Teknik meditasi mudah dan manfaatnya pada manusia
Meditasi adalah satu teknik konsentrasi yang memfokuskan pada bunyi, visualisasi, pernafasan dan juga gerakan tertentu bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran minda, mengurangkan stres, membuatkan kita lebih tenang dan meningkatkan tahap kesedaran spritual. Ia juga adalah satu seni mengosongkankan minda (the art of silencing the mind). Apabila kita dapat mengosongkankan minda tahap konsentrasi akan meningkat dan kita akan mengalami ketenangan dalaman.
Kebanyakan manusia ni selalunya dah lupa macamana nak merehatkan minda dan tubuh kerana terlalu sibuk dengan gaya hidup zaman moden. Kita boleh lihat di dalam kehidupan kita sehari-hari dari pagi hingga ke malam. Kekadang tu sampai nak tidur pun susah memikirkan macam-macam perkara dan juga masalah-masalah.
Manfaat-manfaat meditasi
1) Meningkatkan tahap konsentrasi – minda yang tenang membuatkan anda lebih produktif, lebih-lebih lagi dalam bidang yang menggunakan minda kanan.
2) Tidak mudah risau mengenai benda-benda yang remeh-temeh - kadang-kadang kita sebagai manusia selalu marah/risau mengenai benda-benda yang tak berapa penting. Adalah menjadi kebiasaan minda memperbesarkan perkara-perkara kecil. Meditasi boleh membantu kita
3) Baik untuk kesihatan – Kajian menunjukkan yang meditasi mempunyai banyak manfaat pada kesihatan manusia. Konsepnya mudah sahaja kerana meditasi boleh mengurangkan stres dan mengurangkan kerisauan dan secara tidak langsung meningkatkan tahap kesihatan seseorang itu.
Teknik Meditasi
Saya ada beberapa tips meditasi untuk mereka yang baru berjinak dalam meditasi. Untuk mendapatkan manfaatnya seelok-eloknya di lakukan setiap hari. Mula-mula pastikan anda berada di tempat yang senyap dan elakkan dari gangguan. Mungkin di dalam bilik, di taman atau di tempat terbuka yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Kalau ada background musik lagi baik dan pastikan lagu atau irama yang menenangkan.
Bila dah jumpa tempat yang senyap tanpa gangguan bolehlah di mulakan meditasi. Pastikan anda berada di dalam keadaan rileks.
1) Duduk bersila di dalam keadaan tegak, jangan baring pulak kerana ia boleh membuatkan anda tertidur. Meditasi boleh membuatkan kita tenang dan terasa aman dan agak berbeza dengan tidur. Apabila kita betul-betul bermeditasi, tahap kesedaran amat tinggi dan kita akan semakin peka dengan keadaan sekeliling.
2) Jangan makan sebelum meditasi, seelok-eloknya mandi sebelum meditasi.
rehatkan tubuh, mulakan dari kepala turun perlahan-lahan hingga ke tapak kaki. Apabila anda berjaya merehatkan tubuh badan, gelombang minda akan turun dari beta ke alpha.
Apabila sudah berada di dalam keadaan rileks, tutup mata perlahan-lahan. Perlahankan pernafasan anda, dan rasakan setiap kali nafas keluar dan masuk. Tarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan lepaskan nafas. Anda akan berada di dalam keadaan yang sangat tenang.
Jika anda sudah berada di dalam keadaan tenang, fokus pada satu perkara. Mungkin bunyi yang anda dengar, nafas anda atau benda-benda yang membuatkan anda selesa. Fokus anda mungkin akan lari secara perlahan-lahan, jika ia berlaku cepat-cepat kembali fokus. Meditasi boleh dilakukan seberapa lama yang anda suka.
Apabila anda sudah berjaya fokus pada satu perkara di satu-satu masa maka boleh anda ke peringkat seterusnya iaitu mengosongkan minda anda. Diamkan minda anda. Untuk sampai ke tahap ini kena selalul berlatih. Jika anda berada di dalam keadaan tertekan, cubalah bermeditasi untuk beberapa minit. Anda pasti kagum dengan hasilnya…
- Seni Visualisasi dan Imaginasi untuk penyembuhan diri sendiri
- Teknik mengaktifkan chakra tapak tangan
- Rahsia pernafasan tenaga dalam
- Muzik untuk meditasi
- Gelombang minda/otak (brainwave)
- Tips melambatkan proses penuaan minda
- Hipnosis
- Ginseng dan kesannya pada chakra dan Aura manusia
- Bolehkah anda di hipnosis?
- Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar – 1









[...] 1) Mandi di bawah “shower” shower/air terjun- Tu pasal ler lepas mandi badan terasa segar. 2) Menggunakan bau-bauan tertentu. Sebagai contoh minyak sandalwood mempunyai keupayaan mengeluarkan aura kotor. 3) Berendam dalam air garam – jangan pakai garam biasa, pakai garam yang warna oren yang banyak di jual di luar masjid lepas sembahyang jumaat. 4) Meditasi [...]
Ok bagus teknik ini, saya minta izin untuk amal dan mengambil nota dalam laman ini untuk rujukan saya
Terima kasih
fauzi
http://cpintrass.com/blog
silakan…
Bolehkah disediakan muzik sekali dalam laman ini.
Saya dah sediakan di atas… cuma perlu tekan button play yang berbentuk 3 segi diatas
thanks shafril sebab berkongsi…saya pun nak mencuba la……
klo lagi meditasi itu kita harus kosongin pikiran atau gimana?
meditasi adalah satu latihan mengosongkan minda bertujuan untuk mencapai tahap kesedaran yang lebih tinggi…
thanks shafril…untuk info ni
sama-sama
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.
Entri Terkini
paling banyak komen
Links
lawatan sambil belajar
Links
Links
Random Quote
— Benjamin Disraeli
Categories
Spam
SPAM BLOCKED
TAGS
akhirat allah swt aura berjaya cantik chakra emosi energi fokus hebat Hipnosis imaginasi isteri kean kesihatan kuasa minda kuasa minda lupa makan marah matahari meditasi memori neraka otak pahala peka penyakit perempuan pernafasan reiki santapan rohani sembahyang semulajadi sihat solat spritual syurga teknik tenaga dalam tenang tidur visualisasi wanita warna
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Most Commented
Komen Terkini