Home » bioenergi

Teknik mengaktifkan chakra tapak tangan

3 September 2007 1,992 views 56 Comments

Walaupun chakra tapak tangan di kategorikan sebagai minor chakra, ia juga memainkan peranan yang penting kerana fungsinya menyerap, menyalurkan tenaga dan juga untuk mengesan (scanning) aura dalam proses penyembuhan diri sendiri atau orang lain. Tetapi pada kebanyakan orang chakra ini kurang aktif. Dengan menjalani latihan di bawah akan membolehkan anda mengesan (scanning) / merasakan getaran chakra dan aura. Chakra tapak tangan juga merupakan 1 daripada 5 chakra yang paling sensitif.

Banyak masa perlu di peruntukkan untuk latihan melihat aura, jadi saya rasa anda patut mengaktifkan chakra tapak tangan dulu untuk mengesan aura kerana ianya lebih mudah. Sebenarnya nak aktifkan chakra itu adalah sangatlah mudah seperti kita bertepuk tangan. Yang penting adalah niat kita dan juga selalu melakukan latihan. Dibawah ni saya senaraikan cara-cara untuk mengaktifkan chakra tapak tangan:

1) Mula-mula letakkan kedua-dua tapak tangan berhadapan diantara satu sama lain
2) Jarakkan lebih kurang 5-6 inci
3) Tarik nafas perlahan dan lepaskan nafas perlahan-lahan, rileks
4) Adalah penting minda berada pada tahap alpha (tenang)


5) Fokus pada sensasi/rasa di tapak tangan dan pada masa yang sama tarik nafas perlahan dan lepaskan nafas perlahan-lahan selama 5-10 minit
6) 80-90% akan merasakan sensasi/tekanan/semutan di tapak tangan, itulah dia gerakan tenaga
7) Gunakan tangan kiri (untuk mereka kidal gunakan tangan kanan) untuk mengesan (scan) aura tubuh anda. Jarakkan tapak tangan dengan tubuh fizikal lebih kurang 7-8 inchi, dan rapatkan perlahan-lahan.

Bagi mereka yang dah peka akan terasa tekanan apabila tangan semakin rapat dengan badan biasanya dalam 4-6 inci. Itulah dia lapisan pertama aura di mana kita boleh mengesan penyakit fizikal. Kalau dah dapat dapat scan aura bolehla gerakkan tapak tangan ke kiri/kanan/atas/bawah. Bentuk aura lapisan yang pertama biasanya mempunyai ketebalan yang sama. Kalau kat dahi 4 inchi, kat dada pun sepatutnya 4 inchi kecualilah bahagian badan tersebut berpenyakit/akan menghidapi penyakit. Sama ada ketebalan aura terkurang atau terlebih, kekadang tu rasa kasar. Biasanya mereka yang sihat walafiat auranya tebal dan bagi mereka yang tidak sihat auranya agak nipis.

Sebab itulah di dalam Islam kita di galakkan melawat orang yang sedang sakit. Kenapa? Salah satu sebab ialah kerana orang yang sakit tu biasanya akan menyerap tenaga dari orang yang sihat dan secara tidak langsung mempercepatkan proses penyembuhan. Begitu juga dengan kanak-kanak yang aktif, mereka juga menyerap tenaga daripada orang-yang menjaga mereka. Tu pasal la kalau kita jaga budak-budak tu kan terasa penat sangat.

Tiba-tiba rasa penat lak. Okeylah sampai sini dan pada mereka yang berminat nak belajar scanning aura tu selalulah berlatih. Kalau masih tak dapat rasakan apa-apa dalam percubaan yang pertama, cubalah lagi. Yang penting adalah latihan dan jangan lupa fokus. Selamat mencuba…

56 Comments »

  • Luth said:

    Ya!!… Inilah maklumat yang dicari-cari selama ini selepas jaga dari tidur yang panjang. Seseorang pernah memberitahu saya akan kaedah ini semasa saya dibangku sekolah dan sudah tentu saya, pada ketika itu menganggap ianya sebagai karut ( sebab banyak baca komik cina ).

    Tetapi, tak disangka bahawa perkara tentang aura ini sememangnya wujud dan boleh dialami serta dikesan oleh setiap insan.

    Dengan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas perkongsian saudara. ( Balik rumah saya nak cuba teknik yang diberi..)

    Luth

  • shafril (author) said:

    Memang ramai yang kurang percaya, akan tetapi tak semestinya sesuatu yang tak boleh di lihat dengan mata kasar itu tidak wujud.

