Home » Reiki & Tenaga Dalam

Usui Reiki

23 January 2008 540 views 9 Comments

Seperti yang pernah saya tulis di entri yang sebelumnya reiki dari segi bahasanya bermaksud tenaga alam semesta. Untuk entri kali ini saya akan mengupas lebih lanjut lagi mengenai Usui reiki yang pernah saya belajar beberapa tahun yang lepas. Reiki sebenarnya terdiri dari pelbagai tradisi seperti Reiki Karuna, Reiki Kundalini, Reiki Seichim dan bermacam-macam lagi di mana ianya juga mempunyai frekuensi yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

Antara banyak-banyak tradisi reiki ni, Usui Reiki adalah yang paling popular dan di kenali ramai. Ia adalah satu teknik yang berasal dari Jepun dan di asaskan oleh Mikao Usui. Dengan mempelajari reiki membolehkan anda menyerap tenaga alam semesta dan di salurkan melalui chakra tapak tangan ke bahagian tertentu bertujuan untuk mengurangkan stress, relaksasi dan juga menyembuhkan penyakit. Tenaga Reiki bersifat halus boleh menyembuhkan tubuh fizikal, emosi dan juga minda.

Reiki adalah satu teknik rawatan yang mudah, selamat dan secara semulajadi dan boleh di pelajari oleh sesiapa saja. Secara asasnya untuk mempelajari Usui Reiki amatlah mudah, cuma kena selalu berlatih agar lebih peka. Ianya juga di bahagikan kepada 3 tahap. Di tahap yang pertama, proses penyelarasan (attunement) akan di lakukan oleh Reiki master. Proses penyelarasan adalah bertujuan untuk menyelaraskan chakra-chakra utama bagi membolehkan pelajar menyerap tenaga dengan lebih baik lagi. Biasanya lepas kena attunement ni – kalau badan tak berapa okey ada side effect sikit. Bergantung pada individu gak… saya okey jer. Biasanya di tahap yang pertama ini anda akan di ajar teknik penyembuhan diri sendiri (kena rawat diri sendiri dulu baru boleh rawat orang). Proses penyelarasan biasanya berlangsung dalam 20-30 minit dan rasanya sungguh tenang sekali. :grin:

Untuk tahap yang kedua pulak, anda akan di ajarkan simbol-simbol tertentu. Kalau orang Islam bahaya sikit pasal ramai yang terkeliru mengenai simbol. Kalau dalam forum-forum sampai bergaduh-gaduh jadinya, ada yang kata syirik la dan macam-macam lagi. Sebenarnya simbol-simbol tu adalah untuk tujuan tertentu, sebagai contoh simbol chokurei di gunakan untuk membuang negatif energy atau pun untuk perlindungan. Lebih kurang macamtu la. Di tahap ini juga anda akan di ajarkan teknik rawatan dan juga teknik penyembuhan jarak jauh.

Tahap yang ketiga pula adalah tahap master di mana pada tahap ini anda akan diajar cara melakukan proses penyelarasan (attunements). Kalau dah sampai tahap ni boleh le letak pangkat master. Contohnya kalau saya shafril bolehlah panggil Master Shafril.

Biasanya dalam Reiki ni ada tiga tahap. Kekadang tu ada yang empat tahap. Panduan di atas hanyalah secara am sahaja dan mungkin berbeza diantara tradisi reiki yang lain. Itulah dia sedikit sebanyak mengenai Usui Reiki. Nak tahu lebih lanjut lagi sila tinggalkan komen anda….

9 Comments »

  • Speedster said:

    Kalau dah jadi Master…tak buat attunements kah?

  • ayeepp said:

    salam…sy ni pendatang bru kt web awak..xsangka banyak ilmu kat sni…rse seeronok bce…sy nk tnye ar psal reiki tu..awk blaja kat ne…dlu sy ade ikut kursus kebatinan kat cakra alam…tp cam kurang yakin n xamalkan…caz dalam buku panduan dia seru banyak sangat seru nama wali…ye la..kita sbg manusia bkan mintk tlg kat wali…kita mintak ngn allah je…sy pelukan pembimbing yang xmelencong bkn mcm pengasas cakra alam tuh…ade cadangan? :wink:

  • shafril (author) said:

    walaikusalam…

    speedmaster
    kalau dah sampai tahap master baru lah boleh buat attunement…

    ayeepp
    saya tak boleh nak komen ler pasal perguruan lain.. nanti orang marah…
    sebenarnya kalau nak belajar kena pandai pilihlah gurunya, akan tetapi menurut pengalaman saya ramai yang gagal bukan dia atas sebab gurunya, akan tetapi dari segi amalan. Sebenarnya ilmu reiki ni mudah sahaja tak macam belajar ilmu-ilmu lain seperti sains atau matematik, kalau rajin berlatih… insyaallah dalam setahun boleh jadi master….

  • roslan bin said said:

    salam utk semua
    semuga d rahmati allah y. m. e

    reiki apa jua tradisi amat lah mudah,bila dah belajar banyak lah bertanya pada pembimbing kita,dan buat latihan selalau,,,insyallah anda berhasil,…pada pembimbing atau guru atau masterr jawap lah pertanyaan pada pelajar kita,jangan hanya jawap pertanyaan bila mereka bertanya nak belajar. sahaja :smile: ..fikir2kan lahhhh

    REIKI UTK SEMUA

    lontaran seyuman keikhlasan dari saya>roslan b said rmetafizikgemilang :smile: :smile: :smile: :smile: :smile:

  • yasin said:

    saya minat nak belajar reiki tapi masaalahnya mditasi dah diharamkan kerana ia adalah sbahagian dari yoga so camner tu

  • shafril (author) said:

    soalan cepumas gak tu :smile: sembahyang pun meditasi kerana kita memfokuskan (khusyuk) minda pada satu yakni allah s.w.t.

  • Zul Yusoff said:

    Tahap yg tertinggi dlm reiki/ tenaga dalam/ prana ialah apabila anda boleh aksess semua jenis tenaga

  • MYRIN said:

    Assalamualaikum,

    rawatan sperti stress/kemurungan, berapa lama masa diperlukan utk
    kembali sembuh?

  • shafril (author) said:

    wa’alaikum salam…

    bergantung kepada tahap stress dan juga individu tersebut

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.