Teknik pernafasan chakra
Selain dari pernafasan tenaga dalam, teknik pernafasan chakra adalah satu cara yang efektif untuk sesi penyembuhan diri sendiri dan juga untuk membersihkan / mengaktifkan chakra. Sebelum melakukan teknik ini harus di ingat yang anda harus tahu lokasi chakra, warna dan organ-organ yang di kawal oleh chakra tersebut. Satu contoh mudah ialah batuk, biasanya chakra yang bermasalah ialah “throat chakra”. Teknik ini juga melibatkan proses visualisasi. Di bawah ini adalah cara-cara untuk melakukan pernafasan chakra.
1) Lakukan pernafasan tenaga dalam perlahan-lahan.
2) Semasa menarik nafas (melalui hidung) bayangkan chakra menyedut energi putih
3) Tahan selama beberapa saat dan bayangkan energi tersebut membersihkan “throat chakra”.
4) Lepaskan nafas (melalui mulut) dan bayangkan asap kelabu keluar dari chakra tersebut dan bayangkan chakra semakin bersinar/bersih.
Buatlah dalam 5-10 set. Lakukan teknik ini secara sederhana. Jangan selalu sangat, kerana ianya boleh menyebabkan tahap energi di chakra meningkat dan boleh menyebabkan kesan sampingan. Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai warna chakra dan sifatnya, bolehlah menonton video chakra medition dibawah…
- Cara mudah bersihkan aura
- Perbezaan diantara Reiki, prana, chi, tenaga dalam dan sebagainya…
- Kursus penyembuhan Bio-Energy
- Sumber tenaga alam semesta
- Seni Visualisasi dan Imaginasi untuk penyembuhan diri sendiri
- Rahsia pernafasan tenaga dalam
- Bersihkan batu kristal anda dari negatif energi
- Bagaimana Reiki menyembuhkan?
- Chakra Mahkota
- chakra, pusat tenaga tubuh manusia









macam cerita naruto jer….ada chakra…:P
tak tahu lak aku yang chakra pun di kartunkan… nak kena tengok cerita naruto ni…
Baca pasal chakra ni..teringat lak citer naruto..haha.
ada tak kaitan aura dengan solat?
nurul, soalan yang agak menarik…
dari pemerhatian saya, gerakan-gerakan dalam solat mengaktifkan/membersihkan chakra-chakra dan juga aura macam gerakan dalam yoga. Dan saya rasa solat adalah yang terbaik kerana ianya adalah secara menyeluruh
Salam …
ye, saya setuju dgn jawapan abg shafril .. semasa kte memulakan solat iaitu semasa mengangkat tangan untuk takbiratul ihram, cakra2 kita di aktifkan dan tenaga dalam kita akan berkembang. kemudian sepanjang kita solat, setiap pergerakan dan bacaan dalam solat itu menghasilkan dan menggerakkan tenaga atau aura dalam badan kita . Proses pengaliran tenaga itu juga menghasilkan bentuk gelombang atau frekuensi Illahi yang sungguh indah dan mengasyikkan ..
betul tu zul, hebat penjelasan ko
belajar kat mana?
Apakah kesan yang dikatakan kalau seseorang itu melakukan teknik pernafsan chakra selalu?
kalau diamalkan selalu boleh membentuk chakra yang aktif dan bersih seterusnya membentuk tubuh yang sihat kerana chakra lah yg mengawal tubuh fizikal dan mental
Gerakan di dalam solat adalah senaman yg terbaik dan dpt membentuk aura yg positif…Bacaan ayat Al-Quran dan zikir2 yg kita baca juga dpat memberikan tenaga atau aura yang positif….
gerakan sholat tu ala-ala yoga versi islam.. mind…body…soul…
belajar Riki sama kan.
DOA RASULULLAH UTK MENGUATKAN AURA
Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya. Di dalam ucapanku cahaya. Jadikanlah pada pendengaranku cahaya. Jadikanlah pada penglihatanku cahaya. Jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya. Jadikanlah dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya. Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah aku cahaya (HR Muslim dan Abu Dawud).
AMALKAN SEHINGGA ANDA MAMPU MERASAI KEHADIRAN CAHAYA TERSEBUT
Bagaimana cara untuk mengaktifkan aura ?
DOA RASULULLAH UTK MENGUATKAN AURA
Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya. Di dalam ucapanku cahaya. Jadikanlah pada pendengaranku cahaya. Jadikanlah pada penglihatanku cahaya. Jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya. Jadikanlah dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya. Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah aku cahaya (HR Muslim dan Abu Dawud).
AMALKAN SEHINGGA ANDA MAMPU MERASAI KEHADIRAN CAHAYA TERSEBUT
nur ala nur..
salam…
apakah yg dimaksudkan throat chakra?
waalaikumsalam…
throat chakra ialah titik energi atau pusat energi yang mengawal tekak dan juga suara. Kalau anda batuk inilah chakra yang bermasalah dan mereka yang suka memaki hamun atau bercakap kotor juga mempunyai “throat yang kotor.
saudara shafril..
esok saya ada appointment dgn pengamal reiki sufi,
- kwn saya menceritakan bahawa point2 chakra tu boleh diaktifkan dari jarak jauh…cuma dlm masa 2-3 minggu kita akan rasa effect pada tubuh bdn kita spt demam dsb..
- jadi kepada pengamal zikir2 tarikat adakah ada berhubung kait dgn zikir yg diamalkan sebelum ini?sbb kwn saya kata zikir yg kita amal sebelum ini boleh di ‘relate’kan bersama kaedah reiki ini.
-dimaklumkan kaedah ini telah dibuang unsur2 keagamaan lain dan diserapkan nilai Islam bersama
-boleh tuan ceritakan asal usul reiki sufi?
saya x pernah belajar pun reiki sufi ni. Akan tetapi kalu nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke sini http://www.sufireiki.org/en/index.asp
Apa beza tenaga dalam dengan aura?
salam. apa kbr semua??
saudara taukey, ada perasan x logo pd pengikat kepala naruto & rakan2nya? simbol tu ada kaitannya dlm reiki/chakra.
chakra/pusat tenaga telah di adaptasikan ke dlm cerita naruto. tak menarik la ceritanya kalau takde power2.
tak tahu lah saya pasal naruto ni, dah tua.. tak tgk lagi cerita2 begitu
a salam..
boleh tuan ceritakan serba sedikit tentang reiki asma UL HUSNA?
terima kasih..
tak pernah dengar lak pasal reiki tu. Saya rasa elok tanya sendiri pada pengasas reiki tersebut
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.
Entri Terkini
paling banyak komen
Links
lawatan sambil belajar
Links
Links
Random Quote
— Albert Einstein
Categories
Spam
SPAM BLOCKED
TAGS
akhirat allah swt aura berjaya cantik chakra emosi energi fokus hebat Hipnosis imaginasi isteri kean kesihatan kuasa minda kuasa minda lupa makan marah matahari meditasi memori neraka otak pahala peka penyakit perempuan pernafasan reiki santapan rohani sembahyang semulajadi sihat solat spritual syurga teknik tenaga dalam tenang tidur visualisasi wanita warna
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Most Commented
Komen Terkini