    Selalu-selalulah buat latihan supaya lebih peka. Banyak kelebihannya…

  • Zul said:

    Assalamualaikum …

    Alhamdulillah … Setelah sekian lama barulah saya dpt jumpa jawapan yang saya cari2 selama ne . Terima kasih saudara Shafril. Sebenarnye ada sesuatu yang telah berlaku pd diri saya yang sukar untuk di jelaskan di sini. Saya sudah sedia maklum bhw tapak tangan kita ne dapat mengesan aura atau tenaga . Apa yang saya dapat rasakan, tenaga ini bkn hanya terdapat pada manusia shj tetapi ada pada semua benda sama ada yang boleh di lihat atau tidak. Saya ingin tahu bagaimana tapak tangan kita dpt di gunakn dlm proses penyembuhan diri sendiri atau orang lain seperti yang saudara nyatakan. Apa yang saya alami ialah saya dapat mengesan aura atau tenaga pada orang yang sakit tidak stabil dan setelah saya merasainye badan saya akan jadi lemah dan tapak tangan saya akan berasa panas. Lagi satu perkara, mengapa saya rasa kepekaan tapak tangan saya berubah2 di mana kadang2 tapak tangan kanan lebih peka dari tapak tangan kiri dan kadang2 sebaliknye.

    Terima kasih …

  • Shafril (author) said:

    wa’alaikum salam saudara Zul…

    memang benar tenaga bukan hanya pada manusia sahaja malah pada benda2 lain juga. Saudara boleh menggunakan tangan untuk membuang energi2 negatif atau kotor. Caranya sama seperti membuang habuk pada badan. Selepaskan di bersihkan energi negatif / kotor barulah saudara menyalurkan energi ke chakra2 yg bermasaalah.

    Sebenarnya kalau nak tulis kat sini agak panjang lebar. Tapi saya rasa yang terbaik ialah saudara pergi berguru di mana-mana perguruan tenaga dalam atau reiki. Saya rasa itulah yang terbaik…

  • Zul said:

    terima kasih atas jawapan saudara tu ..

    Saya pun rasa saya kena pergi berguru sebab dah agak lama saya mengalami keadaan2 yang tidak di fahami ni. Saya rasa saya tak tahu cara nak mengawal dan menggunakan tenaga ni.

    Keadaan saya skarang ni agak tidak selesa sebab saya tak boleh nak tengok muka orang, mata saya rasa pedih dan silau. Tapi kalau tengok muka budak kecik oke pulak.Tengok gambo orang pun sama jugak .

    Sebenarnye banyak lagi yang saya tak boleh nak tengok dan dengar. Adakah perkara2 ni ada kaitan ngan tenaga atau aura ?

  • shafril (author) said:

    Saya rasa chakra ajna (third eye) saudara bermasaalah, mungkin pusingan chakra yang tidak menentu/stabil menyebabkan berlakunya perkara sedemikian.

    Saya nak tolong pun tak leh sebab tak berapa pandai, tapi saudara boleh lah cuba bermeditasi, tenangkan minda, ianya mungkin boleh membantu…

  • Zul said:

    Ye, saya pun rasa camtu jugak .. Biasanye bila saya scan sesuatu tenaga tu chakra ajna saya akan berdenyut2.

    Abang saya ader bertanyakan pada Ustaz Prof. Hj Shahrin berkenaan diri saya baru2 ni. Ustaz memang bg tahu yang chakra saya sekarang ni tak stabil dan perlu di perbetulkan segera . Ustaz suruh saya datang jumpa ngan dia. Insya-Allah minggu depan saya akan pergi jumpa dia.

  • Shafril (author) said:

    Eloklah saudara pergi jumpa dia. Semoga cepat sembuh. insyaallah….

  • tokjanggutkelate said:

    Salam Shafril,
    Tahniah diatas informasi yg berguna. Teruskan dgn penulisan tuan. Dan sekiranya sesiapa yang hendak mempelajari teknik pernafasan dgn 11 pergerakan, silalah datang ke Kota Bharu. Yuran cuma RM50/ sahaja. Sekali belajar, insyaAllah tuan2 dapat mempraktikkannya di rumah. Banyak manfaat yang dapat. Latihan pada Sabtu malam Ahad. Jam 9.00mlm – 10.30mlm. Selama 1 jam 30min tu tuan2 akan diajar bagaimana melakukan pernafasan dgn 11 pergerakan, menyerap energi ZIMA dan pembersihan aura/chakra samada utk diri sendiri atau org lain. Boleh bawa video cam utk rakam. Saya sendiri akan melatihkan tuan-tuan. Atau kalau tuan2 ada rakan2 atau sahabat yg nak belajar kat sana/tempat tuan2, bolehlah kumpul kawan2 at least 20-30 org. Bukan nak ambil untung tp sekadar nak lepas tambang flight pergi balik aje. Boleh set latihan pada Khamis mlm Jumaat atau Jumaat mlm Sabtu.
    http://www.mindgym2u.com
    http://mindgym4u.com
    http://qalbunsalimhealingcentre.blogspot.com

