mengenai hipnosis. Tapi melalui pengalaman/pembacaan sayalah, saya rasa definasi saya mungkin yang paling tepat …

kuasa minda »

[23 Aug 2007 | 13 Comments | 1,963 views]

Otak manusia yang dijadikan tuhan terdiri daripada berbilion sel yang dipanggil neuron. Kombinasi sel-sel ini mencetuskankan aliran elektrik di dalam otak manusia dan boleh dikesan melalui alat yang dipanggil electroencephalograph (EEG). Aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda (brainwave).
Gelombang minda akan sentiasa berubah mengikut aktiviti yang di lakukan oleh seseorang. Sebagai contoh orang yang sedang tidur dan orang yang dalam keadaan jaga gelombang minda mereka sangatlah berbeza.
Secara amnya gelombang minda dibahagikan kepada 4 tahap:
Beta (12hz-38hz)
Dalam keadaan jaga dimana manusia melakukan aktiviti harian yang melibatkan penggunaan minda sedar (conscious mind). …