Home » Archive

Articles tagged with: santapan rohani

santapan rohani »

[4 Jun 2009 | No Comment | 1,302 views]

Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan Jadi Islam mengajar utk menahan marah seperti berikut:
PERTAMA
Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa-apa situasi.
Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :
Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid datang dengan penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan …

kuasa minda »

[13 Feb 2009 | 5 Comments | 597 views]

Tak tahu ler… kalau nak tahu bacalah artikel di bawah…
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang …

santapan rohani »

[6 Feb 2009 | One Comment | 461 views]

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.
Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?
Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara …

santapan rohani »

[22 Dec 2008 | 3 Comments | 383 views]

Satu perkara yang mendukacitakan berlaku di tengah-tengah masyarakat Islam ialah hilangnya keyakinan kepada hukum Allah SWT.
Adalah satu perkara yang tidak munasabah dan haram berlaku di kalangan umat Islam bahawa orang-orang yang mengaku Islam, tidak yakin kepada hukum Allah bermakna juga tidak yakin kepada Allah dan tidak yakin kepada Rasulullah s.a.w.
Ini menyebabkan seseorang itu tidak yakin kepada Islam di mana dia mengaku dirinya sebagai seorang Islam.
Tidak terkumpul di dalam hati orang yang beriman dengan keraguan dan syak wasangka kepada ajaran Islam kerana syak wasangka kepada ajaran Islam dan tidak yakin kepada …

santapan rohani »

[12 Sep 2008 | No Comment | 276 views]

Oleh: Ust. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk …

santapan rohani »

[11 Sep 2008 | No Comment | 377 views]

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, …

Featured, kesihatan »

[30 Mar 2008 | 13 Comments | 1,948 views]
Gambar molekul air zam-zam

Entri kali ini adalah dari emel terbaru yang saya terima dari kawan saya. Sebenarnya benda ni dah lama berlaku dan artikelnya agak menarik dan ingin saya kongsikan bersama dan di sertakan dengan pendapat saya…
Pada 10/10/2002 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa …

kuasa minda »

[16 Mar 2008 | 18 Comments | 1,210 views]

“Meditation music” atau muzik untuk meditasi dalam bahasa melayunya adalah musik yang di mainkan semasa seseorang itu bermeditasi. Musik meditasi adalah bertujuan untuk membantu menurunkan tahap frekuensi minda (brainwave frequency) dari tahap beta ke tahap alpha, theta dan delta. Musik ini biasanya menenangkan minda dan silap haribulan boleh tertidur di buatnya.
Musik untuk meditasi biasanya dari bunyi alam semulajadi seperti bunyi ombak, hujan dan juga dari alatan musik seperti “tamborin, tibetan singing bowl, flute dan sitar”. Bunyi-bunyi dalam musik meditasi juga boleh mengaktifkan chakra-chakra tertentu dan menyembuhkan penyakit. Mungkin susah …

Reiki & Tenaga Dalam »

[23 Jan 2008 | 9 Comments | 539 views]

Seperti yang pernah saya tulis di entri yang sebelumnya reiki dari segi bahasanya bermaksud tenaga alam semesta. Untuk entri kali ini saya akan mengupas lebih lanjut lagi mengenai Usui reiki yang pernah saya belajar beberapa tahun yang lepas. Reiki sebenarnya terdiri dari pelbagai tradisi seperti Reiki Karuna, Reiki Kundalini, Reiki Seichim dan bermacam-macam lagi di mana ianya juga mempunyai frekuensi yang berbeza-beza di antara satu sama lain.
Antara banyak-banyak tradisi reiki ni, Usui Reiki adalah yang paling popular dan di kenali ramai. Ia adalah satu teknik yang berasal dari Jepun dan …