Articles tagged with: kesihatan
Reiki & Tenaga Dalam »
Setelah hampir 10 bulan… Pol Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari? 53% memilih Tenaga Dalam, 26% memilih Reiki Kundalini, 9% memilih rawatan kristal manakala yang selebihnya 3% memilih usui reiki.
Memang benar jangkaan saya, ramai yang meminati untuk belajar tenaga dalam. Tenaga dalam adalah antara ilmu yang mula-mula saya pelajari 9 tahun lepas. Ramai yang tertarik untuk mempelajari tenaga dalam di mana biasanya di dalam demo perguruan tenaga dalam menunjukkan di mana jika musuh memukul anda maka musuh anda akan terpelanting, berjalan atas bara api, kebal senjata tajam, ilmu pengasihan, …
bioenergi »
Kepada peminat-peminat batu kristal atau batu akik, untuk entri kali ini seperti biasa akan saya tunjukkan SATU cara paling mudah untuk membersihkan batu kristal anda dari segala jenis negatif energi yang di serap oleh batu kristal anda. Salah satu tujuan membersihkan batu kristal ialah untuk membuang segala jenis negatif energi, atau program-program pada batu kristal dari pemilik sebelum anda (untuk pengetahuan anda batu kristal boleh di programkan untuk tujuan tertentu seperti kesihatan, pengasihan, pelarisan perniagaan, perlindungan dan sebagainya) dan juga untuk menguatkan lagi energi yang ada pada batu kristal atau …
Featured, kesihatan »
Entri kali ini adalah dari emel terbaru yang saya terima dari kawan saya. Sebenarnya benda ni dah lama berlaku dan artikelnya agak menarik dan ingin saya kongsikan bersama dan di sertakan dengan pendapat saya…
Pada 10/10/2002 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa …
kuasa minda »
Visualisasi adalah satu proses mengingati atau mengimbas kembali sesuatu yang pernah anda alami sebelum ini sama ada melalui gambaran, pendengaran ataupun sentuhan. Imaginasi pula adalah satu proses menciptakan sesuatu menggunakan minda sebelum proses kreatif bermula. Sebelum mencipta/mereka sesuatu, apa yang anda lakukan ialah menggunakan imaginasi. Albert Einstein sendiri pernah mengatakan bahawa “Imagination is more important than knowledge”. Seorang arkitek akan berimaginasi mengenai rumah yang akan dibinanya sebelum melakarkan di kertas atau komputer. Sebab itulah tagline blog shafril.com ialah “pengembaraan merentasi minda” kerana saya percaya semuanya bermula dari dalam minda …
bioenergi »
Entri pada kali ini ialah mengenai ginseng. Kalau orang melayu kita ada herba-herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, minyak kelapa dara dan macam-macam lagi. Manakala bagi masyarakat cina ginseng adalah herba yang agak popular. Ramai orang cina dan juga korea mengambil ginseng setiap hari bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan. Jika ginseng di campurkan dengan herba yang tertentu ianya boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Grandmaster Choa Kok Sui telah melakukan ekperimen terhadap ginseng dan kesannya pada tubuh eterik (chakra dan aura). Berikut adalah terjemahan secara tidak langsung mengenai hasil ekperimen …
Featured, kuasa minda »
Meditasi adalah satu teknik konsentrasi yang memfokuskan pada bunyi, visualisasi, pernafasan dan juga gerakan tertentu bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran minda, mengurangkan stres, membuatkan kita lebih tenang dan meningkatkan tahap kesedaran spritual. Ia juga adalah satu seni mengosongkankan minda (the art of silencing the mind). Apabila kita dapat mengosongkankan minda tahap konsentrasi akan meningkat dan kita akan mengalami ketenangan dalaman.
Kebanyakan manusia ni selalunya dah lupa macamana nak merehatkan minda dan tubuh kerana terlalu sibuk dengan gaya hidup zaman moden. Kita boleh lihat di dalam kehidupan kita sehari-hari dari pagi hingga …
kuasa minda »
Mungkin ada di kalangan pembaca yang tertanya-tanya boleh ke anda di hipnosis?. Jawapannya… jika anda mempunyai IQ lebih dari 80 (100 adalah tahap IQ yang normal), boleh konsentrasi, imaginasi dan bervisualisasi, anda sememangnya boleh di hipnosis.
Hipnosis adalah satu tahap minda di mana anda melaluinya beberapa kali dalam sehari. Pernahkah anda terlalu asyik menonton tv, membaca novel ataupun berangan-angan. Itu adalah salah satu contoh di mana tahap minda anda berubah tahapnya dari beta ke alpha.
Hipnosis yang anda lalui sehari-hari biasanya di tentukan oleh keadaan sekeliling berbeza pula dalam sesi hipnosis …
Reiki & Tenaga Dalam »
Chikung adalah satu teknik senaman kuno yang di amalkan masyarakat cina sejak 5,000 tahun dahulu. Perkataan chikung itu secara amnya bermaksud senaman tenaga dalam. Jadi bolehlah di katakan chikung adalah senaman bertujuan untuk membetulkan sistem tenaga tubuh manusia. Sistem tenaga tubuh manusia adalah “life force” di mana tanpa tenaga itu manusia akan mati. Chikung membolehkan kita lebih sihat dan hidup lebih lama dengan membekalkan tenaga extra kepada tubuh. Chikung juga boleh membantu kita menyembuhkan diri sendiri secara semulajadi dan ianya adalah satu sistem yang amat efektif yang diamalkan oleh …
kuasa minda »
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca shafril.com. Macam mana raya tahun ni? Ada meriah ker? Saya harap meriah2 ler hendaknya… Kalau tak berapa meriah, meriahkan lagi, syawal kan ada 2-3 minggu lagi.
Saya selalu membaca mengenai tip-tip/petua awet muda di majalah-majalah dan juga internet. Tetapi semalam saya ada terbaca di Wired News mengenai bagaimana penuaan memberi kesan kepada minda kita dan bagaimanakah caranya untuk memastikan minda anda berada di dalam keadaan cerdas walaupun dah semakin berumur.
Mungkin ramai yang berpendapat “brain training (crossword, puzzles, soduku)” adalah yang teknik …
Featured, Reiki & Tenaga Dalam »
Pada dasarnya setiap manusia mempunyai tenaga dalam, akan tetapi mereka tidak mengetahui bagaimanakah cara untuk membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga dalam itu itu sebenarnya sudah ada sejak manusia dilahirkan.
Tetapi tenaga dalam itu masih pasif dan akan di bangkitkan apabila kita berada dalam keadaan tertentu seperti apabila berada di dalam keadaan panik, di hipnosis ataupun apabila mengalami ketakutan yang amat sangat.