  • Bang lee said:

    Assalamualaikum..saudara shafril..saya ingin mengucapkan terima kasih di atas segala tips yang di ajarkan..saya ingin menanyakan soalan mengenai tenaga dalam..
    bagaimanakah cara untuk mengalirkan tenaga dalam itu ke sesuatu titik dalam tubuh badan kita seperti mengalirkannya kepada tangan,kepala,leher seperti yang ditunjukkan dalam video – video shaolin tu??adakah mereka menggunakan tenaga dalam?mampukah saya untuk mempelajarinya?saya amat berminat untuk mengetahuinya.

  • shafril (author) said:

    Wa’alaikum salam ustaz sharin,

    Terima kasih la pasal sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni…

    Buat Abang Lee, kalau nak cerita kat sini memang payah nak explain, mampu tak mampu bergantung pada individu, kalau rajin berlatih, insyaallah mampu. Seelok-eloknya pergilah berguru…

  • Bang lee said:

    tenaga dalam dapat membantu kita dalam menghafal sesuatu tak?

  • Shafril (author) said:

    jikalau hendak menghafal sesuatu hendaklah berada dalam keadaan tenang dan membaca benda yang nak di hafal berulang-ulang supaya masuk ke minda separa sedar…

  • Bang lee said:

    ow..trima kasih..ada satu buku saya jmpa dijual melalui laman web berkaitan tenaga dalam yang ditulis oleh ustaz areef yang cakra alam tu..kaedah pernafasan tenaga dalam yang saudara shafril bagi ni adakah sama dengan kaedah dalam bku ustaz areef tu.?

  • Bang lee said:

    satu lagi saya terjumpa adakah tenaga dalam datang daripada bayangan kita

  • Shafril (author) said:

    lebih kurang sama kot, kerana salah satu cara untuk membangkitkan dengan dalam ialah dengan menggunakan teknik pernafasan. Kaedah pernafasan tersebut saya belajar dari prana shakti (yan nurindra) dan juga pranic healing (grandmaster choa kok sui).

    Mungkin cara ustaz areef berbeza, tak tahu pulak saya kerana tak pernah belajar dengan beliau. Tenaga dalam berasal dari tenaga dalam tubuh. Tenaga tu dah ada cuma di bangkitkan sahaja…

  • Bang lee said:

    oow..trima kaseh atas penerangan..sya arap saya dapat mempraktikkannya..

  • shafril (author) said:

    insyaallaaahhh…

  • bang lee said:

    salam saudara shafril,
    aura dengan tenaga dalam apa perbezaan dua tu?

  • Bang lee said:

    saya ingin tanya pada saudara shafril..
    masa sya mlakukan meditasi,sy trnmpak chya ptih..chya pa tu..apa hbung kait dngan tnga dlm,.

  • shafril (author) said:

    alamak banyaknya soalan :)

    baca kat sini http://www.shafril.com/aura-dan-fungsinya.html

    saya rasa cahaya putih tu adalah energi, payah gak nak jawab tu. Saya rasa bang lee patut gi berguru. Kalau tak berguru nanti bole sesat di buatnya :)

  • Bang lee said:

    ok2.hehehe
    tp kt belah2 perlis ni kt na ad perguruan tenaga dalam
    nk cari pn ssah

  • shafril (author) said:

    kena rajin cari le bang lee. kalau kat kedah ada kot kalau tak silap saya

  • Bang lee said:

    ooo…kat kedah kat mana?bagitau lokasinya

  • Shafril (author) said:

    google la bang lee… hee :)

  • Bang lee said:

    ooooo…reiki cmna lak?hehe

  • apiz said:

    salam
    abg sharil,wktu pernafasan tu kita kena bnyk knsentrasi ke atau pun just rilekkan minda je?

  • Shafril (author) said:

    waktu pernafasan tu kena konsentrasi pada tapak tangan dan juga rilekkan minda bertujuan untuk menurunkan “brainwave” dari tahap beta ke alpha….

    Pada tahap alpha nanti barulah apiz akan menjadi semakin peka…

  • generasi said:

    xde ke ilmu keluarkan api dari mulut nie kira bola api lah senang cakap atau jalan kat air dan seru binatang yang besar

  • Shafril (author) said:

    kau ni banyak sangat tengok movie :)

  • apiz said:

    salam abg shafril
    cmna kita nk gunakan kaedah scan jarak jauh,ataupn scan ssuatu kwsan smada berpnunggu atau tidak mggunakan tapak tgan??

