Tips melambatkan proses penuaan minda
Published by shafril October 23rd, 2007 in mindaAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca shafril.com. Macam mana raya tahun ni? Ada meriah ker? Saya harap meriah2 ler hendaknya… Kalau tak berapa meriah, meriahkan lagi, syawal kan ada 2-3 minggu lagi.
Saya selalu membaca mengenai tip-tip/petua awet muda di majalah-majalah dan juga internet. Tetapi semalam saya ada terbaca di Wired News mengenai bagaimana penuaan memberi kesan kepada minda kita dan bagaimanakah caranya untuk memastikan minda anda berada di dalam keadaan cerdas walaupun dah semakin berumur.
Mungkin ramai yang berpendapat “brain training (crossword, puzzles, soduku)” adalah yang teknik yang paling efektif untuk mengatasi masalah kecerdasan minda tapi kajian terbaru menunjukkan senaman adalah teknik yang paling efektif (pada saya kombinasi keduanya adalah yang terbaik).
Bersenam boleh meningkatkan mood dan juga mengekalkan tahap pengaliran darah ke dalam otak di mana ianya sangat penting untuk fungsi otak.
Setakat ini kajian saintis menunjukkan bersenam adalah cara yang terbaik. Tahap memori seorang lelaki berumur 72 tahun bertambah baik apabila mula bersenam dengan berjalan-jalan 3 kali seminggu. Apabila di scan otaknya menunjukkan aktiviti otaknya menyerupai aktiviti otak orang muda.
Selain dari itu saya ada beberapa tips untuk minda anda supaya berada di dalam keadaan tip-top:
1) Main “Games”
Soduku, chess, crossword, video games boleh membantu meningkatkan memori dan kelajuan minda. Ianya juga adalah satu cara mudah dan menyeronokkan dan kalau boleh jangan sampai berjam-jam main game ni. Sehari dalam 30-60 minit pun cukup.
2) Meditasi
Meditasi ni kalau nak cerita memang banyak manfaatnya. Tapi kalau orang Islam saya galakkan sembahyang adalah yang terbaik. Lepas tu barulah buat meditasi.
3) Makanan minda
Makanlah makanan yang berkhasiat untuk minda anda seperti kismis, minyak ikan, minyak zaitun dan juga kekacang.
4) Belajar kemahiran baru
Ini boleh merangsang minda dengan memori dan pergerakan yang baru.
5) Buat sedikit perubahan
Tukar rutin seharian. Sebagai contoh mudah laluan ke tempat kerja. Ianya akan membuatkan minda kita supaya lebih peka dan mula memberikan perhatian yang lebih.
Daripada tip-tip di atas bolehlah di buat kesimpulan bahawa selain dari senaman dan pemakanan, kepelbagaian dan sifat ingin tahu adalah penting untuk memastikan kesihatan dan ketajaman minda. Kalau anda boleh melakukan sesuatu aktiviti/perkara sambil “pejam mata” maka tibalah masa untuk belajar sesuatu yang baru. Ambil tahu mengenai dunia di sekeliling anda, bagaimana ia berfungsi dan belajar untuk memahaminya supaya minda sentiasa bekerja dengan lebih pantas dan berkesan. Semoga tips di atas sedikit sebanyak membantu kearah minda yang lebih cergas.
Popularity: 37% [?]
- Chakra Mahkota
- Tips bagi mereka yang mudah lupa
- Mitos dan Realiti Hipnosis
- Gelombang minda/otak (brainwave)
- Free Reiki Kundalini Attunement
- Usui Reiki
- Minda Kanan + Minda kiri = The Shichida Methods…
- Kesan senaman ke atas tubuh fizikal dan tubuh energi
- NLP?
- Menyelami Kekuatan Minda Separa Sedar - 2
Tip yang menarik. Cuma nak tambah. Untuk mendapat minda yang baik, elakkan dari memakan makanan yang masam seperti jeruk, asam (kat dalam plastik tu), lauk yang telah diperam seperti pekasam, cencalok dan sebagainya.
p/s - Tapi yang ni best sangat nak makan terutama masa tengok TV. Tapi, bagi adik - adik yang nak ambil periksa tahun ni, cuba la ‘BERKORBAN’ sat.
Badruzamani Azmi’s last blog post..Review : Dapatkan Buku Rahsia Blogger Sekarang !
betul tu badruzamani (panjangnya nama kau
)
Nabi juga pernah berpesan jangan banyak makan makanan masam kerana asid dalam makanan itu boleh menumpulkan minda kita. Mungkin kerana dalam makanan asam (seperti asam boi) banyak mengandungi bahan pengawet dan asid borik.
kepada adik-adik yang nak ambil periksa tahun ni, kalau nak lulus dengan cemerlang kena la ikut nasihat abang badruzamani
shafril’s last blog post..Tips melambatkan proses penuaan minda
satu jaa kurangnya aku niee.. xleh makan kismis.. cepat loya.. nape hah?
iEn’s last blog post..Abang aku dah bersaliiiinn!
kalau orang pompuan makan kismis cepat loya.. bahaya tu…
cuba tanya abang kau yang dah bersalin tu
shafril’s last blog post..Tips melambatkan proses penuaan minda