Articles tagged with: lupa
kuasa minda »
Semua orang pernah bermimpi, sama ada mainan tidur atau pesanan yang di sampaikan dari minda bawah sedar ke minda sedar. Di bawah adalah beberapa fakta ringkas mengenai mimpi. Di antaranya:
Orang buta pun bermimpi
Mereka yang di lahirkan buta bermimpi, bezanya cuma mereka tidak melihat gambaran, cuma melalui deria sentuhan, bau, bunyi dan emosi.
90% manusia lupa mengenai mimpi mereka
Dalam masa 5 minit selepas bangun tidur, 50% akan lupa akan mimpi dan dalam masa 10 minit 90% dari kita akan lupa sepenuhnya. Mimpi adalah salah satu cara minda bawah sedar menyampaikan maklumat ke …
kuasa minda »
Seperti mana anggota tubuh yang lain, keupayaan minda akan mula menurun apabila manusia semakin tua. Akan tetapi kita boleh mempertahankan dan melambatkan proses penemuaan minda… diantaranya ialah dengan:
1) Bersenam
Tubuh yang sihat biasanya menunjukkan minda yang sihat. Kajian saintis menunjukkan bersenam membantu otak menghasilkan sel-sel yang baru dan senaman juga menstimulasikan otak pada bahagian yang di kaitkan dengan memori dan juga pembelajaran. Rajin-rajinlah bersenam sekurang-kurang 3 kali seminggu.
2) Sentiasa mempelajari benda yang baru
Kebanyakkan dari kita biasanya akan berhenti belajar apabila telah mencapai peringkat degree atau master ataupun PhD. Akan tetapi …
santapan rohani »
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu tidak bersyukur padanya… kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya… tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu …
Featured, kesihatan »
Entri kali ini adalah dari emel terbaru yang saya terima dari kawan saya. Sebenarnya benda ni dah lama berlaku dan artikelnya agak menarik dan ingin saya kongsikan bersama dan di sertakan dengan pendapat saya…
Pada 10/10/2002 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa …
kuasa minda »
Ramai wanita yang terpengaruh dan membenarkan diri mereka di pengaruhi oleh iklan-iklan kecantikan di majalah dan juga media seperti television, semata mata untuk kelihatan cantik.
Tetapi mereka tidak sedar yang tujuan sebenar iklan-iklan tersebut adalah untuk merendah-rendahkan kecantikan semulajadi wanita dan dengan membeli produk kecantikan mereka maka wanita itu akan kelihatan lebih cantik dan menarik.
Wanita sememangnya adalah makhluk yang di ciptakan allah cantik secara semulajadinya. Mereka lupa kecantikan semulajadi adalah dari dalam diri sendiri. Saksikan video di bawah di mana wanita ini “di cantikan” oleh media.
kuasa minda »
Minda separa sedar. Kekuatannya mampu membuatkan yang sakit menjadi sihat, yang miskin menjadi kaya dan bermacam-macam lagi (dengan izin tuhan ler). Kepada mereka yang tahu bagaimana minda separa sedar berfungsi boleh memanfaatkannya untuk membolehkan kita mendapat apa yang kita hajati. Untuk kali ini saya akan memberikan 2 tips untuk membolehkan anda menggunakan minda separa sedar bagi membantu anda mencapai apa yang anda impikan.
Seperti mana yang kita semua tahu, minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja …
kuasa minda »
Sebenarnya saya agak keliru juga mengenai minda/otak kanan dan minda/otak kiri. Jadi kat sini saya nak buat kesimpulan bahawa minda/otak kanan tu adalah minda separa sedar (subconscious mind) dan minda/otak kiri adalah minda sedar (conscious mind), kalau saya salah tolong betulkan.
Untuk post kali ini saya nak memberi tips untuk mereka yang dah ada anak. Kalau tak ada anak tu cepat-cepat la buat anak ye, bila lagi? The Shichida Methods adalah satu sistem pembelajaran stimulasi minda untuk bayi, kanak-kanak dan tidak lupa juga ibubapa yang di asaskan oleh Professor Makoto …
kuasa minda »
Kepada mereka yang pernah menonton stage hipnosis mungkin menganggap yang hipnosis adalah mind control atau pukau kerana kebanyakan mereka yang di hipnosis ni selalunya melakukan perkara-perkara bodoh yang di suruh oleh si hipnotis. Sebenarnya anggapan itu adalah kurang tepat. Di sini saya akan senaraikan beberapa mitos dan juga realiti mengenai hipnosis.
hipnotis boleh membuatkan anda melakukan sesuatu yang tidak mungkin anda lakukan di waktu sedar.
Sememangnya salah. Hipnotis tiada kuasa ke atas anda dan dia juga tidak boleh memaksa anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak anda. Proses hipnosis memerlukan kerjasama …
