Tips bagi mereka yang mudah lupa

Saya pernah terbaca di dalam sebuah majalah yang mengatakan bahawa salah satu tanda kronik yang menunjukkan anda seorang yang pelupa ialah jika anda lupa nama sendiri. Ini menunjukkan anda menghadapi masalah yang agak serius. Saya ada berapa tips yang boleh meningkatkan kemampuan anda untuk mengingati/menghafal dengan lebih baik.

Tetapi sebelum itu anda perlu tahu bahawa minda manusia pada asasnya di bahagikan kepada dua iaitu minda sedar (conscious mind) dan minda separa sedar (sub-conscious mind). Cara minda berfikir juga boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu mereka yang berfikiran kiri dan kanan.

Minda kanan memproses maklumat secara menyeluruh, mengikut intuisi, penuh dengan imej visual, muzikal, irama dan juga sentuhan melalui pengalaman yang kita alami. Sebagai contoh mereka yang menggunakan minda di sebelah kanan ialah artis, pelukis, art/film director, designer dll. Manakala minda di sebelah kiri pula memproses maklumat secara analisis, langkah demi langkah, secara logik, satu demi satu. Contoh mereka yang menggunakan minda sebelah kiri ialah akauntan, doktor, perancang kewangan, peguam, saintis dll. Sebaik-baiknya penggunaan minda kiri dan kanan hendaklah seimbang bagi menghasilkan minda yang hebat.

Selalunya peristiwa unik, dramatik dan ada unsur-unsur emosi biasanya lebih mudah di ingati. Anda hanya perlu mengingati detik-detik tersebut dan minda anda akan automatik boleh mengingatinya.

Di bawah ni saya senaraikan beberapa tips bagi mengatasi masalah pada mereka yang mudah lupa.

Tips yang pertama, bagi mereka yang selalu terlupa di mana mereka letakkan kunci rumah/kereta. Sebelum anda letakkan kunci di satu tempat, tutup mata dan bayangkan ada seekor burung kakaktua yang bewarna-warni di tempat tu berkata “kunci kau kat sini, kunci kau kat sini, kunci kau kat sini”. Jika anda masih lupa di mana letaknya kunci tu, cuba ingat balik apa burung kakak tua tu cakap.

Tips yang kedua, menggunakan irama atau lagu. Advertising agency selalunya mencipta irama atau lagu dan juga slogan supaya apa yang hendak disampaikan mudah di ingati pengguna. 755 2525 Anda masih ingat lagi iklan pizza hut di mana iklan tersebut menggunakan lagu supaya kita mudah mengingati nombor telefon pizza hut. Saya rasa dah 10-15 tahun saya masih ingat nombor telefon pizza hut tu walaupun nombornya dah di tukar. Hebat bukan!

Tip yang ketiga, ulang, ulang dan ulang. Kalau baru berkenalan dengan kawan yang baru, pastikan anda mengingati namanya, kalau lupa gak tanya balik. Salah satu cara lain kita boleh kaitkan nama kawan kita tu dengan benda ataupun aktiviti berkaitan. Sebagai contoh kalau nama kawan anda tu Mary bayangkan yang Mary sedang makan biskut Marie. Kena kreatif sikit dan bergantung juga pada situasi.

Tip yang keempat, bagi mereka yang susah nak menghafal telefon nombor, saya ada satu teknik yang saya belajar dari Richard Bandler. Katalah nombor telefon tu 2036 0145. Selalunya kalau kita hafal kita akan sebut berulang kali, tapi kalau pakai teknik ni tak payah ulang-ulang. Mula-mula ambil pen tulis kat atas kertas, lepas tu anda tengok nombor kat kertas tu dan ambik gambar nombor tu menggunakan minda. Tengok nombor tu atas kertas yang anda tulis, pejamkan mata dan lihat nombor tu di dalam minda. Masa pejam mata tu bila anda dah nampak nombor tu dengan jelas, TAHNIAH… anda telah berjaya. Besoknya masa nak ingat balik nombor tu pejamkan mata dan lihat balik nombor di atas tu di dalam minda anda. Saya telah cuba teknik ini dan ianya amat berkesan.

Semoga tips-tips kat atas ni, sedikit sebanyak dapat membantu anda mengatasi masalah mudah lupa.

Popularity: 24% [?]



7 Responses to “Tips bagi mereka yang mudah lupa”

  1. 1 Cikgu Azleen

    Saya pun kerap terlupa nama orang.. Payah benar nak ingat nama orang.. Dan akhirnya selalu sembang ngan orang berkali-kali tapi masih tak ingat nama dia.. :D

  2. 2 shafril

    saya bagi cikgu lagi satu tips, kalau cikgu lupa nama orang tu pejam mata, tarik nafas dalam-dalam, buka mata mesti bole ingat… tapi kena dalam keadaan rileks ler…

    Satu lagi selalu-selalu ler amalkan makan kismis waktu pagi, 7 biji satu hari pun jadi, banyak khasiatya untuk minda dan selalunya di amalkan oleh pelajar tahfiz. Kalau budak tahfiz boleh hafal satu al-quran, cikgu lak bole hafal satu kamus dewan bahasa… tak hebat gitu he he.

    Lagi satu jangan minum minuman atau makanan yang di dalamnya ada semut yang dah mati kerana kajian saintifik menunjukkan dalam semut ada sejenis bahan kimia yang boleh membuatkan kita mudah lupa. Wallahualam…

  3. 3 rizal

    Untuk tips yang pertama…
    Macam mana klu kita lupa nak bayangkan ade burung kakak tua berkata2 dgan kita..

  4. 4 shafril

    sebab itu saya gunakan contoh burung kakak tua yang berwarna-warni dan boleh berkata-kata dan mudah di ingati kerana ianya adalah contoh yang unik…

    kalau susah juga nak ingatkan cuba bayangkan benda yang unik pada rizal dan yang mudah di ingati…

  5. 5 bang lee

    Satu g cara utk bagi kuat ingatan ialah selalu mengamalkan surah alam nasrah

  6. 6 shafril

    itulah yang sebaiknya. terima kasih atas tip saudara

  7. 7 apiz

    seingat saya,amal kan pemakanan kismis pn membntu dalam menambahkan ingatan,sesuai untuk golongan pelajar,

Leave a Reply





Random Quote

It’s the little things you do that can make a big difference. What are you attempting to accomplish? What little thing can you do today that will make you more effective? You are probably only one step away from greatness — Bob Proctor

Poll

Rawatan alternatif yang ingin anda pelajari

View Results

Loading ... Loading ...

Waktu Solat

pemberi komen

  • Patah
  • YED
  • syed
3K2 theme by Hakan Aydin