  • shafril (author) said:

    konsep yg sama gunakan chakra tapak tangan dan bayang tempat atau benda yg kita nak scan, nanti akan terasa sesuatu di tapak tangan ataupun ikut gerak hati…

  • apiz said:

    adakah maksudnya,kita hnya guna konsep niat dn kmudian rasa kesannya di tapak tgn??

  • Shafril (author) said:

    niat adalah penting dalam proses scanning… melalui niat baru kita dapat mengesan penyakit. Chakra di tapak tangan membolehkan kita mengesan penyakit dan menyalurkan energi..

  • ain said:

    Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan aura yang baik…sy pernah belajar tentang aura n tenaga dalaman ni…kalau sesiapa berminat bolehlah kita berkongsi ilmu…

  • ain said:

    Tq byk2 saudara shafril kerana menghasilkan blog ini utk dikongsi bersama ilmu yg ada…teruskan lagi memberi info di dalam blog ini…

  • Shafril (author) said:

    sama-sama :)

  • shaufiq said:

    inilah info yang saye tercari-cari selame ini…
    thanks 4 the info

  • Shafril (author) said:

    u r most welcome :wink:

  • sayuti said:

    komik ke mempengaruh kita semua … kalau tidak adakah ini benar…..

  • nabil said:

    saya dah test teknik ni tp x de pon rase panas ke, kasar dan sbgainya. saya da test bnyk kali tp keputusannya same je. ble x sifu shafril xplain :sad:

  • shafril (author) said:

    kepekaan pada chakra tapak tangan adalah bergantung pada individu. Minda seharusnya berada di tahap alpha untuk hasil yang terbaik. Biasanya 90 peratus boleh merasakan sensasi pada tapak tangan. Jika nabil adalah dari yg golongan yang 10 peratus tu, maka teruskan latihan atau berguru…

  • salam said:

    syabas mr shafril,boleh jelaskan serba sedikit ttg prana?

  • salam said:

    salam,saya nak tahu ttg bioenergy?adakah sama dgn reiki&tenaga dlm?atau ia adalah peningkatan dari keduanya?

  • shafril (author) said:

    reiki, tenaga dalam, prana boleh dikategorikan sebagai bioenergi yakni tenaga halus dan tidak boleh di lihat dengan mata kasar, akan tetapi boleh di rasakan menggunakan tapak tangan…

  • nabil said:

    hye…….konsentrasi pade jam ni susah cmne nk buat bgi die berenti berditik sbab sy dh buat x tahan

  • shafril (author) said:

    saya x paham maksud saudara…
    akan tetapi kalau nak meditasi, pusatkan fikiran atau pemerhatian pada satu titik…

  • nabil said:

    terima kasih kerana berkongsi ilmu………

    ape kelebihan aktif chakra tapak tangan di atas…….

    nk belatih 1 jam bleh x…kalau 3jam ape akan jadi

    dn mcam mne nk kawal dan menguasai chakra tapak tangan di atas…

  • shafril (author) said:

    biasanya chakra tapak tangan di gunakan untuk scanning, di mana kita akan mampu mengesan negatif energi, tak perlu berlatih sampai sampai berjam-jam, 5-10 minit sehari pun sudah cukup.

    Apabila chakra tapak tangan aktif dan bersih, anda akan jadi semakin peka apabila melakukan “scanning”

  • nabil said:

    kelebihan nye

  • shafril (author) said:

    boleh mengesan negatif energi atau penyakit

  • too cool said:

    scanning tu ape :cool:

  • nabil said:

    selain mengesan negatif energi dan penyakit ape lagi kegunaanye……

    banyak x kegunaanye…….

  • beladiri said:

    cara nk mengawal,menguasai dan menggunakan ilmu di atas mcam mana…

  • shafril (author) said:

    waalaikusalam saudara salam :)

    melalui pengalaman, pengamatan dan apa yang pernah saya pelajari, ilmu kebatinan melayu sememangnya berkait dengan bio energi dan juga minda. sebagai contoh zikir2 tertentu yang perlu di baca bagi mengaktifkan chakra, aura dan juga untuk mendapatkan ilmu tertentu, juga boleh di katakan sebagai satu teknik self hypnosis.

    Cuma nama2 amalan dan ritual biasanya berbeza mengikut agama atau juga bangsa masing2. sekian

  • khai said:

    :smile: bley cye ke?

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.